Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))
Last Friday, 8.30am I started my day dengan pegi beli cream untuk gatal2 dekat Chemist Warehouse. Sebabnya, dekat my left ankle ada rashes yang dah almost seminggu tak hilang π₯Ή Hmmm, sampai sekarang pun tak pasti apa puncanya. Tapi apa yang Faa perasan, dia start rasa gatal lepas swimming. Mungkin sebab kulit jadi kering atau terdedah dengan chlorine dalam kolam. Lepas tu asyik tergaru pula, so memang makin teruk la jadinya. So, better pegi beli ubat cepat2 before it gets worse. Takut nanti bukan setakat gatal, tinggal parut pula. Chemist Warehouse ni dekat je dengan rumah, so senang terus singgah. Padahal kejap lagi memang nak pegi Westfield, Carousel. Depan Carousel tu pun ada Chemist Warehouse yang lagi besar, tapi malas nak pusing2 balik semata2 nak beli cream. Ouhya, kalau kat Malaysia, Chemist Warehouse ni lebih kurang macam Guardian atau Watson. Selain jual skincare, makeup, vitamins dan barang2 mandian, kita pun boleh dapatkan prescription medicine dekat sini. Pilihan barang pun memang banyak dan harga selalunya lebih murah, especially bila ada sale π€
Selepas tu, Faa terus pegi Westfield. Faa pernah cerita pasal tempat ni dalam enrty Bersiaran Secara Langsung Dari Westfield, Carousel dulu. Ini antara shopping mall yang Faa akan pegi bahkan setiap bulan tanpa gagal dan sampai sekarang langsung tak bosan. I just love it here π There are few halal places to eat, lots of shops to browse, especially Korean skincare stores, which I can never resist π Nak solat, masjid dekat dalam 4mins driving. Tapi kalau nak solat zohor je, Faa penah pinjam changing room Kmart, minta izin nak solat 5mins kat dalam dengan orang jaga kaunter baju. Ada la 2,3 kali penah try. Orang kaunter tu bagi je. Tapi changing room memang kecil. Faa solat pun muat2 je. Kalau nak lebih selesa, solat je kat masjid.
Pukul 9.00am, Faa ada booked massage selama 1.5h dengan Januka. Kalau nak massage yang lama atau badan memang betul2 sakit dan penat, memang Faa akan pilih Januka. Technique urutan dia lain sikit compared to masseur lain yang Faa pernah try. Dengan dia je Faa berani bagi dia lipat2 badan Faa π tapi lepas habis urut rasa badan sumpah ringan. Kalau nak massage 45 mins atau 1h je, biasanya Faa akan pegi dengan Nicha dekat kedai massage yang satu lagi. Both pun okay dan masing2 ada kelebihan sendiri.



Btw, Januka kerja dekat CP Massage yang terletak depan ANZ Bank. Kalau Faa nak cuba kedai massage baru, biasanya Faa tak terus ambil package yang lama. Faa akan test dulu foot & shoulder massage selama 45mins. Dari situ dah boleh agak masseur tu pandai massage atau tak, sesuai dengan preference kita atau tak. Kalau puas hati, baru la repeat. Atleast tak rasa rugi masa atau duit kalau first impression tu tak berapa menjadi. Dengan Januka, Faa tayah bunyi uh, ah ke pain ke. Kalau dia nampak Faa dah genggam katil tu, dia slowly akan kurangkan tekanan π€ Dia juga tahu mana bahagian yang keras. Selalu mesti bahagian kanan bahu sebab Faa keje lebih banyak guna tangan kanan. Januka lebih focus kat situ. So untuk massage tempoh lama dan cupping angin sekali, Faa 100% pegi dengan Januka.
Lepas habis massage, ada baki lebih kurang 30 minit sebelum my facial treatment. So, Faa singgah makan dekat Ah Beng Indonesia dulu. Antara sebab Faa suka datang Westfield ni sebab senang nak cari makanan halal. Tak adalah banyak sangat pilihan, tapi atleast ada beberapa kedai yang boleh masuk dalam list. Dulu dekat food court ada My Sataylicious, tapi sayangnya dah tutup π₯² Masa masih buka dulu, memang selalu lepak situ sebab suka makan laksam dengan nasi lemak dia. Selain Ah Beng Indonesia, dekat Westfield ni ada Lanzhou Beef Noodle dan satu halal certified sushi restaurant juga. Nanti Faa buat satu entry khas pasal Ah Beng Indonesia. Kalau cerita sekali dalam post ni, memang jadi esei pula. π€

Next, Faa ada appointment untuk buat Microneedling (MCN) dekat Renaissance Cosmetic Clinics ❣ Rasanya ini antara klinik terawal yang Faa pergi untuk buat skin treatments. Sebelum ni pernah buat Microdermabrasion, Chemical Peel dan Hydra Facial dekat sini juga. Cuma kali ni Faa decide untuk repeat MCN. Selalunya, kalau buat MCN memang disarankan buat dalam 3 sesi untuk dapatkan hasil yang lebih baik. First session biasanya guna depth needling yang paling rendah supaya kulit boleh adapt dulu. Masuk bulan kedua, depth akan ditingkatkan sikit. Last sekali, barulah Faa buat RF Microneedling, yang menggunakan radiofrequency bersama microneedling untuk stimulate collagen dengan lebih mendalam. Lepas habis tiga sesi tu, Faa akan bagi kulit berehat sekejap dengan buat facial biasa. No active ingredients, just focusing on hydration and skin recovery.




What exactly is Microneedling (MCN)? π
MCN ialah satu treatment yang menggunakan jarum2 halus untuk menghasilkan micro injuries pada permukaan kulit. Luka2 kecil ni akan merangsang proses penyembuhan semula jadi badan dan meningkatkan penghasilan collagen. Sebab tu ramai buat treatment ni untuk kurangkan parut jerawat, pori2 besar, fine lines, tekstur kulit yang tak sekata dan bagi kulit nampak lebih sihat.
Kalau tanya pasal tahap sakit, for me its still bearable π₯΄ Rasanya sekali je, masa umur 30 dulu, Faa pernah buat MCN tanpa pakai numb cream. Memang sakit juga, tapi still berjaya habiskan treatment. Lepas pengalaman tu, setiap kali nak buat MCN memang wajib sapu numb cream lebih kurang 45 minit sebelum treatment. Nak kata tak rasa sakit langsung tu memang taklah, tetap ada rasa. Cuma kalau tanpa numb cream, Faa bagi sekitar 8/10. Dengan numb cream pula, rasa sakit tu turun lebih kurang 5/10, jadi jauh lebih selesa untuk habiskan satu sesi treatment.
I had my MCN treatment together with a Salmon DNA Booster ✨ This treatment helps keep the skin well hydrated, supports kulit punya natural healing process, and stimulates penghasilan collagen, nampakkan kulit muka healthier and more radiant. When combined with MCN, the serum lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit melalui microchannels yang terbentuk semasa treatment.. Thats one of the reasons why many people choose to combine these two treatments.
Selesai MCN, the beautician glide satu lagi mesin atas muka Faa. Dekat handle dia ada cahaya biru, dan treatment tu bagi rasa sejuk serta menenangkan kulit. Tak ambil masa lama pun. Dalam lebih kurang 40mins, habis dah keseluruhan treatment. Lepas tu, Faa minta nak beli aftercare serum yang mereka recommend. Selalunya kalau kita tak tanya, memang mereka akan soft sell produk selepas treatment. Tapi kali ni Faa sendiri yang minta sebab serum Hyaluronic Acid tu memang bagus untuk aftercare lepas treatment macam ni π€ Main purpose is to keep the skin hydrated, reduce dryness and tightness, and support the skin barrier while it heals. Since the skin is still recovering, better to stick to a simple skincare routine and focus on hydration rather than using active ingredients.
Untuk aftercare pula, dalam tempoh 24h pertama memang tak digalakkan basuh muka. Lepas 24h, barulah boleh mula pakai sunscreen. Sunscreen ni memang wajib, especially lepas buat treatment macam ni. Kalau tak pakai sunscreen, memang rugi juga sebab kulit masih sensitif dan lebih mudah terdedah kepada UV yang boleh melambatkan proses pemulihan, menyebabkan hyperpigmentation, dan mengurangkan hasil treatment.

Sebelum treatment MCN pula, Faa memang dah stop pakai retinal dan VitC atleast 72h sebelum appointment. For the first 72h lepas MCN, my skincare routine is sangatlah basic. Faa only uses the aftercare serum, moisturizer, sunscreen (after the first 24h), and a gentle cleanser. Less is more while the skin is healing.
Lepas tempoh berpantang tu, barulah Faa akan start semula VitC dan retinal. Itu pun bukan terus pakai macam biasa. Faa akan tunggu sampai kulit betul2 dah tak rasa pedih, rengsa atau sensitif. Better introduce balik active ingredients slowly daripada terus pakai macam sebelum treatment. Kalau boleh, seeloknya buat treatment ni masa korang tengah bendera merah π Tempoh 24h pertama tu memang paling crucial untuk proses pemulihan kulit. Overall downtime pula biasanya antara 24h to 72h, bergantung pada kedalaman jarum dan keadaan kulit masing-masing.
Tapi Faa lepas buat MCN terus masuk kerja macam biasa. π Nasib baik kerja tak melibatkan panas terik atau aktiviti lasak. Lepas treatment tu memang normal kalau kulit rasa macam sunburn. Muka akan nampak sedikit lebih gelap atau kemerahan, pori2 pun nampak lebih besar daripada biasa. Dont panic, thats totally normal, guys. Its all part of the healing process before your skin recovers and the results start to show.

Patutnya hari Sabtu tu hari Faa training swimming. Tapi sebab wajah masih dalam tempoh berpantang, Faa rela skip kelas. Kalau tengah bendera merah, sebenarnya boleh je pakai tampon untuk swimming. Tapi sayanglah... pelaburan tinggi kat muka π Faa memang cuba ikut semua dos and donts yang klinik pesan. Nak mandi pun kena guna air sejuk. Dahlah sekarang musim winter. π₯Ά So, I ended up spending the whole weekend being manisly and anggunly at home, ber-BW, watching movies, and playing games all day π
___________________________________________________________________
13th Of July 2026
Update setakat harini, kulit muka ok. Pori2 pun tak nampak macam terbuka sangat macam hari 1st buat treatment. Tapi Faa rasa Faa belum boleh guna Vit C lagi. Takpa lahh, bagi kulit betul2 sembuh baru pakai bahan active. Masa seminggu nanti tengok boleh masuk retinal tak. Btw, gatal2 kaki dah beransur sembuh. Tapi masih ada rasa itchy tu kadang. Nampak dah kering sikit. Sebelum ni ada bintik merah berair kecil. Harap ok, seminggu tak ok lagi terpaksa pegi clinic. Takut ada jangkitan teruk. Takat ni, monitor je dulu. Makin sembuh atau makin teruk. Ok.. Daaa. Nak siap pegi keje. Havvahh nice dayy everyonee ✨
No comments: