Assalamualaikum dan Hii blog peeps..
Haaa, meh kita citer pasal device ni. Beauty device yang super famous dalam social media. Dalam keluarga Medicube beauty devices, ini antara yang paling ramai review ✅ Medicube Booster Pro ni berasal dari Korea dan memang dikenali sebagai salah satu at home skincare device yang digambarkan boleh bagi 'spa like treatment' dekat rumah. Antara sebab device ni viral ialah sebab dia datang dengan beberapa mode dalam satu device, macam Booster Mode, Micro Current Mode, Derma Shot Mode dan Air Shot Mode, yang each one target isu kulit berbeza seperti penyerapan skincare, skin elasticity, pore care dan facial contouring. Medicube juga market-kan device ni sebagai all in one beauty tool yang guna teknologi seperti electroporation, microcurrent, EMS, LED dan sonic vibration untuk bantu improve overall skin condition.
Honestly, benda yang buat ramai orang tertarik mestilah sebab packaging dia nampak premium, design dia minimalist, and of coz, social media hype dia memang gilaa2. Bila tengok video orang pakai, my 1st impression memang rasa this could be the device that changes everything in my skincare routine. Tapi biasalah, bila sesuatu produk terlalu viral, mesti kita pun tertanya2 juga, betul ke berkesan, atau sekadar cantik di content je? ๐ค
Apa yang menarik, Booster Mode dikatakan bantu skincare products meresap dengan lebih baik di tahap 700%++ ๐ฎ So in one device, dia cuba cover banyak skin concerns sekali gus. Sebab tu ramai anggap device ni macam investment tool untuk skincare lover yang suka gadget beauty dari Korea. Didatangkan dengan lambakan produk skincare viral dari Medicube skincare, no wonder kalau brand ni sangat dikenali. Dari serum pink PDRN, toner, boba collagen, glass skin mask sampai ke beauty devices, sekali nampak, terus rasa nak try. Medicube memang champion dalam bab marketing dan cara diorang portray produk. And thats how I ended up being curious about this Booster Pro device.
____________________________________________________
My Honest Review :
Faa beli device ni masa minggu Xmas last year. Dan konsisten pakai selama sebulan. Apa yang digembar-gemburkan tentang glass skin effect tu memang betul, especially lepas pakai booster pro ni dengan boba collagen Vitamin C. Memang nampak kulit glowing, smooth, macam hydrated gila. Tapi... lepas bangun tidur dan basuh muka, kesan glass skin tu tak long lasting pun. So jangan expect bangun pagi terus jadi muka Song Hye Kyo.. No no.๐
At 1st, Faa try pakai Air Shot mode yang warna biru tu. Pakai lepas basuh muka, without any product. Dia bukan jenis glide macam pakai serum tu, Dia macam kita kuis2.... tak tak tak. Glide ke ? Bukan, kita tak glide, cuma apa eh ayat sesuai ? Just sapu2 guna hujung permukaan je. Faham tak ? Hewhew, harap korang dapat tangkap apa yang Faa cuba sampaikan ๐
So masa tengah buat tu, tiba2 naik bau hangit sikit. Terus Faa panic ouh. Rosak ke apa ni?! Terus stop and pergi baca details pasal mode biru ni. Rupanya memang normal :p Ingatkan device problem, rupanya memang part of the process. Tapi tulaa, rosak device takpe... jangan rosak muka sudah ๐ญ terus insoff kejap. Yang mode biru ni sebenarnya rasa dia macam microneedling. Dia bagi rasa ada tingling sikit, bukan sakit tapi rasa macam kulit tengah di-stimulate-kan. Function dia lebih kepada pore care dan exfoliation ringan tanpa guna needle sebenar. Sebab tu kena pakai atas kulit yang kering, tanpa skincare. Ada dua ke tiga kali juga guna tapi takleh go dengan bau hangit tu.
Then pakai booster mode kaler oren. Mode ni I pakai dengan serum PDRN pink tu. So far, mode ni ok. Tak sakit, boleh ejas tahap vibrate yang sesuai. Cuma seminggu dua pakai tu cepat habis serum tu. Sebab serap cepat sangat. Untuk kita glide device ni dalam beberapa minit memang kena pakai extra. Jika nak jimat, pump serum tu sebelah muka dulu dan glide sampai masa pertengahan then pump serum sebelah muka lagi. Lepas pakai mode ni sebenarnya dah nampak glowing tu tapi jujur muka rasa berat mula2 sebab Faa pakai banyak ๐
Mode ketiga, MC mode kaler hijau. Mode ni lebih kepada firming dan lifting motion. Dia guna microcurrent, cara guna dia pun lebih kepada glide, sama macam Booster Mode, tapi movement tu kena ikut arah ke atas. Masa pakai tu memang rasa macam tengah buat gua sha, tapi lebih advanced sebab ada current sekali. bantu kurangkan puffiness dekat muka, especially kalau bangun pagi muka sembab. Tapi setakat ni, Faa belum nampak perubahan yang V shape kat muka. Lifting effect tu slighly nampak right after pakai je. Lepas beberapa jam, dia macam back to normal. Untuk Faa, mode ni ok je, tapi bukan yang paling excited nak pakai setiap hari. More like pakai bila rasa nak de-puff muka atau nak quick lifting effect sebelum keluar. I pun stop dah pakai gua sha ๐คช
.jpeg)

.jpeg)







No comments: