#21 Playing Tourist : Exploring Perth City To Fremantle - My Name Is Faa

Sunday, May 24, 2026

#21 Playing Tourist : Exploring Perth City To Fremantle

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


Semalam, Faa dan Hafiz berjalan sakan dari pagi hingga ke petang. I rarely get two consecutive days off, so we thought it would be nice to play tourist and spend the day exploring Perth City and Fremantle (Freo to the locals). Entry ini juga boleh dijadikan sebagai itinerary reference untuk korang yang nak bercuti ke Perth. So, lets begin with our day trip around Perth City and Freo ✨ 















Seawal 7:30am kami sampai dari Canning Vale ke Blue Boat House (BBH). Nak bergambar di BBH ni kena datang awal pagi. Kalau lewat memang beratur la korang nak amik gambar dengan orang lain yang tunggu queue. Kadang orang amik prewed shoot atau gambar kawen juga. Lagi2 time weekend, masa kami sampai pun, ada dah photog dengan siap kamera dan zoom lens lagi. Maybe diorang kat situ since tunggu sunrise. Masa ni sejuk bangett πŸ₯Ά BBH, atau sebenarnya dikenali sebagai Crawley Edge Boatshed, merupakan salah satu lokasi paling iconic di Perth dan selalu jadi tumpuan pelancong serta photog kerana kedudukannya yang cantik di tepi Swan River. Funfact, BBH ni tepi jalan raya. Kalau nak parking, boleh park kat Matilda Bay, jalan kaki ke BBH. Nak dekat, park dekat area highrise residential area bertentangan kawasan BBH. Tapi seram parking situ, sebab jalan dia curam, and tak banyak parking available. Datang awal boleh park area situ. 15mins je amik2 gambar, kena cepat sebab ada orang tunggu turn. Kalau takde orang tunggu, ingat nak lepak situ sambil feeling2 bersatu dengan alam 😁


                                                                    


Ikutkan, lepas BBH kami naik ke Kings Park Botanic Garden. Tapi Hafiz dah merengek lapar. Haishh. Dia ni saje je rosakkan my itinerary. Elok2 plan nak makan kat The Sarapan kat Mill point, terus pegi Birue Cafe kat Watertown. Kami sampai pukul 8am. Cafenye buka 8.30am. Gewwraamm je aku nak cekik mamat nihh. Rindu nak makan Lamb Ragu, dia tak fikir yang Faa ni rindu nak karate dia πŸ˜‘ Kami pun order makan 8.40am. Hafiz ordered a Fettuccine Lamb Ragu and hot Cappucino. Faa ordered a Porterhouse Steak served with Creamy Tarragon Sauce plus 3 poached eggs and an iced latte with vanilla syrup. Siap pilih burnt basque cheesecake sebagai dessert. Nohh, pepagi dah makan berat 😌 Btw, cafe ni halal. Watertown ni tempat shopping. Mostly, kalau tengok trip percutian ke Perth, ada slot shopping time kan. Selalu beli sini la, kalau nak besar lagi pegi kat DFO. Jauh sikit dari city dalam 20mins ? Tapi DFO dekat ngan Perth airport. 


















9:30am kami sampai kat Kings Park Botanic Garden (KPBG). Even dah banyak kali pergi pun, still nak naik juga atas ni  πŸ˜‚ kata playing tourist. Jarang la sampai pagi, so disebabkan dah telan heavy meals tadi, brisk walk kejap. KPBG ni juga icon Perth yang wajib dikunjungi. Selain terkenal dengan koleksi tumbuhan asli Australia, view Perth City dan Swan River yang memang cantik dari atas bukit. Jika ada masa, you guys explore sini lebih dalam. Ada jambatan gantung juga, tumbuhan liar. DNA tower pun kat dalam sini. Boleh picnic kat padang yang luas, healing2 atas bukit. Kira macam look out point la. Penah pegi Look Out Ampang Point tak ? Haa, lebih kurang. Funfact, api peringatan (Eternal Flame) di State War Memorial dalam Kings Park menyala sepanjang tahun sebagai simbol penghormatan kepada anggota tentera yang terkorban dalam peperangan. Kawasan memorial ini juga jadi tumpuan utama semasa upacara Dawn Service pada Hari ANZAC setiap 25 April. 🫑






















Seterusnya, 10:15mins kami sampai kat Bell Tower. Haa, ini tak penah masuk. Lalu depan je. Bell Tower terletak dekat area Elizebeth Quay. Jika nak ke Rottnest Island, check point ferry dari Perth dekat sinilah. Depan Bell Tower tu ada kiosk terminal ferry. Dalam Bell Tower ni terdapat pelbagai jenis bell dari pelbagai zaman, termasuk bell bersejarah yang dibawa dari England. Pengunjung juga boleh menyaksikan bell ringing demonstration dan belajar tentang sejarah bell yang dipamerkan di sini. Dalam bangunan ni juga terdapat banyak bell besar yang dipamerkan dalam satu ruang khas. Ada satu bell paling gergasi yang tergantung merentasi satu tingkat bangunan. Masa nampak bell tu, terus teringat filem Kungfu Hustle. 🀣🀣 Kan ada scene pasangan tuan rumah yang guna teknik Lion's Roar dengan bell besar yang dibuat macam speaker? Haa, lebih kurang macam tu lah rupa bell yang I nampak ni. Sebijik wa cakap! πŸ˜‚ So semalam takde demonstration tu, jika ada kena pakai ear protection kalau dapat masuk dalam. Boleh bayang tak macam mana kuat degung bell Kungfu Hustle ni ? πŸ˜‚ Habis baca sejarah dalam Bell Tower, kami turun kat ground floor balik. Belek2 souvenir, beli satu bell kecil buat kenangan. 






































                                                                            Bell gergasi 😁








                                                                      Uncle Howard amik gambar


                                                                         souvenir

                                                                        


Next stop, en route to Freo. Ikut itinerary, patut pegi ke Fremantle Market terus. Tapi Hafiz nak singgah ke Fremantle Shed. Tengok perangai dia -,-' padahal Freo market lagi function. Freo shed ni area terminal ferry ke Rottnest juga. So jalan2 dalam ni sementara tunggu Zohor. Dalam ni tak banyak pun benda menarik. Paling2 pun dapat tengok barang2 old school. Ada kedai souvenir juga dan kiosk makanan. 








                                                                one less lonely girl.....




                                                                            Cakkk 







                                                        Taccoddd... teringat Annabelle 

            











Kami singgah solat Zohor di Fremantle Mosque. Rasa jarak dalam 10mins kot. 


                                                                  Jangan skip sunscreen guys.... 
 


Usai Zohor, kami pergi ke WA Shipwrecks Museum. Usai Zohor, kami singgah ke WA Shipwrecks Museum. Inside the museum, visitors can see various artefacts recovered from shipwrecks, including old coins, navigation equipment, weapons and everyday items once used by the crew. Menarik juga to see how archaeologists study and piece together the history of ships that have been lying on the ocean floor for hundreds of years. Masuk pun free. 








































Sepatutnya, kami lunch di Kailis, tapi sebab masih kenyang, kami decided untuk jalan2 sekitar Freo Ferris Wheel. Kalau datang malam cantik, ada lampu warna warni sini. Kawasan ni ramai budak2 main skateboard sebab ada skate park dan taman untuk lepak.

Angin memang sejukkk. Nasib baik masih pakai coat. Kalau tak, memang menggigil juga walaupun matahari tengah membahang. Typical Perth weather la, nampak cerah dan panas, tapi angin dia boleh tahan sejuk. πŸ˜‚ Kalau summer je panas tak main2. Tahap boleh goreng telur atas jalan tar. Plus banyak langau lagi. Faa tak minat keluar time summer πŸ₯΄




Perjalanan diteruskan ke WA Maritime Museum. Kalau tadi kat WA Shipwrecks Museum lebih kepada shipwrecks dan artifak yang dijumpai dari dasar laut, Maritime Museum ni pula lebih fokus kepada maritime history di Western Australia secara keseluruhan. Theres many large ship replicas inside the museum, jadi boleh nampak dengan lebih jelas macam mana rupa kapal2 yang digunakan pada zaman dahulu. Ada juga galeri yang memaparkan gambar dan kisah pelbagai kapal dari seluruh dunia.






                                                                        Bintang ke tuu ? 😿





































































One of the things that caught my attention was a giant preserved fish big mouth on display inside the museum. Mulut dia memang besar gila sampai rasa macam boleh telan Hafiz 😝 Ye, Faa nak jadikan Hafiz makanan ikan big mouth tu sebab suka2 tukar itinerary Faa 🫣 kidding :p







Kat luar museum pula ada sebuah submarine yang sangat besar dipamerkan di luar museum. Kita masuk explore bahagian dalam menggunakan interactive screen yang memaparkan 3D walkthrough submarine tersebut.





Time ni matahari kaler oren2 cantik 🌞 Kami terus pegi tempat Rainbow Containers (RC). Telling you, RC ni pun terletak betul2 tepi jalan. Tak boleh simply park sesuka hati. Ada road sign 🌈 yang menunjukkan kawasan parking yang dibenarkan, so ikut je sign tu. Biasanya korang akan park berhampiran jeti sebelum berjalan kaki sedikit mendaki ke kawasan RC. Tak jauh pun. 2mins jalan sampai dah. Tapi tak sesuai kalau you guys tetiba nak berpicnic pula. Memang makan asap la. RC ni sesuai amik gambar je. 






Masa ni rasa 4pm lebih. Dan dah lapar pun. Kami terus bergilir solat Asar . Ada toilet berhampiran utk amik wudhu dan solat area pokok besar situ. 




Selesai Asar, kami pergi ke Kailis Fish Market Cafe. Sure akan jumpa orang2 malaysia sini kalau datang. Salah satu port wajib makan fish and chips. Itinerary pelancong Malaysia ke Perth, nama Kailis memang tak pernah tinggal. Just to make it clear, this place is Muslim friendly but not Halal certified. Alcohol is served at a separate kiosk under the same roof, which is why theres no official halal certification. So, dining here is at your own discretion πŸ‘Œ 


Hafiz ordered the classic fish and chips together with a seafood chowder. Chowder ni dihidangkan dalam roti bulat yang dilubangkan bahagian tengahnya, kemudian diisi dengan creamy soup yang mengandungi campuran ikan, udang, dan mussels. Dia ni bukan makan seafood pun, saje rasa nak order. Faa la yang makan banyak. See ? Kenapa seorang Faa susah nak jaga kalori 😫 










I pula order fish and chips, scallops dan squid fritters. Tambah pula 12 fresh oysters. 🀣 Selain fresh oysters, I juga try cheese oysters dan chilli oysters. Fresh oysters memang rasa fresh laut manakala versi cheese pula lebih mudah diterima kalau korang baru nak berjinak2 makan oysters. Yang chili tu hati2 makan, takut tersedak. Personally, Faa tetap suka yang fresh sebab dapat rasa original flavour dia. πŸ˜‹πŸ¦ͺ picit lemons, goyang2 oysters guna garfu pastu terus masuk mulut dan telan 😁 Elok la makan time winter sebab lepas makan je rasa badan panas. 




                                                     Burung ni duk usya fish and chips Hafiz 🀣

 







So tamatlah sudah.. alkisah kami... Terima kasih, dan jumpa lagi...


Sekian kisah kami semalam. Ikutkan ada lagi tempat yang tak pergi seperti Round House dan Freo Lighthouse serta Omeo Wreck tengok bangkai kapal dalam laut. Kalau tak masuk museum rasanya dapat dah cover semua tempat. Tapi Faa suka exhibition dan museum 😁 Takpe la, kita buat next trip pula. 


NotaKaki : Balik2 rumah terus maghrib. Habis je isyak 7:30pm tertidur masa godek2 gambar dalam phone. Midnight terjaga balik sambung edit gambar tapi tak larat nak entry-kan semalam. Overall, Hafiz and I had a blast yesterday. Walaupun itinerary ada lari sana sini sikit, tetap seronok dapat jadi tourists for a day dan explore Perth City dengan Freo.

Now the question is... next trip nak pergi mana pula ye? πŸ€”




No comments: