#40 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 3) - My Name Is Faa

Tuesday, August 18, 2026

#40 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 3)

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))


Sambungan dari entry : Part 1 & Part 2 


Jarak perjalanan dari Glow Worm Caves ke Rainforest Skywalk dalam 10 mins je. Act, masing2 dah barai dah sebenarnya πŸ˜‚ Mau tak barai, dari pagi asyik keluar masuk hutan, jalan sana sini. Kaki dah start rasa2 lenguh, tapi itinerary belum habis lagi. One last adventure before we call it a day πŸ’ƒ




Rainforest Skywalk ni tempat untuk jalan2 sambil explore rainforest, cuma kali ni bukan semua trail atas tanah 🌱🌳 Ada part yang kita akan jalan atas steel bridge, so boleh tengok view hutan dari atas. Keseluruhan walk lebih kurang 1.5km, and ada satu bridge yang tinggi dalam 30m dari bawah. Sepanjang walk ni kita akan lalu pokok2 rimbun, jalan atas bridge and ada juga part turun balik ke forest floor. So boleh nampak rainforest dari different views. Kalau sebelum ni trekking dalam hutan, yang ni experience dia lain sebab dapat tengok dari atas pulak. Sounds fun kan? Haaa...  tunggu.... 🀚 Masa ni patella masing2 dah longgar sebenarnya 😌





Kami berpecah, ada yang terus jalan dulu. Faa dengan Hafiz pula tengah survey barang2 souvenir kat depan. Lepas tu sibuk main interactive information touch screen dekat situ. Excited kejap bila tengok ada pilihan Bahasa Melayu πŸ₯° Betullahhh, orang kata...

“Takkan Melayu hilang di dunia.” Aiisehhmen 🀭






So, kami teruskan penjelajahan ke dalam rainforest. Berjalan menelusuri kehijauan yang terbentang luas. ♪Langit cerah memayungi bumi♪ cuaca pun nice sangat untuk berjalan. Bila angin lalu rasa sejukkk je. Rasa tenang betul jauh dari hiruk pikuk kota. Macam takmo balik Perth je, biar jadi tarzan kawan dengan koala kat sini 😬 kidding. Kami juga solat Asar kat balik2 pokok. So settle dulu sementara ada masa. Nanti balik takut tak sempat. Ada masa kami berjalan atas trail, ada masa naik atas steel bridge sambil tengok hutan from a different view. It was tiring, but we kept going. We havve come this far, might as well keep walking πŸ˜Œ


























Habis jalan, dah nak dekat pukul 4PM. Kami ramai2 bergambar kat luar dulu before heading back to where Tania picked us up. Dalam van, masing2 lenaa tidur πŸ˜‚ Kami sampai back in Brisbane City around 5PM. Lepas tu semua pun bersurai and went our separate ways. Faa dan Hafiz pula terus cari restaurant sebab perut dah start buat party rock anthem dalam tu πŸ’ 




On our way to that restaurant, Hafiz buat pit stop beli kasut -,-' Semalam masa jalan2, dia ada berkenan satu kasut ni. Tapi he said, nanti dulu la. Dah banyak kasut. Tapi, tetiba harini nak beli terus sebab kasut yang dia pakai tu buat sakit kaki kalau jalan banyak. Eh alasann ehh. Biasaaa diaa, hahaha. Okie lahh, dia minat then beli. Selesai beli, kami terus gerak ke restaurant, Sendok Garpu. 


Ada lelaki jatuh tepat pada masa Faa amik gambar Hafiz 🀣






Masuk2 terus order drinks dulu. Faa ordered Jus Avokado, while Hafiz pilih Root Beer with Vanilla Ice Cream float. After tengok menu, Faa decided to order Nasi Iga Penyet, Hafiz pula ordered Mee Goreng. Then we decided to add Bakso Malang sekali 🫣










Taste dia bagi kami 'biasa je nyah'.  Tak wow, tapi tak menghampakan juga. Just okay for us. Portion boleh tahan, dapatlah mengisi perut 😌 Maybe sebab expectation Faa agak tinggi bila nampak Indonesian food, ingatkan rasa dia akan lebih kick. Tapi overall, still makan and habis juga. Before coming to Brisbane, Faa dah list siap2 beberapa Indonesian and Malaysian food yang nak try. Tapi one thing yang kami realised sepanjang dekat sini, agak mencabar juga nak cari yang betul2 sesuai dengan kami.


Macam Sendok Garpu ni, makanan dia halal, cuma bila dah masuk baru kami realised ada certain things yang kurang sesuai dengan preference kami like serve beverages yang kami tak consume. Since dah sampai, dah penat seharian and perut pun lapar, makan je lah dulu. Ada juga restaurant yang nama dan menu nampak very Malaysian, tapi bila datang and check the menu properly, rupanya ada pork dalam menu. Contohnya Roti Place, Brisbane. 


Habis makan, kami terus balik hotel. Masa ni satu je dalam kepala iaitu nak rehhaatttt πŸ˜„ Badan dah surrender selepas seharian keluar masuk hutan, berjalan sana sini. Penat memang penat, tapi puas hati sebab banyak tempat dapat cover dalam one day. Sampai hotel memang dah tak fikir nak keluar mana2 dah. Habis isyak terus tido nyenyak. Recharge balik energy sebab our Brisbane trip belum habis lagi. We still had a few more adventures waiting for us.


So thats how our Day 2 ended. Till then, see you guys in my next entry. Our Brisbane adventure continues... ✌🏻


NotaKaki : Baru settle entry hari kedua. Tiba2 rindu rumah Perth, huuuuπŸ₯Ί


NotaKaki2: A little appreciation for Tania, our tour guide for the day πŸ’ Thank you for taking us around, sharing stories along the way and making sure everyone was okay throughout the trip. From morning till evening, she handled everything smoothly and saaangaattt senang bila ada someone yang guide kita dari one place to another. Faa shooo happy with the whole experience. Tak perlu pening fikir route, parking, timing or nak drive jauh2. Just get in the van, enjoy the places and kalau penat... tidooo πŸ˜‚ Thank you Tania, for making our Day 2 adventure a memorable one! 🫢






14 comments:

  1. Penat memang penat...tapi, puas hati tu lagi syiokkk...

    ReplyDelete
  2. Bab cari makanan halal memang kena extra alert kan awak. Janji perut kenyang & dapat rehat.

    ReplyDelete
  3. hahaha part 'patella masing2 dah longgar' tu memang win πŸ˜‚πŸ˜‚

    tp penat mcm mn pn ttp kn teruskan smpi habis sbb dah smpi kannnn

    tak dinafikan... the rainforest looks so peaceful
    rs nk ikutttt sekali ;-)

    ReplyDelete
  4. Bila masuk hutan, hati rasa aman tenteram, macam tengok laut juga. Ada tour guide bagus juga, jadi kita boleh fokus jadi pelancong dan enjoy the trip.

    ReplyDelete
  5. Rainforest dia cantik Dan terjaga. Rasa Aman je masuk tempat macam tu

    ReplyDelete
  6. Betul lah nak cari yang halal kena alert juga. Masa 2 minggu kat sana ada port makan yang halal yang bila balik kelas rasa lapar pi makan situ sebelum balik hotel. Kadang tapau makanan kat cafe universities yang halal untuk makan malam kami.

    ReplyDelete
  7. Ada pilihan bahasa melayu tu yg rasa bangga seketika kan... Dulu pergi ke caversham wildlife park pun ada tulisan bahasa melayu untuk ke cafeteria dan toilet..

    ReplyDelete
  8. Bila itinerary mmg kalau dlm satu hari semua benda nak buat kan hahahaa.. tpi on reality baraai nak ke sana sini hahaha.. oh ada rainforest di Aussie menarik sungguh..
    Duit dia sendiri nak beli kasut biar je la.. dh berkenan kan..

    ReplyDelete
  9. vibes skywalk dia ni sama macam kat albany tak? segarnya mata tengok benda2 warna hijau kan.
    susah jugak kan nk cari kedai yg betul2 serve only halal food ni. dah elok halal, ada jual arak pulak

    ReplyDelete
  10. Memang seharian meneroka hutan. Nasib baik tidak perlu memandu.
    Betul kena cari makanan halal.

    ReplyDelete
  11. Sebab saya suka ketinggian, jadi bisa jalan dari atas dan melihat ke bawah itu memang saya suka. 😍😍. Ntah kenapa melihat sesuatu dari atas itu bisa menaikkan adrenalin saya. Langsung happy mood .

    Kdg kenapa saya tak nak makan masakan Indonesia di overseas , sebab rasa yg sering tak sesuai selera 🀣. Pastinya kurang kick, Krn paham dah disesuaikan dengan lidah orang lokal yg mungkin tak suka terlalu kuat bumbu kan. πŸ˜„.

    Agak susah memang nak cari yg betul2 halal kalau di negara mayoritas bukan muslim nih. Sayapun kalau dah traveling ke negara bukan muslim, langsung turunkan standard sikit. Prinsip saya, yg penting tak makan pork dan alkohol. Lain2nya dah laah..kira darurat πŸ˜„.

    Macam di Korea Utara, Belarus, mana nak cari halal 🀣. Di Korea Utara guide dah pisahkan mana lauk pork, mana bukan. Tp sama2 dari dapur yg sama πŸ˜…. Makan je laah. 🀭

    ReplyDelete
  12. Terhibur baca part patella dah longgar tu, tapi bab Hafiz sempat pit stop beli kasut sebab kaki sakit tu memang kelakar! Classy betul alasan dia, terus dapat kasut baru 🀭 Penat-penat pun janji puas hati dapat cover banyak tempat!

    ReplyDelete
  13. Rainforest Skywalk bestnya. Pernah drive masa trip Melbourne kami singgah Otway Fly Tree Top sebelum ke Twelve Apostles. Best sangat suka jalan2 dalam hutan ni. Alhamdulillah banyak halal senang nak makan.

    ReplyDelete
  14. Eh tiba-tiba je ye kasut dak Apis ni tak selesa bila banyak berjalan...nak kena babap dia ni. Jadi kena lebih hati-hatilah...nama macam melayu tapi tak semestinya halal. Itu yang risau bila di luar negara...memang kena recce dan cari dulu tempat yang halal awal-awal kot. Seabb kalau kat sini kedai no. 1 non halal, kedai no. 3 insyaallah boleh masuk dan makan. Kat sana...jenuh juga nak mencari kan

    ReplyDelete