#37 Playing Tourist : Day One - Fly To Brisbane ! - My Name Is Faa

Sunday, August 16, 2026

#37 Playing Tourist : Day One - Fly To Brisbane !

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps...


Impian nak ke Brisbane ni dah lama sangat Faa idamkan. Niat nak pergi tu dah bertahun, sampai dari tahun lepas lagi Faa dah start plan nak buat apa dan pergi mana bila dekat sana. Alhamdulillah, tahun ni baru ada rezeki. πŸ’  Punya excited sampai Faa ter-datang airport sehari lebih awal πŸ˜‚ Yesss, anda tak salah baca. My flight was on the 13th at 11.05pm, tapi pada 12th tu Faa dah terpacak dekat Perth Airport nak checkin bag. Silly me πŸ˜‚ Terburai gelak bila dapat tahu salah hari.


Member yang hantar Faa dengan Hafiz ke airport pun terpaksa patah balik ambil kitorang. Hafiz memang minta tolong hantarkan sebab nak tinggal kereta dekat rumah dia sepanjang kitorang pergi Brisbane. Rumah dia pun dekat dengan airport, so senanglah. Nohh sekali salah tarikh daaa πŸ˜‚  Agaknya confused antara 12th dengan 13th tu. Lagipun tiket dengan accommodation semua Faa dah book dari bulan April lagi. Salah sendiri juga sebab tak double check balik tarikh sebelum keluar rumah. Hmm takpelahhh, jadi kenangan. πŸ˜‚ Faa juga salahkan paku karat haritu, mungkin ada gegaran otak tu yang jadi tak betul 🫣




Selalu dengar cerita orang tersalah tarikh, tersalah flight dekat airport, salah AM dengan PM. Kalini terkena atas muka sendiri. Nasib baik datang sehari awal, bukan sehari lambat. Kalau sehari lambat, memang tak kelakar dah -,-' nangis la kat bucu katil kalau jadi 😭


So, on 13th at 11:05PM, Faa dan Hafiz terbang dari Perth to Brisbane. The trip was around 4 jam lebih kalau tak salah. Faa sampai pukul 5:15AM waktu Brisbane. Kiranya, Brisbane awal 2 jam dari Perth. Dalam flight, Faa langsung tak tidur. Masa take off, Faa buka facial sheet mask dari Skin Control. FYI, tak semua princess duduk business class yee lepas tu boleh buat skincare routine. Princess yang duduk economy like me pun boleh 😌









Faa tengok movie yang Faa siap2 download dekat Netflix. Buku pun bawa, tapi baca kejap je. Lepas tu dengar lagu sambil melayan perasaan sepanjang flight 😜 Sampai2  memang dah masuk waktu Subuh. Keluar arrival tu, dekat Gate 38 berdepan kedai Peter Alexander kaler pink ada surau. Tandas pun kat sebelah, so ambil wudhu terus solat Subuh. Then, turun eskalator pergi ambil luggage. Siap ambil luggage, kena tunggu lagi sebab pickup our rental car at 7AM. 










Then, kami sampai dekat Simba Car Hire untuk pick up rental car. Lambat juga sebab kena tunggu orang depan settle dulu. Once dah dapat kereta, kami terus gerak ke hotel tempat kami akan menginap. Belum nak checkin pun lagi, just nak tengok kawasan sekitar dulu. Dalam 2,3 kali juga kami pusing2 cari jalan dan parking. Hotel kami dekat George Hotel, and punya susah nak dapat parking. Lastly, Hafiz parking je dekat public parking building yang berdekatan. From there, jalan dalam 5mins nak ke hotel. Bila tanya receptionist, rupanya hotel memang tak ada parking sendiri. So tempat yang kami parking tadi memang betul lah. Nanti receptionist akan keluarkan QR code untuk kami scan.



Cuci mata. 


Takde lagi jumpa kat Perth. So cuci mata dulu, nanti balik baru beli 🀭



Then we decided to roam around dulu. Since dah 10AM, banyak kedai pun dah buka. Cari breakkie dulu sebab dah lapar. Masa tu kami dah masuk area Queen Plaza. Dalam list tempat makan yang Faa nak pegi, ada la beberapa tempat yang within walking distance dengan hotel. Paling dekat masa tu dekat Victoria’s Basement. Ada food court yang jual Malaysian food. Nama kedai tu Lemak. Faa ordered nasi lemak ayam goreng with teh ais, while Hafiz ordered nasi lemak rendang daging. Air kaler purple lupa nama air apa πŸ™ƒ











Kiyootnyaa karipap 😬


Habis makan, kami sambung jalan2 around Brisbane City sementara nak tunggu checkin time at 3PM. Masa tu ada almost 4 hours to go. Masa ni my battery status dah makin lemah πŸ˜‚ Mana taknya, dari semalam tak tidur2, excited punya pasal. Dalam flight pun langsung tak lelap. Rasain lhoo πŸ₯Ή














Nampak Yo-Chi teringat Sargam. 









So kami berjalan dari Brisbane Arcade ke City Botanic Gardens. Sampai sana, duduk rest kejap sambil tengok air pancut dekat kolam. Time ni memang dah slow mode sikit, nak recharge my battery yang dah tinggal nyawa2 ikan. Dah dapat tenaga dari solar agaknya πŸ˜‚ terus larat dan gigih menapak ke Brisbane Sign tu. Ramai juga orang tengah ambil gambar dekat situ, so kena take turn lah. Dah sampai Brisbane, of coz wajib ada gambar dengan sign ni ✌












Then kami cari musollah. Yang terdekat masa tu dekat 138 Albert St. Naik tingkat 2, selesai solat Zohor, kami sambung jalan2 sekitar city. Lepas tu, kami pergi balik tempat parking tadi untuk ambil luggage. Then menapak lagi sambil membawa luggage yang seberat batu bata itu πŸ˜‚ menuju ke George Hotel, Brisbane untuk checkin. Hotel ni hotel biasa je. Untuk 2 malam, Faa dapat harga almost $380, all-in dengan breakfast. Tapi breakfast tak makan pun 😌 Bilik dia sangatlah simple. Kecik, tapi okie laahh sebab memang untuk balik rest dan tidur je. Janji toilet bersih. Itu paling penting πŸ‘












Lepas Maghrib, Faa and Hafiz keluar cari dinner. Kami pilih makan dekat Mamak, tak sampai 10 mins walking distance dari hotel. Faa ordered mee goreng mamak dengan teh halia, while Hafiz ordered maggi goreng mamak dengan teh ais. Sedappp. Memang rasa mamak Malaysia 🀭 Jauh2 datang Brisbane, tekak tetap cari Malaysian food juga πŸ˜‚ Dah kenyang, kami merayap lagi sekitar Brisbane City. Jalan santai tengok bandar Brisbane waktu malam dengan lampu2 berkelipan. Walaupun badan dah penat seharian berjalan, rugi pula rasa kalau balik hotel awal sangat.























So, itulah summary hari pertama kami menjejakkan kaki di bumi Brisbane. Brisbane ni sangatlah busy masa kami sampai around 9AM lebih tu. Mau tak busy, orang2 tengah nak pergi kerja, kami pula sibuk pusing2 cari parking hotel πŸ˜‚ Btw, kalau setakat nak discover Brisbane City, sebenarnya tak perlu sewa kereta pun. Dalam city, most of the places memang within walking distance je, especially tempat2 yang famous macam Brisbane Sign, Brisbane Arcade dan City Botanic Gardens. Kalau dah penat nak jalan, ada Escooter merata around the city. Boleh sewa dan guna untuk bergerak dari one place to another. Senang sikit nak save tenaga πŸ˜‹


Kalau nak sewa kereta juga, better pilih hotel yang memang provide parking untuk hotel guests. Tak perlu susah payah nak cari public parking dekat luar macam kami. Even dapat voucher pun, tetap kena park tempat lain dan menapak balik ke hotel πŸ˜‚ Overall, penat memang penat sebab dari malam sebelumnya tak tidur, tapi excited punya pasal semua tempat nak pergi. Thats how our 1st day in Brisbane went. Banyak berjalan, banyak pusing cari parking, and banyak juga memories dalam phone 😌 baru 1st day.


So, stay tuned for our next adventure! Banyak lagi tempat yang Faa nak share sepanjang trip ni. See you guys in my next entries. BubyeeπŸ‘‹πŸ€­


NotaKaki : Cari masa nak update entry ni, so takdelah nanti bercampur dengan gambar hari seterusnya. Kalau tangguh lagi, takut Faa sendiri dah confused gambar ni hari ke berapa πŸ˜‚ 



No comments: