May 2026 - My Name Is Faa

Sunday, May 31, 2026

#25 Top Commentator Of The Month : May Edition
Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


Buat julung kalinya, sejak Faa mula aktif berbelog semula pada November 2025, Faa nak bagi penghargaan kepada pembaca yang paling rajin singgah dan tinggalkan komen sepanjang bulan ❤️ Bagi Faa, komen yang ditinggalkan tu lebih bermakna daripada angka views semata-mata. Sebab dari situlah bermulanya sembang, perkongsian dan ukhwah sesama blogger 🌟 Entry dah siap publish, tapi ruangan komen koranglah yang buat entry tu rasa hidup. 


Jadi untuk bulan May, tahniah kepada pemenang Top Commentator May Edition ! 🏆 





🥳 NUR 🥳




Terima kasih Nur sebab sentiasa support blog Faa, rajin mengomen dan jadi antara wajah yang Faa selalu nampak dekat ruangan komen. Semoga terus support blog ni dan semoga ukhwah sesama blogger ni berkekalan. 🌷💕 Mohon hantarkan butiran Nur ke alamat email Faa untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah. Faa tunggu tau 😁 (siti.norfaezah20@gmail.com)


Thank you so much for being part of this little blogging journey. ✨ 


NotaKaki : Capai 8 entry termasuk post announcement. Aci la eh. 😬 Tunggu next month pula. 

#24 Currently Obsessed With Promegranate

​Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


Jarang2 eh Faa back to back buat entry 😅 Harini Faa nak share ngan korang pasal pomegranate (delima) ni. Disebabkan minggu ni straight I makan buah ni je. 😂 One of my colleagues shared this fruit with me and I just love itt. Before ni ada juga makan, tapi taklah sampai jadi buah pilihan utama. Lepas je kawan bagi rasa, tetiba eh macam sedap sangat pula. Dia letak sedikit garam pada buah ni, and surprisingly it tasted even better 😍 Masam, juicy, ada sikit manis, memang buat I susah nak berhenti makan.



tadaaaa 🌟



Pomegranate atau buah delima ni biasanya mula banyak dijual semasa musim luruh hingga musim sejuk. This fruit is packed with tiny red seeds inside. It soooo good eaten just as it is 😋 Besides being delicious, pomegranate is also popular because many people believe it offers various health benefits. Thats one of the reasons why this fruit has become a favourite among health conscious people. 😊


Dalam dunia kecantikan pula, pomegranate memang popular selain stoberi. Bila I google pasal this, a lottt of articles yang mengaitkan pomegranate dengan kulit yang sihat and glowing. Antara sebabnya ialah kerana pomegranate mengandungi Vit C dan  antioxidants yang tinggi. Vit C penting untuk penghasilan collagen, manakala antioxidants pula membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang boleh menyebabkan kulit nampak kusam dan tanda2 premature aging. Betul atau tidak, im not an expert to say 😆 Tapi yang pasti, buah ni memang mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien yang baik untuk badan. Dalam badan pula, pomegranate ni sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Bila mana  ramai yang cakap sangat baik untuk kesihatan jantung dan sistem imun (google refferences)


Of course la takde makanan yang boleh bagi glowing terus esok pagi. Kalau macam tu senanglah hidup 😂 tayah susah2 pegi treatment bagai.  Tapi setakat ni, Faa memang enjoy makan buah ni. Sedapp, refreshing dan memang takmo stop makan. I can eat this all day without getting bored, for now of coz 😌 Kalau korang nampak pomegranate kat supermarket nanti, bolehlah cuba. Berapa hari dah ni asek makan benda ni je. 


Memang lancar segala natures calling setiap hari sebab buah ni rich in fibre. Untuk kesan yang ketara tu, takde la nampak lagi sebab Faa baru makan tak sampai seminggu. Mungkin kena tunggu 3–6 bulan kalau konsisten. Tapi sebab ni buah, rasa manis dia pun datang secara semula jadi dan lebih terkawal berbanding banyak snacks manis yang lain. Boleh makan selalu. Apa pun, Faa percaya takde satu pun ciptaan Allah yang sia2 ✨ *done dakwah*


So korang kenaaa try makan pomegranate dan sedikit garam bagi naikkan rasa pomegranate ni. Lagi sedap kalau buat semalam and terus masuk fridge. Kalau tengok kat TikTok, theres many way to enjoy this pomegranate. Ada yang makan macam tuje, ada yang campur dengan madu, yogurt, oat, salad buah, chia pudding dan paling popular buat juice. Ikut citarasa masing2 💝 Harap korang try tau sedap sumpah sedap.. Daaa🤗


NotaKaki : Hati-hati bila nak kopek buah ni. First time I operate pomegranate ni, dapur terus jadi macam crime scene. Darah merah percik sana sini. 😂 Kalau korang first timer juga, cuba tengok tutorial kat YouTube dulu. Ada cara kopek yang lebih mudah, kemas dan kurang berisiko menjadikan dapur sebagai tempat kejadian jenayah. 😅






Saturday, May 30, 2026

#23 Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 By Cuya

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


My rakan blogger Permaisuri Cuya Adinda Padil Wal Kelapa bertitah  🌟







Tak tahu lah giveaway ni tutup pukul berapa, yang pasti hari ni merupakan hari terakhir untuk join Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0. Jadi siapa yang belum join tu, masih sempat lagi cuba nasib 🤭


Hadiah Utama : Sampul Raya Anime dan Sampul Raya Labubu 💝


Pemenang akan dipilih secara lucky draw, jadi semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk menang. 🎉


Mengenali Cuya, beliau seorang blogger yang periang, kreatif dan sentiasa ada idea yang out of the box. Setiap kali singgah ke her blog, memang ada sahaja entri menarik untuk dibaca. Cuya juga merupakan salah seorang rakan blogger terawal yang support Faa di dunia blogging ni. Cuya antara blogger yang  singgah dan meninggalkan komen. Sebab tu bila nampak she buat giveaway, rasa macam of coz nak support ❤️


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR! 👑🥥


Kalau korang berminat nak join, boleh klik banner giveaway di atas dan ikut syarat2 penyertaan yang telah ditetapkan.


Nota Diraja: Jangan lupa tulis dalam entri korang, sampul raya yang mana paling korang berkenan 🤭


Kalau Faa pula, memang rambang mata nak pilih sebab semuanya comel. Tapi kalau kena pilih, Faa paling berkenan dengan sampul raya di bawah ni kerana design-nya menarik dan nampak unik. Tak dapat semua ni pun takpe, tapi kalau dapat Labubu Pikachu dengan Doraemon tu pun oke dah 😁

















Akhir kata, semoga Cuya terus sukses dalam dunia blogging dan semoga giveaway kali ni mendapat sambutan yang meriah. Good luck kepada semua yang menyertai ! 🌷💕



NotaKaki : Ini baru betul jenis student yang hantar esaiment last minute 🤣 

Thursday, May 28, 2026

#22 My HIFU Treatment Story

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


Pagi tadi, around 9:30am, I went to Dermal Beauty Clinic in Maddington for my HIFU treatment 😄 This was actually my second time doing HIFU with them. The first time was last year. HIFU is not an every month commitment kind of treatment. For someone in their mid-30s like me, with no major aging, sagging, or deep wrinkles yet, once a year should honestly be enough. I mainly do it more for maintenance and slow down the aging process. Just want my skin to age nicely and still look fresh without doing anything too invasive.














Paling penting, tak buat permanent facelift, benda2 extreme or seangkatan.  Telling you, HIFU treatment ni memang popular untuk bantu stimulate collagen dari bawah lapisan kulit. Dia juga membantu tighten skin and bagi subtle lifting effect especially area jawline, cheeks, and bawah dagu. Result dia bukan jenis instant terus muka berubah like surgery, but more to natural looking improvement. Biasanya kulit akan nampak lebih firm and lifted gradually dalam beberapa minggu sampai beberapa bulan sebab collagen perlukan masa untuk rebuild. Sebab tu ramai orang umur 30an start buat HIFU as maintenance treatment. 


Lagi satu, sebelum lakukan apa2 treatment, speak to your therapist dulu and discuss apa concerns yang you ada tentang kulit you. Semua orang punya skin condition lain2, so treatment pun tak semestinya sama. Kalau pilih untuk buat HIFU, biasanya mereka akan suggest how often you should do it based on your skin condition, aging concerns, and masalah kulit yang kamu hadapi. Ada orang perlu lebih kerap, ada juga yang cukup setahun sekali je. Setakat ni, Faa perlu maintain setahun sekali 😍


Okie, apa itu HIFU ?


HIFU ialah short form untuk High Intensity Focused Ultrasound. In short, treatment ni guna gelombang ultrasound yang fokus ke lapisan bawah kulit untuk stimulate penghasilan collagen baru. Collagen ni penting sebab dia yang bantu kulit nampak lebih cekang, toink toink, dan muda 🤗 Bila umur makin meningkat, collagen dalam kulit pun makin berkurang. Sebab tu kulit mula nampak loose sikit, kurang tegang, and ada fine lines slowly muncul. Apa yang best pasal HIFU ni, dia target bahagian bawah kulit without surgery atau cucuk2 tang sini tang sana. Sakit ouh cucuk2 ni. Sebab tu ramai orang suka buat HIFU untuk maintenance kulit and anti aging treatment.


Biasanya orang buat HIFU dekat area jawline, double chin, cheeks, bawah mata dan neck area. Treatment ni bukan jenis terus nampak hasil extreme overnight. More kepada natural improvement yang datang slowly. Ada orang nampak lifting effect lebih cepat, ada juga yang ambil beberapa minggu. For me, Faa can actually see a slight instant lifting effect and smile line area dekat pipi pun nampak a bit softer right after the treatment tadi. Memang muka nampak lebih fresh lepas buat HIFU 🌞 But the real process sebenarnya berlaku dari bawah kulit. Collagen baru yang dirangsang oleh treatment tu akan start generate slowly within the next few weeks after treatment.


And yezza, hasil dia pun depends on many things juga like pemakanan, smoking habit, lifestyle, and cara kamu jaga kulit selepas treatment. Sebab tu ada orang nampak result lebih cepat and tahan lama, while some people mungkin perlukan more sessions or maintenance.


Faa buat appoinment bulan lepas. Tadi therapist tu sempat greeting and tanya Faa nak repeat balik tak skin booster treatment 🤣 Ye, haritu bulan Dec Faa pernah buat skin booster inject salmon DNA tu 🥹 Supposedly treatment tu memang recommended buat 3 bulan berturut2 kalau nak result lebih wow and tahan lama.


BUT YA ALLAH... 🥹


Sakit dia 😭 Masa treatment tu pun nurse yang inject Faa siap lap air mata sebab Faa literally menangis atas katil 😅 Even dah sapu numb cream pun. Tapi honestly... memang glowing ✨ Kulit memang nampak lebih hydrated, healthy, and glowing from within. Jenis glow yang orang nampak muka fresh lepas mandi even without makeup. Untuk maintenance pula usually around 6 ke 12 bulan depending on skin condition and lifestyle. Hmmm... memang teringin nak repeat sebab result dia cantik 🥹 tapi teringat balik sakit tu... taccodd... nanti nangis lagi 🤣





Lepas borak kejap, Faa pun masuk bilik treatment. Mesin HIFU tu memang dah standby tepi katil. Therapist tu siap selimutkan Faa sebab bilik memang sejuk walaupun tak buka aircond. Lepas tu Faa baring and dipakaikan hair net dulu before start treatment. Then therapist cuci muka first. Lepas muka dah clean, dia letak gel dekat kulit untuk mudahkan mesin glide atas muka. Glide pula kearah atas bagi naik kulit yang dah start aging. She did around 3 rounds dengan level energy yang berbeza. Memang boleh rasa setiap level electric sensation tu dari dalam kulit ⚡Bukan sakit sangat, tapi more kepada ngilu especially bila dia glide dekat area my gum and tulang pipi,dan dahi juga 😁 Nasib baik therapist tu selalu check, dia keep asking, “Ok? Bearable?” and Faa pun cakap still okay lagi 😂





Lepas habis treatment, dia clean balik muka Faa and apply moisturizer dengan sunscreen. Total duration tak lama pun. Around 45 minutes macam tu for a full face area. Lepas treatment habis, mestilah terus tengok muka dekat cermin dulu 😬 Happy meee sebab muka nampak instant fresh and smile line pun macam kurang sikit. Bukan berubah look 10 years younger, but enough nampak muka lebih lifted and less tired. Then therapist tu recommend Faa buat Evoke treatment pula. Katanya lebih kepada radio frequency treatment untuk tightening and contouring muka. Faa iyekan je dulu 🤣 Nanti balik rumah baru research betul2 treatment tu apa benda.


Before balik, therapist dekat kaunter pun bagi pamphlet senarai treatments yang available dekat clinic tu. Bahaya betul kalau baca satu2 😭 nanti semua rasa nak try 😝 haisyoo.





Apa yang Faa suka lagi pasal HIFU ni, takde downtime. Lepas treatment boleh terus sambung hidup macam biasa je. Takde la sampai kena duduk rumah berhari2 atau muka bengkak teruk. Retinal pun still boleh pakai, cuma better tunggu around 48 jam lepas treatment. And wajib pakai sunscreen especially kalau keluar rumah sebab kulit akan jadi lebih sensitif.


Masa drive balik tadi pun Faa still boleh rasa getarrr getarrr halus dalam area pipi 😂 Macam rasa effect treatment tu masih bekerja dari dalam kulit. Tapi still leh tahan. Sangat berbaloi kalau untuk maintenance, memang takde masalah pun nak buat setahun sekali.


Lepas ni Faa akan combine dengan microneedling pula for skin texture and glow. Lepas 4-6 weeks oke dah. Taknak overdo sebab kulit pun perlukan masa untuk heal. One thing I learned yang aftercare memang penting. Kena jaga skincare properly, pakai sunscreen, and jangan guna active ingredients terus lepas treatment. Adulting sekarang bukan lagi kumpul makeup sangat... dah start kumpul collagen instead 😌 So itu je la kisah harini. Jumpa lagi next entry 💝


NotaKaki : Bentuk self care yang Faa suka sekarang bukan lagi makeup banyak2, tapi lebih kepada jaga kulit, rehat cukup, and aging gracefully. Still nak mendoniaaa di umur 40 🤣



Hewhew, hii cik meow. Tunggu giliran juga ke ?  😄 



Sunday, May 24, 2026

#21 Playing Tourist : Exploring Perth City To Fremantle

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


Semalam, Faa dan Hafiz berjalan sakan dari pagi hingga ke petang. I rarely get two consecutive days off, so we thought it would be nice to play tourist and spend the day exploring Perth City and Fremantle (Freo to the locals). Entry ini juga boleh dijadikan sebagai itinerary reference untuk korang yang nak bercuti ke Perth. So, lets begin with our day trip around Perth City and Freo ✨ 















Seawal 7:30am kami sampai dari Canning Vale ke Blue Boat House (BBH). Nak bergambar di BBH ni kena datang awal pagi. Kalau lewat memang beratur la korang nak amik gambar dengan orang lain yang tunggu queue. Kadang orang amik prewed shoot atau gambar kawen juga. Lagi2 time weekend, masa kami sampai pun, ada dah photog dengan siap kamera dan zoom lens lagi. Maybe diorang kat situ since tunggu sunrise. Masa ni sejuk bangett 🥶 BBH, atau sebenarnya dikenali sebagai Crawley Edge Boatshed, merupakan salah satu lokasi paling iconic di Perth dan selalu jadi tumpuan pelancong serta photog kerana kedudukannya yang cantik di tepi Swan River. Funfact, BBH ni tepi jalan raya. Kalau nak parking, boleh park kat Matilda Bay, jalan kaki ke BBH. Nak dekat, park dekat area highrise residential area bertentangan kawasan BBH. Tapi seram parking situ, sebab jalan dia curam, and tak banyak parking available. Datang awal boleh park area situ. 15mins je amik2 gambar, kena cepat sebab ada orang tunggu turn. Kalau takde orang tunggu, ingat nak lepak situ sambil feeling2 bersatu dengan alam 😁


                                                                    


Ikutkan, lepas BBH kami naik ke Kings Park Botanic Garden. Tapi Hafiz dah merengek lapar. Haishh. Dia ni saje je rosakkan my itinerary. Elok2 plan nak makan kat The Sarapan kat Mill point, terus pegi Birue Cafe kat Watertown. Kami sampai pukul 8am. Cafenye buka 8.30am. Gewwraamm je aku nak cekik mamat nihh. Rindu nak makan Lamb Ragu, dia tak fikir yang Faa ni rindu nak karate dia 😑 Kami pun order makan 8.40am. Hafiz ordered a Fettuccine Lamb Ragu and hot Cappucino. Faa ordered a Porterhouse Steak served with Creamy Tarragon Sauce plus 3 poached eggs and an iced latte with vanilla syrup. Siap pilih burnt basque cheesecake sebagai dessert. Nohh, pepagi dah makan berat 😌 Btw, cafe ni halal. Watertown ni tempat shopping. Mostly, kalau tengok trip percutian ke Perth, ada slot shopping time kan. Selalu beli sini la, kalau nak besar lagi pegi kat DFO. Jauh sikit dari city dalam 20mins ? Tapi DFO dekat ngan Perth airport. 


















9:30am kami sampai kat Kings Park Botanic Garden (KPBG). Even dah banyak kali pergi pun, still nak naik juga atas ni  😂 kata playing tourist. Jarang la sampai pagi, so disebabkan dah telan heavy meals tadi, brisk walk kejap. KPBG ni juga icon Perth yang wajib dikunjungi. Selain terkenal dengan koleksi tumbuhan asli Australia, view Perth City dan Swan River yang memang cantik dari atas bukit. Jika ada masa, you guys explore sini lebih dalam. Ada jambatan gantung juga, tumbuhan liar. DNA tower pun kat dalam sini. Boleh picnic kat padang yang luas, healing2 atas bukit. Kira macam look out point la. Penah pegi Look Out Ampang Point tak ? Haa, lebih kurang. Funfact, api peringatan (Eternal Flame) di State War Memorial dalam Kings Park menyala sepanjang tahun sebagai simbol penghormatan kepada anggota tentera yang terkorban dalam peperangan. Kawasan memorial ini juga jadi tumpuan utama semasa upacara Dawn Service pada Hari ANZAC setiap 25 April. 🫡






















Seterusnya, 10:15mins kami sampai kat Bell Tower. Haa, ini tak penah masuk. Lalu depan je. Bell Tower terletak dekat area Elizebeth Quay. Jika nak ke Rottnest Island, check point ferry dari Perth dekat sinilah. Depan Bell Tower tu ada kiosk terminal ferry. Dalam Bell Tower ni terdapat pelbagai jenis bell dari pelbagai zaman, termasuk bell bersejarah yang dibawa dari England. Pengunjung juga boleh menyaksikan bell ringing demonstration dan belajar tentang sejarah bell yang dipamerkan di sini. Dalam bangunan ni juga terdapat banyak bell besar yang dipamerkan dalam satu ruang khas. Ada satu bell paling gergasi yang tergantung merentasi satu tingkat bangunan. Masa nampak bell tu, terus teringat filem Kungfu Hustle. 🤣🤣 Kan ada scene pasangan tuan rumah yang guna teknik Lion's Roar dengan bell besar yang dibuat macam speaker? Haa, lebih kurang macam tu lah rupa bell yang I nampak ni. Sebijik wa cakap! 😂 So semalam takde demonstration tu, jika ada kena pakai ear protection kalau dapat masuk dalam. Boleh bayang tak macam mana kuat degung bell Kungfu Hustle ni ? 😂 Habis baca sejarah dalam Bell Tower, kami turun kat ground floor balik. Belek2 souvenir, beli satu bell kecil buat kenangan. 




































                                                                            Bell gergasi 😁








                                      Uncle Howard amik gambar


                                       souvenir

                                                                        


Next stop, en route to Freo. Ikut itinerary, patut pegi ke Fremantle Market terus. Tapi Hafiz nak singgah ke Fremantle Shed. Tengok perangai dia -,-' padahal Freo market lagi function. Freo shed ni area terminal ferry ke Rottnest juga. So jalan2 dalam ni sementara tunggu Zohor. Dalam ni tak banyak pun benda menarik. Paling2 pun dapat tengok barang2 old school. Ada kedai souvenir juga dan kiosk makanan. 








                                       one less lonely girl.....




                                        Cakkk 







                                      Taccoddd... teringat Annabelle 

            











Kami singgah solat Zohor di Fremantle Mosque. Rasa jarak dalam 10mins kot. 


                                         Jangan skip sunscreen guys.... 
 


Usai Zohor, kami singgah ke WA Shipwrecks Museum. Inside the museum, pengunjung can see various artefacts recovered from shipwrecks, including old coins, navigation equipment, weapons and everyday items once used by the crew. Menarik juga to see how archaeologists study and piece together the history of ships that have been lying on the ocean floor for hundreds of years. Masuk pun free. 








































Sepatutnya, kami lunch di Kailis, tapi sebab masih kenyang, kami decided untuk jalan2 sekitar Freo Ferris Wheel. Kalau datang malam cantik, ada lampu warna warni sini. Kawasan ni ramai budak2 main skateboard sebab ada skate park dan taman untuk lepak.

Angin memang sejukkk. Nasib baik masih pakai coat. Kalau tak, memang menggigil juga walaupun matahari tengah membahang. Typical Perth weather la, nampak cerah dan panas, tapi angin dia boleh tahan sejuk. 😂 Kalau summer je panas tak main2. Tahap boleh goreng telur atas jalan tar. Plus banyak langau lagi. Faa tak minat keluar time summer 🥴




Perjalanan diteruskan ke WA Maritime Museum. Kalau tadi kat WA Shipwrecks Museum lebih kepada shipwrecks dan artifacts yang dijumpai dari dasar laut, Maritime Museum ni pula lebih fokus kepada maritime history di Western Australia secara keseluruhan. Theres many large ship replicas inside the museum, jadi boleh nampak dengan lebih jelas macam mana rupa kapal2 yang digunakan pada zaman dahulu. Ada juga galeri yang memaparkan gambar dan kisah pelbagai kapal dari seluruh dunia.






                                          Eh, Bintang ke tuu ? 😿





































































One of the things that caught my attention was a giant preserved fish big mouth on display inside the museum. Mulut dia memang besar gila sampai rasa macam boleh telan Hafiz 😝 Ye, Faa nak jadikan Hafiz makanan ikan big mouth tu sebab suka2 tukar itinerary Faa 🫣 kidding :p







Kat luar museum pula ada sebuah submarine yang sangat besar dipamerkan di luar museum. Kita masuk explore bahagian dalam menggunakan interactive screen yang memaparkan 3D walkthrough submarine tersebut.





Time ni matahari kaler oren2 cantik 🌞 Kami terus pegi tempat Rainbow Containers (RC). Telling you, RC ni pun terletak betul2 tepi jalan. Tak boleh simply park sesuka hati. Ada road sign 🌈 yang menunjukkan kawasan parking yang dibenarkan, so ikut je sign tu. Biasanya korang akan park berhampiran jeti sebelum berjalan kaki sedikit mendaki ke kawasan RC. Tak jauh pun. 2mins jalan sampai dah. Tapi tak sesuai kalau you guys tetiba nak berpicnic pula. Memang makan asap la. RC ni sesuai amik gambar je. 






Masa ni rasa 4pm lebih. Dan dah lapar pun. Kami terus bergilir solat Asar . Ada toilet berhampiran utk amik wudhu dan solat area pokok besar situ. 




Selesai Asar, kami pergi ke Kailis Fish Market Cafe. Sure akan jumpa orang2 malaysia sini kalau datang. Salah satu port wajib makan fish and chips. Itinerary pelancong Malaysia ke Perth, nama Kailis memang tak pernah tinggal. Just to make it clear, this place is Muslim friendly but not Halal certified. Alcohol is served at a separate kiosk under the same roof, which is why theres no official halal certification. So, dining here is at your own discretion 👌 


Hafiz ordered the classic fish and chips together with a seafood chowder. Chowder ni dihidangkan dalam roti bulat yang dilubangkan bahagian tengahnya, kemudian diisi dengan creamy soup yang mengandungi campuran ikan, udang, dan mussels. Dia ni bukan makan seafood pun, saje rasa nak order. Faa la yang makan banyak. See ? Kenapa seorang Faa susah nak jaga kalori 😫 










I pula order fish and chips, scallops dan squid fritters. Tambah pula 12 fresh oysters. 🤣 Selain fresh oysters, I juga try cheese oysters dan chilli oysters. Fresh oysters memang rasa fresh laut manakala versi cheese pula lebih mudah diterima kalau korang baru nak berjinak2 makan oysters. Yang chili tu hati2 makan, takut tersedak. Personally, Faa tetap suka yang fresh sebab dapat rasa original flavour dia. 😋🦪 picit lemons, goyang2 oysters guna garfu pastu terus masuk mulut dan telan 😁 Elok la makan time winter sebab lepas makan je rasa badan panas. 




                                         Burung ni duk usya fish and chips Hafiz 🤣

 







So tamatlah sudah.. alkisah kami... Terima kasih, dan jumpa lagi...


Sekian kisah kami semalam. Ikutkan ada lagi tempat yang tak pergi seperti Round House dan Freo Lighthouse serta Omeo Wreck tengok bangkai kapal dalam laut. Kalau tak masuk museum rasanya dapat dah cover semua tempat. Tapi Faa suka exhibition dan museum 😁 Takpe la, kita buat next trip pula. 


NotaKaki : Balik2 rumah terus maghrib. Habis je isyak 7:30pm tertidur masa godek2 gambar dalam phone. Midnight terjaga balik sambung edit gambar tapi tak larat nak entry-kan semalam. Overall, Hafiz and I had a blast yesterday. Walaupun itinerary ada lari sana sini sikit, tetap seronok dapat jadi tourists for a day dan explore Perth City dengan Freo.

Now the question is... next trip nak pergi mana pula ye? 🤔