#27 Tradie Expo Perth - My Name Is Faa

Saturday, June 13, 2026

#27 Tradie Expo Perth

Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps... :)))​


Hari ini Faa teman Hafiz pegi Tradie Expo. Expo ni macam tempat untuk orang yang minat tools, machinery, 4WD, trucks and all the heavy stuff. As for me ? :p I just ikut jalan je sambil tengok2 tool yang Faa memang zero knowlegde tak kenal langsung apatah lagi tahu fungsi. 😁


Tapi best juga la, 1st time dapat naik cengkaut dan tengok dekat2 truck besar2 macam kat jalan tu. Selalu Hafiz teman Faa masuk kedai cosmetics, so today its my turn pula to teman dia. Fair deal. Isteri sokong kerja suami as a technician. 


Si Hafiz ni pula, sekejap2 hilang sebab masuk booth sebelah. Pusing2 eh takada mamat nih. Duk belek tools satu2. Sebiji macam Faa bila masuk kedai cosmetics. Main hilang2 juga sebab sibuk tengok barangan skincare, makeup and perfume. Now I get it, hshshs. Kita semua ada tempat yang buat kita lupa dunia 😝 Okie la, Faa share gambar je kalini tanpa celoteh panjang lebar.


















Enjin2 semut... siapa sakit naik ambulance












Mini Excavator... eeee shomel !




Close up. 





Yeay dapat naik.. Hewhew.. 





Banyak betul gear dia.










Masuk sini utk pengalaman naik truck melalui VR headset. Tengok blindspot truck besar2. 







Lepas pakai jadi pening. -,-'






Ada juga tempat cari kerja






Mesin apa ni ? Macam plant vs zombie 😁



Tempat makan. Tapi tak singgah.




















Member eksaited dapat beli tool dia. 

Hmmmm 🤔 



Sebabkan beli, dapat pusing roda ni. Yeayy I dapat WINNER 😍


Hadiah yang boleh dipilih


I tak tahu nak amik apa. Suh Hafiz je amik, sebab dia yang beli tool. 


Singgah sini tengok2 baju dan seluar keje. Takde beli apa2.


Drone cik polisi


Hewhew, saje la try tangan pick packer dapat berapa point. Hmm 25.something je utk dua2. Lemmahh. 😆 Hafiz tak main.



Lagi drone polis


Thank you Mr Singh. Pegawai ni ramah betul. Dia suruh Faa apply jawatan kat dalam. Faa cakap tak minat jadi askar 😁



Finally, jumpa jalan keluar, haha. 



Lori munchkin. Onomnomnom



Sampai parking area.



NotaKaki : Otak blank kejap tak tahu nak describe macam mana expo ni. Tapi best. Tapi tak tahu apa2. Tapi nak masukkan dalam belog juga. 🤭🥺 




18 comments:

  1. hahaaa~ gear banyak tapi atas jalan serupa siput. buat org serbasalah nak motong ke tak motong.

    ReplyDelete
  2. jentera2 mcm ni org lelaki mmg suka laa...
    kalau ada demo atau test drive kompem panjang Q nya
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Orang lelaki je suka tool-tool dan mesin ni. Kita setakat tengok je la. Hehe..

    ReplyDelete
  4. Nice entry & sharing, kita main mekap.. org lelaki main tools jentera besar2

    ReplyDelete
  5. Comel betul analogi Faa! Macam cermin pula kan, sorang hilang kat booth tools, sorang lagi hilang kat bahagian mekap/skincare. Fair deal sangat tu teman suami, janji dua-dua dapat 'me time' dengan minat masing-masing. Untunglah abang Hafiz dapat pusing roda menang hadiah terus!Seronok baca entri santai daripada Faa ni. Memang betul, lelaki dengan tools atau jentera besar ni macam perempuan masuk kedai kosmetik boleh hilang punca kejap sebab teruja kan?

    ReplyDelete
  6. Teringat jengkaut pasir kat petrosains klcc, masa teman anak main maknya pun teruja jugak rasa nak kaut pasir tu.. ahahhaa

    ReplyDelete
  7. seronok p explore expo macam ni... jarang nak nampak kenderaan berat macam ni masuk expo..

    ReplyDelete
  8. Takpelah... your turn pulak untuk buat-buat minat kan?
    Sekurang2nya ada modal nak update blog ye dak?

    ReplyDelete
  9. berhubung suami saya bukan teknisi, jadi memang tempat jual alat2 berat begini dia pun tak akan dtg juga... tp kalau di dalam ada jualan lain macam skincare, makeup, tempat makan, kami berdua pasti lebih tertarik masuk ke sana hahahahahaha... bisa coba aneka makanan :D

    ReplyDelete
  10. biasa dah kalau gegirl2 hilang kalau menyoping tu. rupanya boy pun sama ek. hihhih

    ReplyDelete
  11. oo cik faa kat perth erk., bestnyer.,
    ada jual chainsaw x kat situ., hehe

    ReplyDelete
  12. menarik expo ni. utk orang2 yg minat jentera, lori2 ni sukalah. kita yg pompuan2 ni datang sebab nk merasa naik jentera tu je haha

    ReplyDelete
  13. Menarik. Saya tertarik di situ ada pemeriksaan untuk kaki dan tulang belakang.

    ReplyDelete
  14. Wah selalu seriau kalau ada jenkaut. Tapi tenguk jentera berat ni wahhhh. Tapi betul lah kalau dah minat lupa dunia

    ReplyDelete
  15. masa kecik2 suka tengok buat kerja kat kampung. Mcm teruja tul. Maklum la budak lelaki kan?

    ReplyDelete
  16. Masuk Bunnings masa pergi Perth dulu, punya lama tunggu hubby telek barang. Angkut foldable hammock dan macam2 jugak. Tapi memang terpegun tengok macam2 dalam Bunnings tu. Alhamdulillah luggage kami memang tak banyak mana.

    ReplyDelete
  17. Macam-macam aktiviti ada . Dapat naik jengkaut tu pun dah cukup happy kan

    ReplyDelete
  18. Akak nak pi perth bulan 10 ni nak petik buah kat sana. Tak sabor tunggu hari

    ReplyDelete