#12 Cold-Pressed Juice : Is It Worth It ? - My Name Is Faa

Saturday, January 17, 2026

#12 Cold-Pressed Juice : Is It Worth It ?

Hellow Onlinerss... 


Pernah dengar pasal Cold-Pressed (CP) Juice? 🤔 Do you think its really a healthy drink? Worth it ke, atau sebenarnya its just a normal breakie juice? CP juice is made dengan cara perah buah dan sayur slow2 sampai jadi pulp untuk extract juice. Methode ni tak guna heat, so nutrisi dalam buah dan sayur lebih terjaga berbanding juicing biasa. Most CP juices pun biasanya free from added preservatives, artificial sweeteners, and colouring. Sebab tu rasa dia lebih natural dan clean. Dengan kandungan antioxidant, vitamins, dan minerals yang tinggi, CP juice kira membantu juga untuk support immunity, pencernaan, proses detox badan, dan juga skin health, as long as diambil sebagai part of a balanced lifestyle.


Tapi jujurlah cakap, CP juice ni bukan magic drink. Dia takkan terus buat kamu sihat, glowing, natural beauty dalam semalam. Its more like a lifestyle choice. In my POV, its just a supplement drinks. Kalau kamu jenis nak jaga apa masuk dalam badan, nak tambah intake buah dan sayur, this could be a good option tho. So, WORTH IT tak? Depends 😎  Kalau minum setakat nak ikut trend, I dont think its worth it. Mesin presser tu mahal tau. Beli pastu tak guna  hmm hmm no okie. Tapi kalau jadikan sebagai minuman tambahan, but not ganti plain water, then yes it makes more sense. As long as you jaga sugar intake, especially masa proses press tu. Jangan main hentam semua buah manis sekali masuk. Balance tetap penting.




Tetapi !!! 

Tekan brake kejap 🚨 CP juice ni bukan pengganti real food macam sayur dan buah yang kita makan terus. Korang pun kena jaga level manis dalam juice ni. Kalau semua buah yang manis2 tinggi gula korang masuk juga dalam presser tu, memang naiklah bacaan gula ngko dek. Haa... awasss yee 👀 Dia macam ni, apa2 yang kita masukkan dalam tubuh, hierarchy paling atas tetap real food. Solid food, kunyah betul2, real nutrients. CP juice ni lebih kepada support, bukan main character. Real food tetap real talk, haha.


Since I hit my 30s, I memang jaga bab air manis dulu. I dah tak simpan minuman manis dalam fridge. Dalam peti sejuk sekarang mostly mineral water berbotol2 penutup biru je. Jarang sangat beli air manis botol besar. Ada cheat day, yezza, I still beli juga. Air boba ke, teh botol Sosro kotak merah ke, even tin minuman bergas. But I beli pun dalam kadar minum sampai habis within sehari, bukan simpan2. Pasal mesin cold-press ni pula, honestly... I gaduh tau dengan roh I sendiri 😂 Sebab I tahu, kalau I beli mesin ni, nanti jadi acah2 clean drinking, tapi setakat jee. I takut I tak minum air putih langsung. Semua benda nak di-juice-kan. Bukan boleh caye aku pun. 


Same goes dengan coffee machine. Hafiz banyak kali merengek nak beli coffee machine masa mula2 kahwin dulu, tapi I tetap tegas cakap NO. Sebab I tahu, nanti dia terus tak minum air kosong dah. End up sekarang pun, every morning dia singgah drive-thru beli kopi sebelum kerja. Yang tu I macam.. okaylah, luar rumah pandai-pandailah. Tapi kadang-kadang I tetap bising juga sebab dia kerap sangat minum manis. Haiisyooo... 😮‍💨


Dia macam dilemma tau, I nak juice tapi taknak minum hari2 tapi kalau beli machine memang tau takkan minum sangat air putih tapi nak sihat. So, I beli je cold pressed juice ini dekat pasaraya area my house, IGA. Murah, boleh kawal bila nak minum, and I still tetap minum 'sky juice'  dibaca plain water  setiap hari, haha. 





And these 3 are my most favs. Paling suka dengan Club Tropicana sebab rasa dia balance manis-manis-masam. Untuk elak minum terlebih manis, selalunya I akan minum ni bila that week I langsung takde minum manis. Second, Green Day. Mula2 I takut nak beli sebab kale dibuat juice. I tetap try sebab dalam banyak2 juice, hat ni takde buah yang manis. Surprisingly, sedapp eh. Rasa sayur betul, haha. Tapi cover dengan lemon so macam minum salad je. Last one, jarang beli tapi akan beli kalau rasa tak sihat badan. Rasa manis-manis-pedas sebab ada rasa berangin di after taste tu. Tapi sedap, cuma tak minum selalu sebab rasa ginger dia kuat.


So in conclusion dari entry ini ada lah, .... .... ... gulp... ... .gulp... .... (tengah minum Club Tropicana) hewhewhew


Cold-pressed juice ni sebenarnya bukanlah takleh minum langsung, dan bukan juga minuman utama. Dia boleh jadi support tambahan dalam healthy lifestyle, tapi tak boleh la ganti real food. Dalam kesihatan pun, makanan sebenar kan buah dan sayur yang dimakan secara solid. Untuk bagi lebih banyak manfaat sebab ada FIBER, yang bantu kawal gula dalam darah, sokong pencernaan, dan buat kita rasa kenyang lebih lama. Itu yang juice2 ni, walaupun sebaik mana pun, susah nak bagi sepenuhnya, sebab tak cukup fiber.


Real food juga ajar badan kita untuk makan dengan perlahan, kunyah, dan tahu bila signal kenyang. Pada akhirnya, tak perlu overdo, tak perlu ekstrem. CP juice boleh jadi kawan bila perlu, air putih tetap bff, dan real food kekal nombor syatu. Balance, consistency, and being kind to your own body, thats the real goal, amboihhh.


NotaKaki : An apple a day, keeps the doctor away. Gitchhuew. 💅

No comments: