#10 Welcome, 2026 πŸ”₯ - My Name Is Faa

Thursday, January 1, 2026

#10 Welcome, 2026 πŸ”₯

 Hellow Onliners...


Selamat Tahun Baru 2026 !! πŸ₯³ I wish each one of you yang singgah ke blog ini. Terima kasih sebab masih sudi membaca. Semoga tahun baru ini give you more semangat baru, azam baru, dan courage untuk start again, even kalau perlahan pun. Also hopefully 2026 brings more peace, more clarity, and less pressure to be OK je all the time ❣


Ada tengok fireworks ke korang ? I baru balik kerja and ikutkan I nak juga pegi city atau South Perth tengok fireworks. Tapi tak dapat, balik kerja je dah pukul berapa. Kalau drive pulak memang tak dapat parking dah time2 macam ni. Sokey, masuk tahun baru dengan jari menari di papan kekunci pun kira celebrate juga la kan.. Quiet, simple, tapi meaningful in its own way 😎


___________________________________


2026 punya visi, misi, cita2, impian dan imaginasi segala bagai tu sebenarnya I dah plan awal. The day I bought my journaling online tu, I dah siap plan ahead untuk 2026. Berbeza dengan tahun2 sebelum ni, dulu I banyak list-kan apa yang I nak capai dalam 3, 5, sampai 10 tahun. Tapi untuk tahun ni, I choose to do it differently. I list-kan apa yang I dah capai, then I only focus on what’s not achieved yet. I planned balik apa yang I tak sempat capai, and I kembangkan semuanya like a mind map then breaking it down into WHY and HOW to achieve those targets. Bukan sekadar tulis apa yang angan2kan, tapi juga faham kenapa benda tu penting untuk I, dan langkah kecil apa yang boleh I ambil supaya tak tinggal kenangan je 😩


Also, I improved and upgraded sub-sub misi yang I pegang untuk tahun ni. Things like saving more moneeyyyhh, stop buying things online 😏 well, not stop completely, but kurangkan. Less UberEats, less shopping online, less buying things yang tak penting. On top of that, I wanna start investing my money properly, upgrade my skills, and allow myself to learn somethin' new again. Not becoz I’m behind, but becoz I still wanna grow slowly, intentionally, and on my own terms.


And about my diet... Tahun lepas memang I tak jaga makan langsung. Hmm πŸ€” kena start healthy food somehow sebab dah masuk middle age crisis kononnya, hahaha πŸ˜‚ No drastic, no perfect, asal lebih mindful, lebih sayang badan sendiri. Eh, baru je nak fikir tentang saving more, tapi tiba2 teringat yang tahun ni juga I planned to do more facial and body treatments. Haa kan dah πŸ₯Ί balance is hard. Maybe the goal is not to deprive myself, but to learn how to spend mindfully and treat myself without overdoing it.


Maybe 2026 bukan tentang berubah sepenuhnya, tapi tentang taking better care of what we already have. Our time, our energy, and ourselves. Slow progress is still a progress, and apa pun halangan di depan, pastikan tahun 2026 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Wise year, wiser age, and wiser plans, insya-Allah. Setakat coretan untuk hari ini. Katil dah mula memanggil... πŸ₯± time to rest, recharge, and let tomorrow take care of itself. Sekali lagi, selamat tahun baru my online friends. Thank you for being here, for reading, and for sharing this little space with me. Assalamualaikum 🌟



Gambar ehsan Google 🀭


NotaKaki: Nangis kat bucu katil tak dapat tengok mungaa api 😭





16 comments:

  1. Selamat Tahun Baru. Semoga yang baik-baik je untuk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cie. Semoga yang baik2 juga untuk Cie sekeluarga.

      Delete
  2. salam kenal. nak follow tp failed. nape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal 🌟 Maaf dear, saya tak pasti. Mungkin ada glitch 😬

      Delete
  3. Selamat tahun baru. Semoga semua wishlist untuk tahun ni tercapai. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks naniey.. Semoga wishlist awak juga tercapai tahun ni πŸ’

      Delete
  4. saya pun tak lihat kembang api , memang dah beberapa tahun tak sanggub menunggu malam tahun baru hahahahaha. mata dah berat :D ..trakhir saya beriya-iya menunggu malam tahun baru, saat ke New York 2023. tapi astaghfirullah, ramainya tak sangguuuuuub hahahahaha. dan hujan pula... ditambah suhu 1 digit, memang yg ada nak pulang ;p

    ReplyDelete
  5. Dengar bunyi bunga api tu... tapi dah atas katil... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Salam Tahun Baru 2026 dan Salam kenal juga.. moga tahun ini lebih baik dari tahun yg lepas..

    ReplyDelete
  7. selamat thn baru 2026
    semoga yg baik2 menjadi milik kita aminnn

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru...semoga yg baik2 aje untuk 2026...

    ReplyDelete
  9. Happy new year 2026 Faa .. salam kenal dari CCL.. happy blogging .. moga tahun baru ..sinar baru & semua azam akan tercapai ..aamiin

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru.. saya follow sini :)

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru 2026, Faa, walaupun sudah agak lambat. Semoga perancangan Faa berjalan lancar dan tercapai apa yang dihajati.

    ReplyDelete
  12. Happy new year!
    Moga apa2 pon perancangan untuk 2026 berjaya dengan suksesnya!
    May Allah ease everything for you

    ReplyDelete