#41 Playing Tourist : Day 3 - Hello, Gold Coast ! - My Name Is Faa

Monday, August 24, 2026

#41 Playing Tourist : Day 3 - Hello, Gold Coast !

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


Hafiz and I continued our vacation, heading straight to Gold Coast (GC)!! Act, niat utama trip Brisbane ni dari awal adalah nak pegi GC. Brisbane kira macam opening trip before heading to the place we have been looking forward to the most. Seawal 8AM, kami dah selesaikan urusan check out dan menapak semula ke bangunan parking untuk ambil kereta. Lepas semua batubata luggage dah selamat masuk dalam kereta, off we went to GC! Seperti biasa, Faa kekalkan aktiviti tidoo menyimpan tenaga dalam perjalanan. Im that kind of person yang tido je dalam kete kalau dalam perjalanan jauh. Lepastu terpaling penat. EH ?? 😂


Penat, tak penat sama je. Sleeping in a car is a MUST :p 




Sampai di GC around 9AM lebih. Hafiz kejut suruh tengok luar. Raaamaiiii orang dekat Surfers Paradise! Pastu dengar bising2 bunyi jet dekat langit. Baru tahu orang2 datang untuk tengok Pacific Airshow. Ouhhh, patutlah ramai! 😲 Kami terus cari breakkie around Paradise Centre. Tak banyak kedai yang buka lagi masa tu, so kami parked kereta dulu then jalan2 kejap sambil cari makan. Parking dekat sini okay sikit even public parking dalam bangunan. Masa jalan2 tu, nampak satu dessert shop yang baru buka. So kami pun singgah dulu. Kemain breakfast nak dessert 😋







Dalam Studio Cafe Co, Faa ordered Portuguese Tart, Caramelised Puff Pastry and Matcha Mango. Hafiz pula orderee Chocolate Cake and a hot Spanish Latte. Breakfast maneh2, macam dessert hunting. Habis makan, kami terus gerak ke Sea World. Sampai sana maybe around 10:30AM. Untuk entrance, kami just guna QR voucher yang Faa dah beli awal2 through Klook app. Tak lama sangat beratur, scan QR and in we go dengan mindset nak jadi kanak2 riang for the day🥳


Sea World ni antara theme park yang famous dekat GC. Dalam ni bukan setakat ada rides, tapi ada marine animals, shows and attractions sekali. So boleh spend for hours dekat sini sebab banyak benda nak tengok. Kalau datang dengan anak2, konfemmm depaa suka 💯 yang dah besar macam kami ni pun tumpang jadi budak kejap. Datang theme park kan, kenalah in character 🤪











1st ride yang kami masuk dekat Leviathan. Sampai2 tak warmup apa lagi, terus main roller coaster (RC). Excited sebab adrenaline tengah berkobar2 nak naik rides 😎 Leviathan jadi pembuka tirai. Tak pasal jantung exercise awal pagi. Lama tak main rides tipulahh takde rasa seram sejuk. Tapi disebabkan acah berdarah pahlawan, ketepikannn itu semuaa. Setakat RC je pun 😌 Dalam hati mengucap tak sudah.








Tunggu giliran dekat gate tu, tunggu RC sampai. Orang2 yang naik before us semua rambut dah macam kena letrik, muka pun masing2 macam baru lepas hadapi ujian kehidupanyang getirr 😜 Tengok muka diorang keluar tu, rasa seram sejuk makin terasa. Keberanian yang tadi menggunung hampir goyah 🥹 Tapi dah sampai turn kan... takkan nak patah balik. Maruah kena jaga bak kata suami terchenntahh 😏


The moment naik tu, Hafiz cakap dia nak buat muka macam Gforce proof. Sebab dia pernah tengok vtt sorang mamat ni naik RC dengan muka langsung takde perasaan, sebab kerja air force, kot lahh.  Konon dia pun nak try buat muka setenang macam tu lah.

Tunggu... 😖


Bermulalah diri masing2 berserah ikut pusingan RC yang lajuuuu sampai rasa roh tertinggal dekat belakang. Muka Gforce proof ntah ke mana 😮‍💨 Habis ride, masa jalan keluar tu ada screen yang display gambar kena snap masa ride tadi. Faa tengok gambar tu pelik sebab Hafiz takde dalam gambar? Nak tengok betul2 pun tak jelas sebab preview tu covered dengan watermark 🤔 Kena purchase dulu baru dapat full photo. Tapi tang ni ada cerita dia. Hahahaha 🫣 Nanti Faa cerita part nak beli gambar tu.


Cuma tulah, lepas turun ride terus rasa macam nak muntah sebab dessert tadi macam belum habis process lagi 🤣 So we took a short break sebab diri rasa a bit unstable lepas naik RC. Acah pahlawan tadi dah senyap kejap. Dah rasa okie sikit, we continued walking around Nickelodeon Land. Area ni memang meriah dengan SpongeBob and friends. Ada Patrick, Squidward, SpongeBob dalam boat and soo on. Most of the rides dekat sini more kepada kids rides. 









Then kami lalu Ocean Zones, area yang ada tempat makan and Midway Games. Ada permainan tikam2 tu, kalau menang boleh dapat patung besar macam dekat funfair. Tak main pun, kang satu hal pula nak usung patung besar ke sana sini. Jalan lagi, we discovered Polar Bear Shores, Shark Bay and Ray Reef. Dekat Ray Reef siap ada big open pool with stingrays swimming around. Best juga sebab bukan rides je tau, banyak marine animals boleh stop and tengok sepanjang jalan ✌










Polar Bear makan tembikai, burung tu makan ikan raw 😂 tertukar diet ke ? 😅




Nama Polar Bear tu, Mishka 🤭










After Zohor, we walked at the Penguin Point and Dolphine area. Lama juga lepak kat Dolphine tu sebab soo interesting can see the dolphines lompat2 ikut tangan instructor. Eiihh manja kali mereka 😍 Besar sihat cukup makan dolphines tu. Then, we headed back towards the entrance around 1:15PM. Masa agak mencemburui sebab kami ada another activity lepas ni before hotel checkin, so tak boleh spend terlalu lama dekat Sea World. OTW out, sempat juga stop tengok water ski show. Nasib timing ngam, dapatlah tengok kejap sebelum keluar dari Sea World 👏 Tak dapat cover semua dalam satu hari, tapi okiee lah, atleast banyak juga tempat yang sempat explore. Next activity tu Faa sambung dekat Part 2 e🤭




















Berbalik pada misteri gambar Hafiz masa naik RC tadi. Faa dah tak ingat exact area mana, tapi macam dekat area cafe juga ada tempat untuk beli ride photos. Rupanya kalau nak dapat gambar2 sepanjang dekat Sea World, kena beli Photo Pass. So setiap kali lepas naik certain rides, dekat laluan keluar tu akan ada screen yang display ride photos. Cari gambar sendiri, then scan barcode untuk save gambar tu dalam Photo Pass. Hafiz pun beli lah Photo Pass tu, register email and set password. Tak perlu print physical photo pun sebab gambar boleh access and download online.


Nasib baik juga Faa masih ingat roughly pukul berapa kami naik Leviathan tadi. Masatu cari and download gambar... Barulah tahu kenapa dari awal Faa pelik Hafiz tak nampak dalam gambar 😌

Hampehhhh 🫣


Rupanya Hafiz ada je kat sebelah Faa. Mula2 tengok gambar tu, ehhh tangan ada... mana muka?? 😁 Hahahahaha 🤣🤣 Zoom gambar baru nampak rupanya Hafiz tengah menunduk! 🤣🤣 Hahahahhahaha. Hoodie hitam yang dia pakai pulak tutup muka 🤣 sebab tu langsung tak nampak manusia kat sebelah Faa 🤣🤣 Hahahhahahahaha. Dalam gambar nampak macam Faa sorang je duduk kat RC tu 🤣 Hahahahaha. Punya la sebelum naik tadi sembang nak buat muka statik, Gforce proof bagai kannn. Sekali muka pun tak sanggup menghadap dunia 🤣🤣 Hahahahaha.




Memang kena bahan lah dengan Faa 😜 Kitorang gelak tak ingat orang sekeliling masa tengok gambar tu. Gforce proof sangattt. Dan2 nak repeat balik sebab nak ada muka kat gambar 🙄 Takpayahh! Tengah  jaga timing supaya sempat ke next activity, dia nak redeem maruah Gforce proof dia 🤣 Hahahahaha. Gambar pertama tu dah cukup untuk kenangan tunjuk kat anak cucu esok. 


Bersambung Part 2... 😊


NotaKaki : Faa sampai Perth 20hb pukul 10PM. Alhamdulillah, all went well. All went just as I planned. All went well by Allah’s permission. All went well, and now its all beautifully kept in our memories ✨



16 comments:

  1. Wahh best² GC.. kalau umur masih muda for sure ahkak ko ni akan teruja naik RC tapi bila umur dah makin lanjut dengan tekanan darah yang tak menentu, ko pendam kan aje la niat nak berjimba naik RC hahahahaa.. hanya mampu me ejrit dari bawah je la jawb nya... best² ok lagi² more story

    ReplyDelete
  2. Kat gold Coast akak pi universal studio dgn sea world. Seaworld tenguk binatang je malahan sekarang dah Macam2 ada. Kat universal studio ternaik rides scooby doo huh rasa nak tercabut nyawa. Tobat lepas tu tukang tenguk member naik rides yg lain. Kita orang kat GC 1 hari je dari pagi sampai petang. Balik brisbane semula sebab besoknya balik Malaysia malamnya.

    ReplyDelete
  3. Bestnya, tumpang seronok tengok trip ke Gold Coast Faa. Boleh pula dia tunduk ye. Langsung tak nampak muka. Hehe..

    ReplyDelete
  4. thank you awak, bawa kita jalan-jalan. suka part castle tu, boleh berangan cinderella.
    spongebob squarepant.... are you ready kids??? aye captain!

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan2. Comel je polar bear tu makan tembikai.

    ReplyDelete
  6. Senang guna Klook kan. Surfer's Paradise, wajib pergi kalau ke GC kan. Bawak anak2 kecik masa tu ke Movie World, ada lagi ke MW ni. That was 2004 hehe lama berzaman.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya yg buat saya teringin sangat nak ke Aussie, semata hanya utk GC . Sebab di sana duluuu ada rollercoaster yg masih rekor dunia sebagai yg terextreme. Nama RC nya Tower of terror. Tapi saya sempat baca, kalau kontraknya dah habis. Nah skr tak tahulah apa msh ada atau diganti dengan wahana lain

    Faa sempat liat tak?

    Memang gelak liat hafiz 🤣🤣. Kursi rc hitam, baju dia hitam, menunduk pula yaa 🤣🤣🤣. Sayapun msh belum berhasil buat muka flat kalau naik RC hahahahaha.

    Tp at least berhasil buat muka tertawa saat bungee jumping di Macau tower hahahahaha . Konon biar bagus di foto 😂.

    Nantilah nak coba lagi RC di banyak negara yg masuk rekor dunia paling banyak di Jepang dan Amerika. Makanya pas ke jepang saya lebih memilih Fuji Q dan Nagashima spa land theme park drpd Disneyland.

    Sebab di Fuji q dan Nagashima spa land lah ada Beberapa RC yg masuk rekor dunia saya dah coba beberapa.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih.. :) https://ejulz.blogspot.com/2026/08/senarai-pengomen-tegar-ogos-2026.html

    ReplyDelete
  9. Faa pakai dress gitu naik RC, tak jadi macam parachute ke kain tu masa kat atas? ..

    ReplyDelete
  10. Beautiful photos. ❤️ Thank you so much for sharing your journey. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  11. Faa bila nak sambung citer brisbane ni. Dah lah rindu nak pi brisbane lagi ni.

    ReplyDelete
  12. Roller Coaster dan ride cam tu? No thank you... Pada uncle itu sama dengan kita bayar orang untuk torture kita... hahahaha

    ReplyDelete
  13. Hari tu dah comment tapi tak ada eh.. okla kita comment semula.. :P

    ReplyDelete
  14. Bab sleeping in car tu kan.. adalah dibolehkan utk isteri.. tapi kalau wife drive husband wjib teman ya. kalau tidur nanti muka masam je bila dah sampai hahahaa :P

    ReplyDelete