March 2026 - My Name Is Faa

Friday, March 20, 2026

#16 Tips Glowing Instant Di Pagi Raya 2026 Dengan Slugging Method

 Assalamualaikum and Hii blog peeps..


Malaysia raya hari sabtu kan ? Hewhew, selamat bersahur semua.. Jangan ada ngelat puasa tau. Faa kat Perth dah raya esok, wee 😜 So malam ni I prep muka dengan slugging method.


Waitt a minuteee. Apa slugging tu ? ðŸĪ”


Slugging adalah satu teknik skincare di mana you apply satu occlusive layer selepas moisturizer usually pakai petroleum jelly as your last step before tidur, untuk lock in all the moisture dalam kulit. Teknik ni sesuai untuk orang berkulit normal or dry. Tidak sesuai untuk yang berkulit acne prone dan berminyak. Takut boleh sumbatkan pori anda dengan teruk. Nanti lagi teruk breakout. Slugging ni kita buat time night routine sebelum tidur. Pesanan Faa, buat 1jam sebelum tidur. Takut2 esok bantal yang glowing 😌 haissyooo.


I started my slugging journey since kulit muka dah sesuai pakai retinol. Rasanya 2 tahun ? Lebih kurang. Slugging bukan setiap hari routine, hanya seminggu sekali. Muka auto plumped, hydrated anddd glowing pada keesokan hari. Makeup tak cakey, tak patchy dan tahan lama. Everything just sits better on your face ✨ So slugging ni, hanya pakai moisturizer dan Vaseline petroleum jelly. Itu sahaja. Tak boleh combine dengan ada yang bahan active seperti AHA, BHA, retinol/retinal, tretinoin. Its no no okies. Even glycolic acid toner pun takleh ! Tidakkk bolehhh ðŸĪš Repeat after me : Tidakkk... Bolehhh...


So lets start with cara2 men-slugging wajah. Sediakan moisturizer yang korang selalu pakai. Pastikan takde bahan active yang telah dinyatakan diatas. 1st step wajib basuh muka dengan cleanser sahaja. Then dab2 kulit wajah dengan tissue. Sementara kulit tengah lembap terus ke step pakai moisturizer. Tak perlu tunggu lama, ambil Vaselin sebesar pea-sized dan ratakan ke seluruh wajah. Then siap. Haa mudah kan ? Easyy peasyy. Bangun tidur, jangan lupa buat double cleansing. Especially nak ambil wudhu, Vaseline teksture yang boleh menghalang air untuk sampai ke kulit muka. 



Bersihkan wajah dengan cleanser



My moisturizer



Bahan utama slugging : Vaseline. 
Pakai spatula for hygiene purposes



My oil cleansing balm. Jimat, tak habis2 dari tahun lepas





Pro Tips : Bagi korang yang dah biasa pakai vitamin C dalam skincare routine harian, boleh guna 1 pump vitamin C serum selepas cleanser. Pastikan korang betul memang takde masalah kulit breakout untuk guna pro tips ini. Ada perbezaan pendapat yang mana tidak digalakkan untuk slugging dengan vitamin C tetapiii, Faa dah try memang menambah glowing. Cuma pakai sekali sekala sahaja. Contoh, setiap minggu Faa slugging, 3 weeks sekali I akan slugging pakai vit C. Minggu2 biasa I akan slugging guna moisturizer dan Vaseline sahaja. Thats it. Especially esok nak raya so I tambah vit c harini. So inilahh hasilnyaaa...



🌞 



Jadi, buat korang yang baru nak start slugging, guna je moisturizer yang ada. Cuma tambah Vaseline je. Kulit yang hydrated dan glowing bukan dengan cara slugging sahaja, tapi slugging adalah salah satu cara untuk boost keserian wajah. Perkara utama adalah kenal skin sendiri dahulu, apa yang boleh pakai dan yang tak boleh guna. Dapatkan skincare yang sesuai, biasakan test skincare dengan patch test. Boleh test kat area belakang telinga atau inner arm. Terutama jika nak upgrade skincare yang ada active ingredients. Jangan sambung pakai kat muka jika ada redness, itchy dan paling teruk ada rasa terbakar. So be more extra careful ye ladies. 💅 and then, bahaya jika nak try tukar skincare last2 minit nak raya. Just dont.



Im sooo in luff with this vit C serum



NotaKaki : Just a reminder, ladies... you are beautiful like no other 😍




P/s : hasil perap satay sambil berbelog. Keje Hafiz tang cucuk sate





Rendang ayam hijau sempat settle-kan entry Medicube 😁



Jiran depan rumah berbangsa Samoa bagi kuih raya. Beli dari kawan rasanya. 
Terima kasih orang baik. Esok kita bagi rendang dengan sate. 
Tinggal settle kuah kacang je esok. Tak muat peti sejuk harini 😌






So dikesempatan ini, Faa ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 bloggers. Semoga raya tahun ni membawa lebih banyak kebahagiaan dengan momen2 indah bersama keluarga. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan gurauan yang tak kena. Apa pun keadaan kita, semoga raya kali ini dirai penuh makna ✨ Assalamualaikum dan selamat malam.. Zzz zZZ zzZ 








Thursday, March 19, 2026

#15 Medicube Booster Pro Device Review

 Assalamualaikum dan Hii blog peeps..


Haaa, meh kita citer pasal device ni. Beauty device yang super famous dalam social media. Dalam keluarga Medicube beauty devices, ini antara yang paling ramai review ✅ Medicube Booster Pro ni berasal dari Korea dan memang dikenali sebagai salah satu at home skincare device yang digambarkan boleh bagi 'spa like treatment' dekat rumah. Antara sebab device ni viral ialah sebab dia datang dengan beberapa mode dalam satu device, macam Booster Mode, Micro Current Mode, Derma Shot Mode dan Air Shot Mode, yang each one target isu kulit berbeza seperti penyerapan skincare, skin elasticity, pore care dan facial contouring. Medicube juga market-kan device ni sebagai all in one beauty tool yang guna teknologi seperti electroporation, microcurrent, EMS, LED dan sonic vibration untuk bantu improve overall skin condition. 



tadaaaaa ✨



Honestly, benda yang buat ramai orang tertarik mestilah sebab packaging dia nampak premium, design dia minimalist, and of coz, social media hype dia memang gilaa2. Bila tengok video orang pakai, my 1st impression memang rasa this could be the device that changes everything in my skincare routine. Tapi biasalah, bila sesuatu produk terlalu viral, mesti kita pun tertanya2 juga, betul ke berkesan, atau sekadar cantik di content je? ðŸĪ”



Glass skin kata diaa 😁





Apa yang menarik, Booster Mode dikatakan bantu skincare products meresap dengan lebih baik di tahap 700%++ ðŸ˜Ū So in one device, dia cuba cover banyak skin concerns sekali gus. Sebab tu ramai anggap device ni macam investment tool untuk skincare lover yang suka gadget beauty dari Korea. Didatangkan dengan lambakan produk skincare viral dari Medicube skincare, no wonder kalau brand ni sangat dikenali. Dari serum pink PDRN, toner, boba collagen, glass skin mask sampai ke beauty devices, sekali nampak, terus rasa nak try. Medicube memang champion dalam bab marketing dan cara diorang portray produk. And thats how I ended up being curious about this Booster Pro device. 


____________________________________________________


My Honest Review : 


Faa beli device ni masa minggu Xmas last year. Dan konsisten pakai selama sebulan. Apa yang digembar-gemburkan tentang glass skin effect tu memang betul, especially lepas pakai booster pro ni dengan boba collagen Vitamin C. Memang nampak kulit glowing, smooth, macam hydrated gila. Tapi... lepas bangun tidur dan basuh muka, kesan glass skin tu tak long lasting pun. So jangan expect bangun pagi terus jadi muka Song Hye Kyo.. No no.😅




At 1st, Faa try pakai Air Shot mode yang warna biru tu. Pakai lepas basuh muka, without any product. Dia bukan jenis glide macam pakai serum tu, Dia macam kita kuis2.... tak tak tak. Glide ke ? Bukan, kita tak glide, cuma apa eh ayat sesuai ? Just sapu2 guna hujung permukaan je. Faham tak ? Hewhew, harap korang dapat tangkap apa yang Faa cuba sampaikan 😆 


So masa tengah buat tu, tiba2 naik bau hangit sikit. Terus Faa panic ouh. Rosak ke apa ni?! Terus stop and pergi baca details pasal mode biru ni. Rupanya memang normal :p Ingatkan device problem, rupanya memang part of the process. Tapi tulaa, rosak device takpe... jangan rosak muka sudah 😭 terus insoff kejap. Yang mode biru ni sebenarnya rasa dia macam microneedling. Dia bagi rasa ada tingling sikit, bukan sakit tapi rasa macam kulit tengah di-stimulate-kan. Function dia lebih kepada pore care dan exfoliation ringan tanpa guna needle sebenar. Sebab tu kena pakai atas kulit yang kering, tanpa skincare. Ada dua ke tiga kali juga guna tapi takleh go dengan bau hangit tu. 


Then pakai booster mode kaler oren. Mode ni I pakai dengan serum PDRN pink tu. So far, mode ni ok. Tak sakit, boleh ejas tahap vibrate yang sesuai. Cuma seminggu dua pakai tu cepat habis serum tu. Sebab serap cepat sangat. Untuk kita glide device ni dalam beberapa minit memang kena pakai extra. Jika nak jimat, pump serum tu sebelah muka dulu dan glide sampai masa pertengahan then pump serum sebelah muka lagi. Lepas pakai mode ni sebenarnya dah nampak glowing tu tapi jujur muka rasa berat mula2 sebab Faa pakai banyak 😌 


Mode ketiga, MC mode kaler hijau. Mode ni lebih kepada firming dan lifting motion. Dia guna microcurrent, cara guna dia pun lebih kepada glide, sama macam Booster Mode, tapi movement tu kena ikut arah ke atas. Masa pakai tu memang rasa macam tengah buat gua sha, tapi lebih advanced sebab ada current sekali. bantu kurangkan puffiness dekat muka, especially kalau bangun pagi muka sembab. Tapi setakat ni, Faa belum nampak perubahan yang V shape kat muka. Lifting effect tu slighly nampak right after pakai je. Lepas beberapa jam, dia macam back to normal. Untuk Faa, mode ni ok je, tapi bukan yang paling excited nak pakai setiap hari. More like pakai bila rasa nak de-puff muka atau nak quick lifting effect sebelum keluar. I pun stop dah pakai gua sha ðŸĪŠ


Dan yang terakhir... my most favourite mode among these : Derma Shot Mode yang warna merah ❣ yang ni memang memang memanggg bestt. Kalau MC Mode tu dah rasa berdenyut, yang ni lagi power. Dia guna EMS so bila pakai tu memang rasa macam otot muka tengah workout sungguh. Cara guna dia pun kena glide and fokus dekat area tertentu, especially jawline, pipi, and bawah dagu. Vibration dia still tolerable. Lama2 boleh adjust level ikut keselesaan. Honestly, ni mode yang paling buat Faa rasa macam device ni ada function yang sangat active bukan sekadar skincare absorption je. Lepas pakai, memang nampak effect glowing tu lagi jelas sikit compare dengan mode hijau dan oren. Muka rasa lebih firm, especially dekat jawline, macam ada shape sikit. Again, bukan permanent, tapi at least nampak lebih obvious. Result dia lebih noticeable, walaupun sementara. Kalau konsisten pakai lagi, mungkin boleh nampak perubahan lebih ketara over time.


______________________________________________________


Tetapi sayangnya, hype Medicube Booster Pro ni tak setinggi my expectation. Lepas sebulan konsisten, sekarang Faa pakai seminggu sekali je mostly guna mode merah dan hijau. Honestly, part yang agak leceh bagi Faa ialah bila nak glide tu. Kena pakai serum yang cukup, kalau tak memang tak smooth. Tapi bila pakai banyak sangat, rasa muka jadi heavy and sticky. Dalam sebulan tu pun, Faa dah habis 2 botol pink serum 😭 Tapi dari Feb ke March, Faa still beli lagi sebotol serum tu...  sebab jujur cakap, bau dia memang sedap 😂 Kesan? Hmmm... Faa bagi 5/10 je. Not bad, tapi not wow. Memang rasa macam commitment dia bukan device je, tapi skincare sekali.









Boba collagen tu pun Faa reduce dari tiga ke dua boba setiap pemakaian, sebab rasa macam over juga kalau guna banyak. Dari apa yang Faa baca dan juga pendapat beautician facial yang I pegi, PDRN ni sebenarnya molekul besar dan kebanyakan effective melalui injection macam Salmon DNA tu. So untuk skincare, especially serum, effect dia takkan sama macam treatment klinik.


PDRN dalam serum tu pun usually bukan the main hero yang bagi result ketara. Lebih kepada bahan lain dalam formula yang bantu bagi hydration atau glow. So kalau nampak perubahan pun, kemungkinan besar bukan sebab PDRN semata-mata. So... for me, Medicube Booster Pro ni bukan scam, tapi bukan juga miracle device. Dia lebih kepada 'nice to have', bukan 'must have. Kalau ada budget dan memang enjoy skincare routine, boleh lah try. Tapi kalau expect drastic transformation atau glass skin yang long lasting... mungkin akan rasa kuciwaa sikit. Nak beli boleh, beli pakai card bank suami 😆 Dan jika tiba minta hadiah time beday, atau anniversary, haa minta devide ni okiess ✌


Tentang after care pula, lepas pakai memang wajib kena bersihkan. Kena extra jaga hygiene barulah muka tak breakout lepas pakai berkali2. Jangan pi rendam dalam air tau. Awass 👊 Cara I, akan bersihkan pakai micellar water kat cotton pad, pastu guna alchohol wipes, dan lap balik pakai tissue. Lepas bersihkan pastu tutup dengan kepala bear pink. Medicube dah provide sekali dalam kotak. Boleh download app AGE-R dalam phone. Boleh control device melalui app tersebut. Dan di-provide siap dengan cara penggunaan. Then sebelum guna balik I akan lap dengan apa2 toner kat cotton pad juga. 










____________________________________________________________


Pada awal tahun 2024 kot, 1st iklan tentang Medicube I nampak Hailey Bieber yang pakai. Tapi masa tu Medicube beauty devide belum masuk kat Perth. So alternatifnya, I beli beauty device yang ada EMS pulse ni kat Shein. Not bad. Memang kerap pakai juga kalau ada free time. Yang kat Shein tu kepala dia besar. Daya tarikan pulse dia pun boleh tahan tapi Medicube punya better. Ada 3 kaler je tapi mostly I akan pakai kaler merah saja. Bila dah compare dua2, adalah nampak beza. Medicube lebih premium dari segi experience, tapi function basic macam EMS tu sebenarnya device murah pun dah boleh bagi. So it really depends on apa expectation kita. 



Yang eye wand tu dah tak pakai. Takde effect apa pun. Sayang nak buang je, huahua.





NotaKaki : Selain produk skincare dari Medicube, korang juga boleh guna dengan produk skincare lain. Faa personally suggest guna COSRX Snail Mucin sebab tekstur dia pekat dan sangat sesuai untuk glide. Lagi jimat compare guna serum Medicube yang cepat habis 😋 



Wednesday, March 18, 2026

#14  Coretan Di Akhir Ramadan

Assalamualaikum dan Hi blog peeps..

😎😎😎 yea, its me again. Apa khabar guys ? Hows your Ramadan going? Berat turun tak ? ðŸĪŠ haiih, kalau cakap berat sendiri, berat mata memandang, berat lagi lemak di badan. Ada hari turun cepat, ada hari tak turun langsung. Mau tak turun, setiap kali iftar lagi2 dengan colleagues memang penuh je perut. Yang ni bawa pizza, yang tu bawa briyani, yang vegan bawa pani puri. Berkawan dengan kawan dari Afgan, Pakistan dan India pula. Makanan depa penuh segala spices. Memanggg lammbeerrtt lagi nak diet ðŸĪ­


Sedar tak sedar dah 7 tahun berada di perantauan. And for the past 7 years juga berpuasa serta beraya tanpa keluarga disisi 😭 Tapi bonus since 2023 dah ada pasangan. So meriah la sikit hidup ini. Kalau tak, dengan kawan je memanjang 😆 Setiap tahun aktiviti sama je, buka puasa dengan kawan2. Beraya dengan kawan2 ke rumah kawan2. Nasib tak beraya dengan kangaroo je , hshshs. Sedikit kehilangan nikmat berpuasa dan beraya tanpa keluarga. But, issokeyy. Tahun depan balik Malaysia ye, Faa 😅 jangan extend2. 


Tapi since dah kawen, ada satu kemestian yang I buat utk sambut raya. Buat kuih ke ? Noo, tangan tak bedung so kueh mueh tak reti. Tiramisu je reti sebab tak renyah. Dah 3 tahun Faa akan masak rendang ayam hijau pada malam raya. Tahun ni nak belajar lagi satu resepi, buat kuah kacang. Umur dah lanjut tapi masak tak reti2 lagi. Tiap kali masak buka resepi 😎 Sooo basic sangat jadi wanita, huh ! ðŸĪŦ


Anyway, tomorrow is my last day of work since I dah ambil cuti aaawaaal lagi ðŸĪĐ amik awai tak kalut. So baju raya dah prepared, shawl style dah locked, ayam untuk rendang pun dah beli. Bahan buat sate dan kuah kacang pun dah ready. Tinggal kemas rumah sikit2, pastu prepare myself for raya morning glow. Eh, baru ingat yang I nak share pasal Medicube tu kan. Janji janji, cuti khamis ni I kasi settle entry tu.. Sambil merendang sambil update entry yang berdebu peram lama sangat kat draft ðŸ˜ĩ


To my blog peeps, yang balik beraya, drive safe okiess, safety 1st ðŸĪš jangan laju2, kampung tu tak kemana pun. Take your time, enjoy the journey dan takmo stress2. Yang buat kuih raya, teruskan perjuangan anda ðŸĪ­ ada lebih kirim kat saya di sini. Tak sempat post for this raya, takpeee raya korban ada lagi 😋 those who yang berada di perantauan seperti saya, celebrating raya far from home memang rasa ada yang hilang dan kurang. Sunyi, rindu jangan cakap lah.. T_____T but in Shaa Allah, one day we'll get to be with our families again, celebrate like we used to. Faa tak sabar nak tunggu saat jumpa my family balik ðŸĨđ  


NotaKaki : Mama cakap bila Faa balik nanti mama nak sorok passport Faa ðŸ˜Ŧ



At my own pace ðŸ’Ŧ