Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))
Pagi tadi, around 9:30am, I went to Dermal Beauty Clinic in Maddington for my HIFU treatment π This was actually my second time doing HIFU with them. The first time was last year. HIFU is not an every month commitment kind of treatment. For someone in their mid-30s like me, with no major aging, sagging, or deep wrinkles yet, once a year should honestly be enough. I mainly do it more for maintenance and slow down the aging process. Just want my skin to age nicely and still look fresh without doing anything too invasive.
Lagi satu, sebelum lakukan apa2 treatment, speak to your therapist dulu and discuss apa concerns yang you ada tentang kulit you. Semua orang punya skin condition lain2, so treatment pun tak semestinya sama. Kalau pilih untuk buat HIFU, biasanya mereka akan suggest how often you should do it based on your skin condition, aging concerns, and masalah kulit yang kamu hadapi. Ada orang perlu lebih kerap, ada juga yang cukup setahun sekali je. Setakat ni, Faa perlu maintain setahun sekali π
Okie, apa itu HIFU ?
HIFU ialah short form untuk High Intensity Focused Ultrasound. In short, treatment ni guna gelombang ultrasound yang fokus ke lapisan bawah kulit untuk stimulate penghasilan collagen baru. Collagen ni penting sebab dia yang bantu kulit nampak lebih cekang, toink toink, dan muda π€ Bila umur makin meningkat, collagen dalam kulit pun makin berkurang. Sebab tu kulit mula nampak loose sikit, kurang tegang, and ada fine lines slowly muncul. Apa yang best pasal HIFU ni, dia target bahagian bawah kulit without surgery atau cucuk2 tang sini tang sana. Sakit ouh cucuk2 ni. Sebab tu ramai orang suka buat HIFU untuk maintenance kulit and anti aging treatment.
Biasanya orang buat HIFU dekat area jawline, double chin, cheeks, bawah mata dan neck area. Treatment ni bukan jenis terus nampak hasil extreme overnight. More kepada natural improvement yang datang slowly. Ada orang nampak lifting effect lebih cepat, ada juga yang ambil beberapa minggu. For me, Faa can actually see a slight instant lifting effect and smile line area dekat pipi pun nampak a bit softer right after the treatment tadi. Memang muka nampak lebih fresh lepas buat HIFU π But the real process sebenarnya berlaku dari bawah kulit. Collagen baru yang dirangsang oleh treatment tu akan start generate slowly within the next few weeks after treatment.
And yezza, hasil dia pun depends on many things juga like pemakanan, smoking habit, lifestyle, and cara kamu jaga kulit selepas treatment. Sebab tu ada orang nampak result lebih cepat and tahan lama, while some people mungkin perlukan more sessions or maintenance.
Faa buat appoinment bulan lepas. Tadi therapist tu sempat greeting and tanya Faa nak repeat balik tak skin booster treatment π€£ Ye, haritu bulan Dec Faa pernah buat skin booster inject salmon DNA tu π₯Ή Supposedly treatment tu memang recommended buat 3 bulan berturut2 kalau nak result lebih wow and tahan lama.
BUT YA ALLAH... π₯Ή
Sakit dia π Masa treatment tu pun nurse yang inject Faa siap lap air mata sebab Faa literally menangis atas katil π Even dah sapu numb cream pun. Tapi honestly... memang glowing ✨ Kulit memang nampak lebih hydrated, healthy, and glowing from within. Jenis glow yang orang nampak muka fresh lepas mandi even without makeup. Untuk maintenance pula usually around 6 ke 12 bulan depending on skin condition and lifestyle. Hmmm... memang teringin nak repeat sebab result dia cantik π₯Ή tapi teringat balik sakit tu... taccodd... nanti nangis lagi π€£
Lepas borak kejap, Faa pun masuk bilik treatment. Mesin HIFU tu memang dah standby tepi katil. Therapist tu siap selimutkan Faa sebab bilik memang sejuk walaupun tak buka aircond. Lepas tu Faa baring and dipakaikan hair net dulu before start treatment. Then therapist cuci muka first. Lepas muka dah clean, dia letak gel dekat kulit untuk mudahkan mesin glide atas muka. Glide pula kearah atas bagi naik kulit yang dah start aging. She did around 3 rounds dengan level energy yang berbeza. Memang boleh rasa setiap level electric sensation tu dari dalam kulit ⚡Bukan sakit sangat, tapi more kepada ngilu especially bila dia glide dekat area my gum and tulang pipi,dan dahi juga π Nasib baik therapist tu selalu check, dia keep asking, “Ok? Bearable?” and Faa pun cakap still okay lagi π
Lepas habis treatment, dia clean balik muka Faa and apply moisturizer dengan sunscreen. Total duration tak lama pun. Around 45 minutes macam tu for a full face area. Lepas treatment habis, mestilah terus tengok muka dekat cermin dulu π¬ Happy meee sebab muka nampak instant fresh and smile line pun macam kurang sikit. Bukan berubah look 10 years younger, but enough nampak muka lebih lifted and less tired. Then therapist tu recommend Faa buat Evoke treatment pula. Katanya lebih kepada radio frequency treatment untuk tightening and contouring muka. Faa iyekan je dulu π€£ Nanti balik rumah baru research betul2 treatment tu apa benda.
Before balik, therapist dekat kaunter pun bagi pamphlet senarai treatments yang available dekat clinic tu. Bahaya betul kalau baca satu2 π nanti semua rasa nak try π haisyoo.
Apa yang Faa suka lagi pasal HIFU ni, takde downtime. Lepas treatment boleh terus sambung hidup macam biasa je. Takde la sampai kena duduk rumah berhari2 atau muka bengkak teruk. Retinal pun still boleh pakai, cuma better tunggu around 48 jam lepas treatment. And wajib pakai sunscreen especially kalau keluar rumah sebab kulit akan jadi lebih sensitif.
Masa drive balik tadi pun Faa still boleh rasa getarrr getarrr halus dalam area pipi π Macam rasa effect treatment tu masih bekerja dari dalam kulit. Tapi still leh tahan. Sangat berbaloi kalau untuk maintenance, memang takde masalah pun nak buat setahun sekali.
Lepas ni Faa akan combine dengan microneedling pula for skin texture and glow. Lepas 4-6 weeks oke dah. Taknak overdo sebab kulit pun perlukan masa untuk heal. One thing I learned yang aftercare memang penting. Kena jaga skincare properly, pakai sunscreen, and jangan guna active ingredients terus lepas treatment. Adulting sekarang bukan lagi kumpul makeup sangat... dah start kumpul collagen instead π So itu je la kisah harini. Jumpa lagi next entry π
NotaKaki : Notakaki : Bentuk self care yang Faa suka sekarang bukan lagi makeup banyak2, tapi lebih kepada jaga kulit, rehat cukup, and aging gracefully. Still nak mendoniaaa di umur 40 π€£








No comments: