Saturday, December 27, 2025

#8 Titanic, City Walks & Comfort Food

  1 comment    
categories: 

 Hellow Onlinerss... πŸ˜›


Weekend2 ni korang buat apa je? I ngan Hafiz pula ambil peluang untuk jalan2 sekitar area city. Since Hafiz cuti panjangggg, so kita pun bawa la dia keluar pusing2 sikit. Lepas Zohor, kami keluar beli groceries. Then, I booked tickets for two sebab kami plan nak pergi Titanic Exhibition. Haha, agak random sebenarnya, but definitely worth it 😁 



Exhibition start around 3pm, so masih ada masa. Kami decide untuk lunch dulu dekat Makan Makan Cafe di Vic Park before heading to the exhibition. From there, it was about 13 minutes drive to the venue just nice, tak rushing.



So basically, exhibition kali ni memang fokus pada sejarah kapal gergasi paling famous seantero dunia iaitu, Titanic. Dari awal penubuhannya, siapa pengasas kapal ni, sampai ke detik terakhir yang buat nama Titanic terus terpahat dalam sejarah. Titanic was built by a British shipping company called White Star Line, as a symbol of luxury and advanced technology at that time. Kapal ni direka untuk jadi the biggest, the most luxurious, and the safest ship, sampai digelar 'the unsinkable ship' 😲 Pembinaannya bermula sekitar 1909 dan siap sepenuhnya pada 1912. Dalam exhibition ni, they also explained siapa yang naik kapal ni, from 1st class passengers yang terdiri daripada golongan T20. Also M40 and B40 passengers yang kebanyakannya imigran yang berharap pada kehidupan baru. At the same time, exhibition ni juga introduce crew bertugas seperti engineers, stewards, chefs, and of course the captain himself, Captain Edward John Smith, seorang kapten berpengalaman yang ketika itu sedang menjalani pelayaran terakhir sebelum bersara.



Titanic memang sangat besar yee. Kapal ni panjang lebih kurang 269 meters, dan boleh bawa lebih daripada 2,200 passengers and crew. Bahagian dalam kapal penuh dengan kemewahan, ada iconic grand staircase, swimming pool, gym, fine dining restaurant, and 1st class cabins yang level dia macam hotel mewah πŸ₯³ What I like about this exhibition is that it’s not just about how the ship sank, but more on the human stories behind the tragedy, dreams, hopes, and lives that were lost, which makes the whole experience feel more emotional and real😭


Masuk je exhibition ni, each of us dibekalkan dengan headset dan device kecil macam phone. I lupa apa nama dia 😌 So at every checkpoint, kita just tekan number yang dipaparkan and terus dengar audio storytelling untuk setiap bahagian exhibition. At 1st, I rasa macam a bit boring, sebab banyak info sejarah yang behshe2 je πŸ₯± Tapi bila dah sampai dekat checkpoint yang cerita pasal Titanic bertembung dengan iceberg, haa dari situ I terus bagi my full attention. The way they tell the story memang buat kita rasa tegang sikit, like you’re actually there.


Ada satu part replika pintu masuk kapal dan laluan dalam Titanic, dekat sini I berhenti lama sikit sebab jadi model tak berbayar πŸ˜‚. Of course, ambil gambar setiap sudut kena on point yaa. Yes, Hafiz la jadi my free photographer ikat mati. The setup memang cantik and very detailed. Then dekat bahagian replika kapal Titanic, I lama juga kat situ. Wow giloss 😳 dapat tengok replika Titanic depan2. Every angle looks unreal tho 🀩 I literally ambil gambar and video dari setiap sudut kapal tu, sampai rasa macam tak puas tengok.



Pastu ada satu part ice batu yang dibuat macam iceberg. I main ketuk2, ngeee and yes, memang boleh rasa kerasnya ais tu, buat kita boleh imagine betapa kuat impak perlanggaran tu. Bila masuk ke checkpoint part masing2 cuba selamatkan diri, this part was honestly very sad. Sampan penyelamat mula diturunkan dari 1st class cabin, so 3rd class passengers terpaksa berebut naik ke bahagian atas kapal untuk cari peluang.



Crew kapal pula mendahulukan women and children, ikut peraturan masa tu. Tapi yang buat lagi sedih, lifeboat terawal yang diturunkan sebenarnya tak penuh. Ramai penumpang masih fikir Titanic takkan tenggelam, so mereka choose untuk stay. In the end, bila keadaan jadi semakin panik, terlalu ramai yang tak sempat dapat tempat, sedangkan lifeboat memula tadi sebenarnya ada je kekosongan.


Thinking about it now, it’s just... heartbreaking πŸ₯Ή


Ada juga diceritakan bahawa sebenarnya ada kapal lain yang berada tidak jauh dari Titanic pada masa kejadian. Unfortunately, kapal tersebut tak sempat atau tak dapat memberi bantuan ketika itu. And for you guys yang pernah tengok Titanic movie, you probably know how it went and the rest is history πŸ–



Lepas berita pasal Titanic tenggelam tersebar, tekanan daripada media dan press memang sangat kuat. Banyak persoalan timbul tentang keselamatan kapal, jumlah sampan penyelamat yang tak mencukupi, serta keputusan2 yang dibuat pada malam tu. Tragedi ni bukan saja meragut ribuan nyawa ye, tapi juga mengubah sepenuhnya peraturan keselamatan maritim selepas tu.



So actually, perjalanan exhibition ni memang almost sama dengan movie James Cameron tu. Jalan cerita dia lebih kurang je, cuma bezanya watak Jack and Rose tu tak wujud laaa πŸ˜‚. Tapi kalau you pernah tengok movie Titanic, confirm akan ada moment macam, "ehh kat sini la Jack dengan Rose berdiri bertentang mata" haa githuueeww πŸ˜‚. Cuma bezanya, dalam exhibition ni Titanic's history is explained in a very detailed way. Bukan setakat visual, tapi penceritaan dia buat kita betul2 faham apa yang berlaku masa tu, step by step. Titanic movie pula sangat detailed dari segi kapal, sudut penggambaran, dan susun atur dalaman, memang nampak effort nak buat semuanya hampir sama dengan yang sebenar.


Lepas habis tour, macam biasalah kat luar ada souvenir shop. And of course, I ended up buying a Titanic ship replica 🫣 Tak lengkap la kalau tak beli apa2. Oh ya, tak lupa juga, I ada ambil gambar and AI-generate. So ada dua gambar yang I print. Satu versi T20 punya gambar, lagi satu versi B40 dalam sampan penyelamat πŸ˜‚. Gelak besar laki aku tengok gambar tu, sampai tak berhenti-henti. Kecik besar kecik besar aku pandang diaaaa 😀



Lepas habis exhibition tu, kami cari musollah dulu untuk solat Asar. Sebab masih awal lagi, so kami decide untuk jalan2 sekitar city. Kami ke Elizabeth Quay, pusing satu round sambil enjoy angin dan view. Jalan sampai ke jambatan gantung, lepas tu patah balik semula ke parking. Simple walk, but very calming.


Before balik, kami cari something sweet. I chose Fluffy Fluffy Dessert Cafe dekat Vic Park juga. Kedai ni baru, and I actually bookmarked it from IG. Since we were still full from lunch, kami order ringan2 je, one fluffy mango pancake, one iced latte, and one burnt cheesecake. Just nice to end the day.







________________________________

Aku pun laju je pilih2 gambar, edit colour sikit, lepas tu terus buat entry ni. Tinggal nak masuk gambar je sebenarnya, tapi I pause dulu kat sini. Nak masak char kuey tiaw πŸ˜‚πŸœ


________________________________


Okay guys, I’m backkk. Gambar pun dah attached. So this is basically me having my char kuey tiaw udang + kerang sambil menonton Titanic by James Cameron πŸ˜‚. 



Hampehhh, terpaksa tengok balik sebab lepas exhibition tadi, rasa macam tak complete kalau tak ulang movie dia sekali. Bila dah tengok balik, baru perasan banyak scene yang kita just lalu dalam exhibition. Terus jadi lebih faham and somehow, lagi terasa sedihnya πŸ₯² 



Okay la guys, semoga korang terhibur dengan celoteh aku hari ni. Sampai jumpa di next entry.
Stay safe, everyone 🀍 



NotaKaki : Cepat2 aku update entry ni, kalau tunggu lagi mau 2026 baru aku settle. Huhh! dasar loee Faa. 




1 comment:

  1. Menarik juga ada exhibition titanic tu. Dapat la faham apa yang terjadi.

    ReplyDelete