Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))
Hafiz and I continued our vacation, heading straight to Gold Coast (GC)!! Act, niat utama trip Brisbane ni dari awal adalah nak pegi GC. Brisbane kira macam opening trip before heading to the place we have been looking forward to the most. Seawal 8AM, kami dah selesaikan urusan check out dan menapak semula ke bangunan parking untuk ambil kereta. Lepas semua batubata luggage dah selamat masuk dalam kereta, off we went to GC! Seperti biasa, Faa kekalkan aktiviti tidoo menyimpan tenaga dalam perjalanan. Im that kind of person yang tido je dalam kete kalau dalam perjalanan jauh. Lepastu terpaling penat. EH ?? 😂
Penat, tak penat sama je. Sleeping in a car is a MUST :p

Sampai di GC around 9AM lebih. Hafiz kejut suruh tengok luar. Raaamaiiii orang dekat Surfers Paradise! Pastu dengar bising2 bunyi jet dekat langit. Baru tahu orang2 datang untuk tengok Pacific Airshow. Ouhhh, patutlah ramai! 😲 Kami terus cari breakkie around Paradise Centre. Tak banyak kedai yang buka lagi masa tu, so kami parked kereta dulu then jalan2 kejap sambil cari makan. Parking dekat sini okay sikit even public parking dalam bangunan. Masa jalan2 tu, nampak satu dessert shop yang baru buka. So kami pun singgah dulu. Kemain breakfast nak dessert 😋



Dalam Studio Cafe Co, Faa ordered Portuguese Tart, Caramelised Puff Pastry and Matcha Mango. Hafiz pula orderee Chocolate Cake and a hot Spanish Latte. Breakfast maneh2, macam dessert hunting. Habis makan, kami terus gerak ke Sea World. Sampai sana maybe around 10:30AM. Untuk entrance, kami just guna QR voucher yang Faa dah beli awal2 through Klook app. Tak lama sangat beratur, scan QR and in we go dengan mindset nak jadi kanak2 riang for the day🥳
Sea World ni antara theme park yang famous dekat GC. Dalam ni bukan setakat ada rides, tapi ada marine animals, shows and attractions sekali. So boleh spend for hours dekat sini sebab banyak benda nak tengok. Kalau datang dengan anak2, konfemmm depaa suka 💯 yang dah besar macam kami ni pun tumpang jadi budak kejap. Datang theme park kan, kenalah in character 🤪







1st ride yang kami masuk dekat Leviathan. Sampai2 tak warmup apa lagi, terus main roller coaster (RC). Excited sebab adrenaline tengah berkobar2 nak naik rides 😎 Leviathan jadi pembuka tirai. Tak pasal jantung exercise awal pagi. Lama tak main rides tipulahh takde rasa seram sejuk. Tapi disebabkan acah berdarah pahlawan, ketepikannn itu semuaa. Setakat RC je pun 😌 Dalam hati mengucap tak sudah.




Tunggu giliran dekat gate tu, tunggu RC sampai. Orang2 yang naik before us semua rambut dah macam kena letrik, muka pun masing2 macam baru lepas hadapi ujian kehidupanyang getirr 😜 Tengok muka diorang keluar tu, rasa seram sejuk makin terasa. Keberanian yang tadi menggunung hampir goyah 🥹 Tapi dah sampai turn kan... takkan nak patah balik. Maruah kena jaga bak kata suami terchenntahh 😏
The moment naik tu, Hafiz cakap dia nak buat muka macam Gforce proof. Sebab dia pernah tengok vtt sorang mamat ni naik RC dengan muka langsung takde perasaan, sebab kerja air force, kot lahh. Konon dia pun nak try buat muka setenang macam tu lah.
Tunggu... 😖
Bermulalah diri masing2 berserah ikut pusingan RC yang lajuuuu sampai rasa roh tertinggal dekat belakang. Muka Gforce proof ntah ke mana 😮💨 Habis ride, masa jalan keluar tu ada screen yang display gambar kena snap masa ride tadi. Faa tengok gambar tu pelik sebab Hafiz takde dalam gambar? Nak tengok betul2 pun tak jelas sebab preview tu covered dengan watermark 🤔 Kena purchase dulu baru dapat full photo. Tapi tang ni ada cerita dia. Hahahaha 🫣 Nanti Faa cerita part nak beli gambar tu.
Cuma tulah, lepas turun ride terus rasa macam nak muntah sebab dessert tadi macam belum habis process lagi 🤣 So we took a short break sebab diri rasa a bit unstable lepas naik RC. Acah pahlawan tadi dah senyap kejap. Dah rasa okie sikit, we continued walking around Nickelodeon Land. Area ni memang meriah dengan SpongeBob and friends. Ada Patrick, Squidward, SpongeBob dalam boat and soo on. Most of the rides dekat sini more kepada kids rides.





Then kami lalu Ocean Zones, area yang ada tempat makan and Midway Games. Ada permainan tikam2 tu, kalau menang boleh dapat patung besar macam dekat funfair. Tak main pun, kang satu hal pula nak usung patung besar ke sana sini. Jalan lagi, we discovered Polar Bear Shores, Shark Bay and Ray Reef. Dekat Ray Reef siap ada big open pool with stingrays swimming around. Best juga sebab bukan rides je tau, banyak marine animals boleh stop and tengok sepanjang jalan ✌








Polar Bear makan tembikai, burung tu makan ikan raw 😂 tertukar diet ke ? 😅

Nama Polar Bear tu, Mishka 🤭






After Zohor, we walked at the Penguin Point and Dolphine area. Lama juga lepak kat Dolphine tu sebab soo interesting can see the dolphines lompat2 ikut tangan instructor. Eiihh manja kali mereka 😍 Besar sihat cukup makan dolphines tu. Then, we headed back towards the entrance around 1:15PM. Masa agak mencemburui sebab kami ada another activity lepas ni before hotel checkin, so tak boleh spend terlalu lama dekat Sea World. OTW out, sempat juga stop tengok water ski show. Nasib timing ngam, dapatlah tengok kejap sebelum keluar dari Sea World 👏 Tak dapat cover semua dalam satu hari, tapi okiee lah, atleast banyak juga tempat yang sempat explore. Next activity tu Faa sambung dekat Part 2 e🤭















Berbalik pada misteri gambar Hafiz masa naik RC tadi. Faa dah tak ingat exact area mana, tapi macam dekat area cafe juga ada tempat untuk beli ride photos. Rupanya kalau nak dapat gambar2 sepanjang dekat Sea World, kena beli Photo Pass. So setiap kali lepas naik certain rides, dekat laluan keluar tu akan ada screen yang display ride photos. Cari gambar sendiri, then scan barcode untuk save gambar tu dalam Photo Pass. Hafiz pun beli lah Photo Pass tu, register email and set password. Tak perlu print physical photo pun sebab gambar boleh access and download online.
Nasib baik juga Faa masih ingat roughly pukul berapa kami naik Leviathan tadi. Masatu cari and download gambar... Barulah tahu kenapa dari awal Faa pelik Hafiz tak nampak dalam gambar 😌
Hampehhhh 🫣
Rupanya Hafiz ada je kat sebelah Faa. Mula2 tengok gambar tu, ehhh tangan ada... mana muka?? 😁 Hahahahaha 🤣🤣 Zoom gambar baru nampak rupanya Hafiz tengah menunduk! 🤣🤣 Hahahahhahaha. Hoodie hitam yang dia pakai pulak tutup muka 🤣 sebab tu langsung tak nampak manusia kat sebelah Faa 🤣🤣 Hahahhahahahaha. Dalam gambar nampak macam Faa sorang je duduk kat RC tu 🤣 Hahahahaha. Punya la sebelum naik tadi sembang nak buat muka statik, Gforce proof bagai kannn. Sekali muka pun tak sanggup menghadap dunia 🤣🤣 Hahahahaha.

Memang kena bahan lah dengan Faa 😜 Kitorang gelak tak ingat orang sekeliling masa tengok gambar tu. Gforce proof sangattt. Dan2 nak repeat balik sebab nak ada muka kat gambar 🙄 Takpayahh! Tengah jaga timing supaya sempat ke next activity, dia nak redeem maruah Gforce proof dia 🤣 Hahahahaha. Gambar pertama tu dah cukup untuk kenangan tunjuk kat anak cucu esok.
Bersambung Part 2... 😊
NotaKaki : Faa sampai Perth 20hb pukul 10PM. Alhamdulillah, all went well. All went just as I planned. All went well by Allah’s permission. All went well, and now its all beautifully kept in our memories ✨
No comments: