#16 Tips Glowing Instant Di Pagi Raya 2026 Dengan Slugging Method - My Name Is Faa

Friday, March 20, 2026

#16 Tips Glowing Instant Di Pagi Raya 2026 Dengan Slugging Method

 Assalamualaikum and Hii blog peeps..


Malaysia raya hari sabtu kan ? Hewhew, selamat bersahur semua.. Jangan ada ngelat puasa tau. Faa kat Perth dah raya esok, wee 😜 So malam ni I prep muka dengan slugging method.


Waitt a minuteee. Apa slugging tu ? πŸ€”


Slugging adalah satu teknik skincare di mana you apply satu occlusive layer selepas moisturizer usually pakai petroleum jelly as your last step before tidur, untuk lock in all the moisture dalam kulit. Teknik ni sesuai untuk orang berkulit normal or dry. Tidak sesuai untuk yang berkulit acne prone dan berminyak. Takut boleh sumbatkan pori anda dengan teruk. Nanti lagi teruk breakout. Slugging ni kita buat time night routine sebelum tidur. Pesanan Faa, buat 1jam sebelum tidur. Takut2 esok bantal yang glowing 😌 haissyooo.


I started my slugging journey since kulit muka dah sesuai pakai retinol. Rasanya 2 tahun ? Lebih kurang. Slugging bukan setiap hari routine, hanya seminggu sekali. Muka auto plumped, hydrated anddd glowing pada keesokan hari. Makeup tak cakey, tak patchy dan tahan lama. Everything just sits better on your face ✨ So slugging ni, hanya pakai moisturizer dan Vaseline petroleum jelly. Itu sahaja. Tak boleh combine dengan ada yang bahan active seperti AHA, BHA, retinol/retinal, tretinoin. Its no no okies. Even glycolic acid toner pun takleh ! Tidakkk bolehhh 🀚 Repeat after me : Tidakkk... Bolehhh...


So lets start with cara2 men-slugging wajah. Sediakan moisturizer yang korang selalu pakai. Pastikan takde bahan active yang telah dinyatakan diatas. 1st step wajib basuh muka dengan cleanser sahaja. Then dab2 kulit wajah dengan tissue. Sementara kulit tengah lembap terus ke step pakai moisturizer. Tak perlu tunggu lama, ambil Vaselin sebesar pea-sized dan ratakan ke seluruh wajah. Then siap. Haa mudah kan ? Easyy peasyy. Bangun tidur, jangan lupa buat double cleansing. Especially nak ambil wudhu, Vaseline teksture yang boleh menghalang air untuk sampai ke kulit muka. 



Bersihkan wajah dengan cleanser



My moisturizer



Bahan utama slugging : Vaseline. 
Pakai spatula for hygiene purposes



My oil cleansing balm. Jimat, tak habis2 dari tahun lepas





Pro Tips : Bagi korang yang dah biasa pakai vitamin C dalam skincare routine harian, boleh guna 1 pump vitamin C serum selepas cleanser. Pastikan korang betul memang takde masalah kulit breakout untuk guna pro tips ini. Ada perbezaan pendapat yang mana tidak digalakkan untuk slugging dengan vitamin C tetapiii, Faa dah try memang menambah glowing. Cuma pakai sekali sekala sahaja. Contoh, setiap minggu Faa slugging, 3 weeks sekali I akan slugging pakai vit C. Minggu2 biasa I akan slugging guna moisturizer dan Vaseline sahaja. Thats it. Especially esok nak raya so I tambah vit c harini. So inilahh hasilnyaaa...



🌞 



Jadi, buat korang yang baru nak start slugging, guna je moisturizer yang ada. Cuma tambah Vaseline je. Kulit yang hydrated dan glowing bukan dengan cara slugging sahaja, tapi slugging adalah salah satu cara untuk boost keserian wajah. Perkara utama adalah kenal skin sendiri dahulu, apa yang boleh pakai dan yang tak boleh guna. Dapatkan skincare yang sesuai, biasakan test skincare dengan patch test. Boleh test kat area belakang telinga atau inner arm. Terutama jika nak upgrade skincare yang ada active ingredients. Jangan sambung pakai kat muka jika ada redness, itchy dan paling teruk ada rasa terbakar. So be more extra careful ye ladies. πŸ’… and then, bahaya jika nak try tukar skincare last2 minit nak raya. Just dont.



Im sooo in luff with this vit C serum



NotaKaki : Just a reminder, ladies... you are beautiful like no other 😍




P/s : hasil perap satay sambil berbelog. Keje Hafiz tang cucuk sate





Rendang ayam hijau sempat settle-kan entry Medicube 😁



Jiran depan rumah berbangsa Samoa bagi kuih raya. Beli dari kawan rasanya. 
Terima kasih orang baik. Esok kita bagi rendang dengan sate. 
Tinggal settle kuah kacang je esok. Tak muat peti sejuk harini 😌






So dikesempatan ini, Faa ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 bloggers. Semoga raya tahun ni membawa lebih banyak kebahagiaan dengan momen2 indah bersama keluarga. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan gurauan yang tak kena. Apa pun keadaan kita, semoga raya kali ini dirai penuh makna ✨ Assalamualaikum dan selamat malam.. Zzz zZZ zzZ 








11 comments:

  1. Cantik kulit Faa. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin. Kami di Malaysia puasa lagi hari ni.

    ReplyDelete
  2. Oh saya tidak sesuai slugging!
    Tq tunjukkan rendang ayam hihau ☺.
    Warna cantik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah untung la dah raya awal dari Malaysia.. kita kat china pun raya sabtu.. takde rezeki nak raya awal huhuu.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin juga .

    ReplyDelete
  4. Dulu ada kawan pernah cerita, dia pakai vaseline di muka sebelum tidur. Cuma kami tak tahu, istilahnya, slugging. Okay.
    Cayalah, buat sate sendiri je. Rendang hijau nampak sedap. πŸ˜‹

    ReplyDelete
  5. Oooooo.... ' slugging'... (uncle buat2 faham je...) Hahahaa

    Selalunya rendang hijau ni ekstra pedas kan?

    ReplyDelete
  6. slugging memang nampak hasilnya
    bangun pagi terus glowing

    ReplyDelete
  7. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ya Faa

    First time tau tentang slugging ni. Thanks for sharing.
    Wah satay homemade, rendang sedapnya.

    ReplyDelete
  8. utk saya yg oily face ni, nampaknya tak sesuai buat slugging method. saya ni jenuhlah nak baiki kulit yg breakout ni. padahal hari2 pakai basic skincare huaaa.
    baru tahu yg vasaline tu tu kena buat double cleansing. igt cukup cuci pakai air je.

    btw done follow blog ni!

    ReplyDelete
  9. Slugging method Ini saya sesekali lakukan, tp bukan pakai Vaseline. Sebab kulit saya tak cocok dengan Vaseline. Pasti breakout. Jadi saya pakai sleeping mask, yg dipakai saat tidur. Bangun pagi muka memang hydrate sangat.

    ReplyDelete
  10. Cuya tak pernah try teknik slugging ni.
    Cuya cuma pakai moisturizer shj bila malam.

    Btw Selamat Hari Raya! Raya sebulan kannn hehe

    ReplyDelete
  11. Waaa... flawlessnya... sy x tau pun method ni nmpk sgt x cakna bab skin routine cmni

    ReplyDelete