My Name Is Faa

Tuesday, August 18, 2026

#40 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 3)

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


Sambungan dari entry : Part 1 & Part 2 


Jarak perjalanan dari Glow Worm Caves ke Rainforest Skywalk dalam 10 mins je. Act, masing2 dah barai dah sebenarnya 😂 Mau tak barai, dari pagi asyik keluar masuk hutan, jalan sana sini. Kaki dah start rasa2 lenguh, tapi itinerary belum habis lagi. One last adventure before we call it a day 💃




Rainforest Skywalk ni tempat untuk jalan2 sambil explore rainforest, cuma kali ni bukan semua trail atas tanah 🌱🌳 Ada part yang kita akan jalan atas steel bridge, so boleh tengok view hutan dari atas. Keseluruhan walk lebih kurang 1.5km, and ada satu bridge yang tinggi dalam 30m dari bawah. Sepanjang walk ni kita akan lalu pokok2 rimbun, jalan atas bridge and ada juga part turun balik ke forest floor. So boleh nampak rainforest dari different views. Kalau sebelum ni trekking dalam hutan, yang ni experience dia lain sebab dapat tengok dari atas pulak. Sounds fun kan? Haaa...  tunggu.... 🤚 Masa ni patella masing2 dah longgar sebenarnya 😌





Kami berpecah, ada yang terus jalan dulu. Faa dengan Hafiz pula tengah survey barang2 souvenir kat depan. Lepas tu sibuk main interactive information touch screen dekat situ. Excited kejap bila tengok ada pilihan Bahasa Melayu 🥰 Betullahhh, orang kata...

Takkan Melayu hilang di dunia. Aiisehhmen 🤭






So, kami teruskan penjelajahan ke dalam rainforest. Berjalan menelusuri kehijauan yang terbentang luas. Langit cerah memayungi bumicuaca pun nice sangat untuk berjalan. Bila angin lalu rasa sejukkk je. Rasa tenang betul jauh dari hiruk pikuk kota. Macam takmo balik Perth je, biar jadi tarzan kawan dengan koala kat sini 😬 kidding. Kami juga solat Asar kat balik2 pokok. So settle dulu sementara ada masa. Nanti balik takut tak sempat. Ada masa kami berjalan atas trail, ada masa naik atas steel bridge sambil tengok hutan from a different view. It was tiring, but we kept going. We havve come this far, might as well keep walking 😌


























Habis jalan, dah nak dekat pukul 4PM. Kami ramai2 bergambar kat luar dulu before heading back to where Tania picked us up. Dalam van, masing2 lenaa tidur 😂 Kami sampai back in Brisbane City around 5PM. Lepas tu semua pun bersurai and went our separate ways. Faa dan Hafiz pula terus cari restaurant sebab perut dah start buat party rock anthem dalam tu 💁 




On our way to that restaurant, Hafiz buat pit stop beli kasut -,-' Semalam masa jalan2, dia ada berkenan satu kasut ni. Tapi he said, nanti dulu la. Dah banyak kasut. Tapi, tetiba harini nak beli terus sebab kasut yang dia pakai tu buat sakit kaki kalau jalan banyak. Eh alasann ehh. Biasaaa diaa, hahaha. Okie lahh, dia minat then beli. Selesai beli, kami terus gerak ke restaurant, Sendok Garpu. 


Ada lelaki jatuh tepat pada masa Faa amik gambar Hafiz 🤣






Masuk2 terus order drinks dulu. Faa ordered Jus Avokado, while Hafiz pilih Root Beer with Vanilla Ice Cream float. After tengok menu, Faa decided to order Nasi Iga Penyet, Hafiz pula ordered Mee Goreng. Then we decided to add Bakso Malang sekali 🫣










Taste dia bagi kami 'biasa je nyah'.  Tak wow, tapi tak menghampakan juga. Just okay for us. Portion boleh tahan, dapatlah mengisi perut 😌 Maybe sebab expectation Faa agak tinggi bila nampak Indonesian food, ingatkan rasa dia akan lebih kick. Tapi overall, still makan and habis juga. Before coming to Brisbane, Faa dah list siap2 beberapa Indonesian and Malaysian food yang nak try. Tapi one thing yang kami realised sepanjang dekat sini, agak mencabar juga nak cari yang betul2 sesuai dengan kami.


Macam Sendok Garpu ni, makanan dia halal, cuma bila dah masuk baru kami realised ada certain things yang kurang sesuai dengan preference kami like serve beverages yang kami tak consume. Since dah sampai, dah penat seharian and perut pun lapar, makan je lah dulu. Ada juga restaurant yang nama dan menu nampak very Malaysian, tapi bila datang and check the menu properly, rupanya ada pork dalam menu. Contohnya Roti Place, Brisbane. 


Habis makan, kami terus balik hotel. Masa ni satu je dalam kepala iaitu nak rehhaatttt 😄 Badan dah surrender selepas seharian keluar masuk hutan, berjalan sana sini. Penat memang penat, tapi puas hati sebab banyak tempat dapat cover dalam one day. Sampai hotel memang dah tak fikir nak keluar mana2 dah. Habis isyak terus tido nyenyak. Recharge balik energy sebab our Brisbane trip belum habis lagi. We still had a few more adventures waiting for us.


So thats how our Day 2 ended. Till then, see you guys in my next entry. Our Brisbane adventure continues... ✌🏻


NotaKaki : Baru settle entry hari kedua. Tiba2 rindu rumah Perth, huuuu🥺


NotaKaki2: A little appreciation for Tania, our tour guide for the day 💝 Thank you for taking us around, sharing stories along the way and making sure everyone was okay throughout the trip. From morning till evening, she handled everything smoothly and saaangaattt senang bila ada someone yang guide kita dari one place to another. Faa shooo happy with the whole experience. Tak perlu pening fikir route, parking, timing or nak drive jauh2. Just get in the van, enjoy the places and kalau penat... tidooo 😂 Thank you Tania, for making our Day 2 adventure a memorable one! 🫶






Monday, August 17, 2026

#39 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 2)

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


Sambungan dari entry Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 1)




At 2PM sharp, Tania came back with the van bersama Texas and HongKong family. Kami berdua dengan the Indian guy pun masuk van and terus gerak menuju ke Glow Worm Caves. But before that, we made a quick detour. Tania bawa kami lalu kawasan Cedar Creek Estate, a winery and vineyard dekat Mount Tamborine. View biasa je masa ni sebab pokok2 anggur semua nampak kering 😂 Dekat situ siap ada chapel for weddings. Masa tu kebetulan ada wedding going on, so kami tak turun dari van sebab taknak disturb majlis orang. Just tengok the view from inside the van je. 




Dari Cedar Creek Estate ke Glow Worm Caves memang dekat sangat. Masa register masuk, semua orang diberikan tali dengan loket bentuk bintang dan bulan yang glow in the dark tu. Pakai macam necklace, comel, macam rombongan budak sekolahh 🤭 Then, sebelum masuk cave kami lalu dekat mini reptile zoo dulu. Ada frogs, Banded Snail, seekor yang macam cicak gecko, and another one Blue Tongue Lizard. Siap ada satu kolam berasap dekat bawah. Air dia blupp blupp 😂 Vibe2 misteri nusantara githeww.








Kat farm stoberi, kami panggil ular stoberi 😁











Habis explore dalam tu, kami semua tunggu dekat waiting area sebab pengunjung sebelum kami belum keluar lagi. Then, ada seorang guy yang in charge untuk guide kami masuk dalam Glow Worm Caves. 1st thing dia bagitahu, cannot bring phone inside. Uwaaaa 😭 Sayangnyaaa tak boleh ambil gambar. Memang strict sebab mereka sangat jaga glow worms dekat dalam tu, especially daripada light exposure. So phone semua kena sorok sendiri, and kali ni kena tengok je lahh mampu. Issokeyy, not every moment needs to be captured. Sometimes, ianya lebih meaningful bila kita just enjoy the moment with our own eyes and keep it in our memory.


Lepas habis bergambar kat tempat lepak tu, finallyyy, it was our turn to go in. Sebelum masuk dah kena remind, dalam cave tak boleh bising2. Budak2 pun kena pesan supaya tak nakal, jangan sentuh2. Masuk je, kami semua duduk and tengok short VT kat TV. Yesss, dalam gua tu siap ada TV 😂 Kami diberitahu tentang safety procedures, what we can and cannot do, and a few rules yang kena follow sepanjang berada dalam cave.


Less than 10 mins later, the guy in charge led us further into the cave. Berbekalkan red light yang dia bawa je, kami semua bertatih dalam gelap. Masing2 boleh take their time tengok glow worms dekat dinding and ceiling cave tu. That guy akan suluh red light dekat dinding, so kita boleh nampak glow worms tu dengan lebih dekat. Nak tengok dekat2, kena tutup hidung dan mulut. Fun fact, benda glowing yang kita nampak tu sebenarnya larva, bukan worm pun 😬 Cahaya biru highlight tu dihasilkan naturally oleh badan dia through a process called bioluminescence. Lagi lapar the larva, lagi bright dia glow sebab cahaya tu digunakan untuk attract small insects yang akan jadi makanan dia.




Dekat dinding tu juga boleh nampak macam fine sticky threads yang tergantung. Itu sebenarnya perangkap yang glow worm buat untuk catch their prey. So dia glow cantik2 bukan saja2 nak bagi kita view aesthetic 🧐 Tengah cari makan rupanya 😏 Beratus2 tiny blue lights dekat atas cave. 


Camne nak describe eh... bayangkan korang tengah stargazing. Sekeliling semua gelap kan, then bila pandang ke langit nampak bintang2 kecil berkelipan. Haaa, macam tu lah view bila tengok glow worms ni. Tiny blue lights glowing everywhere dalam gelap. Saaangaattt cantikkk.  Kami take turns untuk tengok glow worms tu closely. Siapa yang dah selesai, tunggu dekat belakang the guy in charge sementara yang lain ambil turn. Lepas semua dah selesai, ada Q&A session. Kalau ada any questions, boleh tanya and he answered terus dekat situ.




Masa ni Faa dah masuk dunia Faa sorang 😂 Faa tahu memang tak ada gambar atau video yang boleh diambil, so Faa betul2 focus tengok glow worms yang glowing serata dinding and ceiling cave tu. Spectacular, magical, breathtaking, mesmerizing. Susah nak cari perkataan yang sesuai boleh describe view masa tu. Menakjubkan sangat. ✨ Berdiri and tengok puas2. Kepala kalau boleh pusing 360 darjah dah terpusing agaknya 🤭


Habis Q&A session, kami keluar dari gua. Sempat lahh Faa amik gambar luar gua. Tania kat luar sambut kami dan terus arahkan semua ke van. Sebab ada last tempat yang akan dikunjungi sebelum bertolak balik. Destinasi terakhir : Rainforest Sky Walk....


NotaKaki : Bersambung lagi....


Sunday, August 16, 2026

#38 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 1)

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


DAY 2! 🥳 Whoohooo 🤭 Our little adventure begins...




Jika semalam Hafiz and I hanya berjalan sekitar city, harini kami join geng baru, hekhek. Untuk trip hari kedua, Faa guna tour guide service. Alasan utama kenapa tak jalan sendiri? Sebab nak playing tourist, hehehe. Sebab taknak penat sangat pun ya juga 🤭 Faa planned all the activities through Klook app. Korang download app ni, lepas tu search je tempat yang korang nak pergi. Ada banyak pilihan activities yang korang boleh sesuaikan dengan itinerary, masa dan tempat yang korang nak explore.




So, for our 1st adventure in Brisbane, Faa pilih Natural Bridge, Mount Tamborine, Glow Worms Cave and Rainforest Sky Walk. These activities ni dari 8:45AM till 5:00PM. Disebabkan pemilihan trip ni juga, Faa booked George Hotel sebab jarak dengan tempat pick-up dan amenities sangat dekat, all within walking distance.












 

As early as 8AM, kami dah ready tunggu van untuk pickup. So turun pergi 7E bawah hotel, Faa beli a big bo'le of wo'ah  mineral water dengan KitKat buat alas perut. Hafiz beli roti, tapi lupa pula nak ambil gambar. 🤭 By 8:15AM, kami dah sampai dekat Bus Stop Ann St No. 12, our meeting point for the tour. Tania, our tour guide from Bos Tours arrived around 8:40AM. She checked our names first, then barulah boleh naik van. For this trip, selain Faa and Hafiz, ada seorang lelaki from India yang datang ke Brisbane to attend a conference, a couple with their 9 y/o son from HongKong, and a mother with her two sons from Texas. So memang small group je for todays adventure. Ada juga yang tak dapat join sebab tersalah tarikh. Hehehe... terus Faa teringat kisah semalam pasal salah tarikh flight tu. Okiee, forget it. Dont talk about that anymore. Aib betholl, hahaha 😂




So sepanjang perjalanan dari Brisbane ke tempat activities, Tania akan explain and share serba sedikit about Brisbane dan tempat2 yang kami lalui sepanjang perjalanan. Hshshs, sepanjang perjalanan tu juga Faa tertidoo 😂 Dah tak ambil port sangat sebab shooo shleepy. Badan masih belum cukup rest from yesterday. Hafiz je lah yang pasang telinga dengar Tania bercerita. Tau2 dah sampai, Hafiz akan kejutkan.










On the way, Tania buat satu quick stop around 10 mins untuk toilet break dekat Rock Star. Ada satu jambatan merentasi kawasan tu, so sempatlah turun, stretch kaki kejap and tengok view sekitar sementara tunggu semua orang settle. Lepas tu, back in the van and continue our journey. 




















Lawatan sambil belajar 😌








Second stop baru sampai Natural Bridge, located in Springbrook National Park. So basically, Natural Bridge ni adalah natural rock formation yang terbentuk hasil daripada water erosion over a very long period of time. Air dari Cave Creek mengalir melalui kawasan batu tu dan jatuh ke dalam cave di bawah, sebab tu terbentuk macam natural bridge dengan waterfall sekali. Kawasan Springbrook ni juga part of the Gondwana Rainforests of Australia World Heritage area. Soo cantik and very the green sepanjang masuk kawasan ni. Keluar masuk hutan je day two ni  😬 Ohya, perjalanan dalam Natural Bridge ni taklah terlalu mencabar. More like jungle trekking beginner level, so boleh jalan santai2, healing2 sambil enjoy the surroundings. Sepanjang trail memang dikelilingi pokok2 besar, ada yang nampak macam dah berusia puluhan tahun, mungkin juga ratusan tahun 🧐












Best part bila jalan dalam rainforest macam ni, suasana dia sangat lain. Sejuk, redup and peaceful. Jalan pun tak rasa rushing sangat sebab mata sibuk tengok kehijauan sekeliling. Part waterfall tu pula, Faa tak tahu nak describe macam mana. Sebab dia ada cave tau, and dalam cave tu macam ada natural 'window' untuk kita tengok waterfall dari dalam. Cantik sangat view dia. Masa ni Faa macam speechless kejap. Just berdiri, tengok and enjoy the view. Tak fikir apa dah, cuma nak menikmati moment tu puas2. One of those moments yang rasa macam, finally, Im here 🥹 Sangat menikmati masa2 berharga ni. 💝




Lepas tu, Tania bawa kami naik ke atas lagi sebab nak tengok dari mana datangnya air terjun tu. Dari atas nampak lubang batu yang besar, dengan air mengalir masuk melalui lubang tu sebelum jatuh ke cave yang kami tengok tadi. Dari bawah tengok waterfall, sekarang dapat tengok pula view dari atas. Sangat interesting tengok macam mana nature sendiri terbentuk macam ni 🌳










Fungi 🤩











Before heading to Tamborine National Park, we stopped for lunch 1st. Lunch was act included in this trip, and Tania got Subway for everyone. For Muslim, just take note that Subway here is not halal. We couldnt find any halal food around this area either so Faa and Hafiz just makan keropok je yang kami beli form IGA ☺️ Luckily tak lapar sangat sebab banyak minum air sepanjang trip. Untuk scan makanan dalam pasaraya, download app Mustakshif, scan barcode untuk tahu makanan halal atau tak. 


So, jika korang join this kind of trip, better come prepared and bring your own food. Bawa la instant noodles cup, retort foods, atau anything yang senang makan and tahan lama. Atleast ada proper food daripada survive dengan keropok like us 🥺


Next, kami sampai Tamborine National Park. Sini pun hutan jugaa. Kan dah cakap, activity harini memang keluar masuk hutan je  😂 From one rainforest to another. Tania bagi kami around 45mins untuk explore and jalan2 dalam ni. So turun van, anddd here we go... masuk hutan lagii 🤭 udah rasa macam main Dora the Explorer  😋🌳🌴🌱






















Tapi 45 mins tu tak boleh la nak cover satu hutan ni 😂 Kalau tak salah, ada waterfall juga dekat dalam. Tapi kami jalan area dekat2 je, tak masuk terlalu jauh sebab masa pun limited. Dekat sini juga kami stop untuk solat Zohor. Ada toilet kat luar and kawasan lapang sikit dekat parking area. Kami turun satu group, tapi bila nak masuk tu masing2 dah berpecah. Family from HongKong and Texas masuk dulu, while Faa and Hafiz settle Zohor dulu baru masuk. Tak pasti pula bila the Indian guy masuk 😂 Tapi masa kami keluar, dia pun keluar sama. Tania sampai pick us up dulu, then hantar kami ke kawasan kedai2 old school dekat Gallery Walk. Kami turun berdekatan Glass Studio, then sambung explore area situ pula.

























Tak lama pun dekat sini, around 15 mins je sementara Tania pergi pickup family Texas dan HongKong tadi. Dalam Glass Studio ni ada banyak handmade crafts and glass artworks yang cantik2. Tapi sayangnya tak boleh ambil gambar inside the shop sebab mereka memang jaga dan respect hasil kerja local artists. So tengok dengan mata je lah, simpan dalam memory sendiri.


NotaKaki : To be continued...


NotaKaki2: Sorry guys lama hilang tak BW semua.. Nanti balik cuti2 Brisbane kita 'jumpa' macam biasa 🤭


NotaKaki3 : Tido, Faa.. tido 🙂‍↕️ esok kena bangun 3am 😌