Assalamualaikum and Hii My Blog Peeps... :)))
Kalini Faa bersegmen untuk kali kedua bersama Cie 💝 Tahun lepas, Faa buat come back menulis blog. Masa tu tak tahu pun dunia blogging ni masih hidup. Masa buat carian kat google, blogger Cie antara blogger terawal yang Faa jumpa. And kebetulan masa tu Cie ada buat segmen yang sama, iaitu Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2. Terus Faa join sebab segmen ni sebenarnya antara segmen yang common dalam dunia blogging untuk bantu naikkan traffic blog masing2. Selain giveaway, segmen macam ni juga memang best sebab boleh kenal ramai blogger baru.
Dan masa tu Cie pilih semua yang join segmen tu. Kalau tak silap, tak sampai 10 orang pun. Memang rezeki Faa sebab daripada situ Faa dapat kenal ramai kawan blogger baru. Sampai sekarang ada yang masih keep in touch melalui blog. Tapi masa tu Faa memang tak berapa rajin update belog 😆 I was literally taking it one step at a time. Masih pelan2 kayuh gitu, ikut mood dan masa yang ada. Kadang2 seminggu ada entry, kadang-kadang terus senyap.
Alhamdulillah, sekarang Faa masih lagi aktif menulis walaupun ada masa on and off bila sibuk dengan kerja, belajar dan life. Tapi bila ada masa free, memang Faa akan singgah blog kawan2, ber-blogwalking dan tinggal jejak. Its actually one of my favourite parts of blogging. Best sebenarnya sebab rasa macam kembali ke zaman blogging dulu2, masa komuniti blogger memang meriah dan semua saling support antara satu sama lain ❤️
Bila nampak Cie buka Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4, mestilah Faa nak join lagi. Mana tahu ada rezeki tersenarai dalam bloglist Cie untuk sesi Julai–Disember 2026. Kalau tak terpilih pun tak apa, at least dapat support sesama blogger dan jumpa lagi ramai kawan baru dalam komuniti blogging.
Semoga segmen kali ni berjalan lancar dan mendapat sambutan yang meriah. Good luck juga kepada semua yang join! ❤️ Dan, terima kasih Cie kerana anjurkan kembali segmen nostalgia ini.
NotaKaki : Gudnite! ZzzZZZzZzzZ

Semoga terpilih sekali lagi Faa. Amin.
ReplyDeleteTerima kasih sudi join 😊
ReplyDelete