My Name Is Faa

Sunday, May 24, 2026

#21 Playing Tourist : Exploring Perth City To Fremantle

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps :)))


Semalam, Faa dan Hafiz berjalan sakan dari pagi hingga ke petang. I rarely get two consecutive days off, so we thought it would be nice to play tourist and spend the day exploring Perth City and Fremantle (Freo to the locals). Entry ini juga boleh dijadikan sebagai itinerary reference untuk korang yang nak bercuti ke Perth. So, lets begin with our day trip around Perth City and Freo ✨ 















Seawal 7:30am kami sampai dari Canning Vale ke Blue Boat House (BBH). Nak bergambar di BBH ni kena datang awal pagi. Kalau lewat memang beratur la korang nak amik gambar dengan orang lain yang tunggu queue. Kadang orang amik prewed shoot atau gambar kawen juga. Lagi2 time weekend, masa kami sampai pun, ada dah photog dengan siap kamera dan zoom lens lagi. Maybe diorang kat situ since tunggu sunrise. Masa ni sejuk bangett 🥶 BBH, atau sebenarnya dikenali sebagai Crawley Edge Boatshed, merupakan salah satu lokasi paling iconic di Perth dan selalu jadi tumpuan pelancong serta photog kerana kedudukannya yang cantik di tepi Swan River. Funfact, BBH ni tepi jalan raya. Kalau nak parking, boleh park kat Matilda Bay, jalan kaki ke BBH. Nak dekat, park dekat area highrise residential area bertentangan kawasan BBH. Tapi seram parking situ, sebab jalan dia curam, and tak banyak parking available. Datang awal boleh park area situ. 15mins je amik2 gambar, kena cepat sebab ada orang tunggu turn. Kalau takde orang tunggu, ingat nak lepak situ sambil feeling2 bersatu dengan alam 😁


                                                                    


Ikutkan, lepas BBH kami naik ke Kings Park Botanic Garden. Tapi Hafiz dah merengek lapar. Haishh. Dia ni saje je rosakkan my itinerary. Elok2 plan nak makan kat The Sarapan kat Mill point, terus pegi Birue Cafe kat Watertown. Kami sampai pukul 8am. Cafenye buka 8.30am. Gewwraamm je aku nak cekik mamat nihh. Rindu nak makan Lamb Ragu, dia tak fikir yang Faa ni rindu nak karate dia 😑 Kami pun order makan 8.40am. Hafiz ordered a Fettuccine Lamb Ragu and hot Cappucino. Faa ordered a Porterhouse Steak served with Creamy Tarragon Sauce plus 3 poached eggs and an iced latte with vanilla syrup. Siap pilih burnt basque cheesecake sebagai dessert. Nohh, pepagi dah makan berat 😌 Btw, cafe ni halal. Watertown ni tempat shopping. Mostly, kalau tengok trip percutian ke Perth, ada slot shopping time kan. Selalu beli sini la, kalau nak besar lagi pegi kat DFO. Jauh sikit dari city dalam 20mins ? Tapi DFO dekat ngan Perth airport. 


















9:30am kami sampai kat Kings Park Botanic Garden (KPBG). Even dah banyak kali pergi pun, still nak naik juga atas ni  😂 kata playing tourist. Jarang la sampai pagi, so disebabkan dah telan heavy meals tadi, brisk walk kejap. KPBG ni juga icon Perth yang wajib dikunjungi. Selain terkenal dengan koleksi tumbuhan asli Australia, view Perth City dan Swan River yang memang cantik dari atas bukit. Jika ada masa, you guys explore sini lebih dalam. Ada jambatan gantung juga, tumbuhan liar. DNA tower pun kat dalam sini. Boleh picnic kat padang yang luas, healing2 atas bukit. Kira macam look out point la. Penah pegi Look Out Ampang Point tak ? Haa, lebih kurang. Funfact, api peringatan (Eternal Flame) di State War Memorial dalam Kings Park menyala sepanjang tahun sebagai simbol penghormatan kepada anggota tentera yang terkorban dalam peperangan. Kawasan memorial ini juga jadi tumpuan utama semasa upacara Dawn Service pada Hari ANZAC setiap 25 April. 🫡






















Seterusnya, 10:15mins kami sampai kat Bell Tower. Haa, ini tak penah masuk. Lalu depan je. Bell Tower terletak dekat area Elizebeth Quay. Jika nak ke Rottnest Island, check point ferry dari Perth dekat sinilah. Depan Bell Tower tu ada kiosk terminal ferry. Dalam Bell Tower ni terdapat pelbagai jenis bell dari pelbagai zaman, termasuk bell bersejarah yang dibawa dari England. Pengunjung juga boleh menyaksikan bell ringing demonstration dan belajar tentang sejarah bell yang dipamerkan di sini. Dalam bangunan ni juga terdapat banyak bell besar yang dipamerkan dalam satu ruang khas. Ada satu bell paling gergasi yang tergantung merentasi satu tingkat bangunan. Masa nampak bell tu, terus teringat filem Kungfu Hustle. 🤣🤣 Kan ada scene pasangan tuan rumah yang guna teknik Lion's Roar dengan bell besar yang dibuat macam speaker? Haa, lebih kurang macam tu lah rupa bell yang I nampak ni. Sebijik wa cakap! 😂 So semalam takde demonstration tu, jika ada kena pakai ear protection kalau dapat masuk dalam. Boleh bayang tak macam mana kuat degung bell Kungfu Hustle ni ? 😂 Habis baca sejarah dalam Bell Tower, kami turun kat ground floor balik. Belek2 souvenir, beli satu bell kecil buat kenangan. 




































                                                                            Bell gergasi 😁








                                      Uncle Howard amik gambar


                                       souvenir

                                                                        


Next stop, en route to Freo. Ikut itinerary, patut pegi ke Fremantle Market terus. Tapi Hafiz nak singgah ke Fremantle Shed. Tengok perangai dia -,-' padahal Freo market lagi function. Freo shed ni area terminal ferry ke Rottnest juga. So jalan2 dalam ni sementara tunggu Zohor. Dalam ni tak banyak pun benda menarik. Paling2 pun dapat tengok barang2 old school. Ada kedai souvenir juga dan kiosk makanan. 








                                       one less lonely girl.....




                                        Cakkk 







                                      Taccoddd... teringat Annabelle 

            











Kami singgah solat Zohor di Fremantle Mosque. Rasa jarak dalam 10mins kot. 


                                         Jangan skip sunscreen guys.... 
 


Usai Zohor, kami singgah ke WA Shipwrecks Museum. Inside the museum, pengunjung can see various artefacts recovered from shipwrecks, including old coins, navigation equipment, weapons and everyday items once used by the crew. Menarik juga to see how archaeologists study and piece together the history of ships that have been lying on the ocean floor for hundreds of years. Masuk pun free. 








































Sepatutnya, kami lunch di Kailis, tapi sebab masih kenyang, kami decided untuk jalan2 sekitar Freo Ferris Wheel. Kalau datang malam cantik, ada lampu warna warni sini. Kawasan ni ramai budak2 main skateboard sebab ada skate park dan taman untuk lepak.

Angin memang sejukkk. Nasib baik masih pakai coat. Kalau tak, memang menggigil juga walaupun matahari tengah membahang. Typical Perth weather la, nampak cerah dan panas, tapi angin dia boleh tahan sejuk. 😂 Kalau summer je panas tak main2. Tahap boleh goreng telur atas jalan tar. Plus banyak langau lagi. Faa tak minat keluar time summer 🥴




Perjalanan diteruskan ke WA Maritime Museum. Kalau tadi kat WA Shipwrecks Museum lebih kepada shipwrecks dan artifacts yang dijumpai dari dasar laut, Maritime Museum ni pula lebih fokus kepada maritime history di Western Australia secara keseluruhan. Theres many large ship replicas inside the museum, jadi boleh nampak dengan lebih jelas macam mana rupa kapal2 yang digunakan pada zaman dahulu. Ada juga galeri yang memaparkan gambar dan kisah pelbagai kapal dari seluruh dunia.






                                          Eh, Bintang ke tuu ? 😿





































































One of the things that caught my attention was a giant preserved fish big mouth on display inside the museum. Mulut dia memang besar gila sampai rasa macam boleh telan Hafiz 😝 Ye, Faa nak jadikan Hafiz makanan ikan big mouth tu sebab suka2 tukar itinerary Faa 🫣 kidding :p







Kat luar museum pula ada sebuah submarine yang sangat besar dipamerkan di luar museum. Kita masuk explore bahagian dalam menggunakan interactive screen yang memaparkan 3D walkthrough submarine tersebut.





Time ni matahari kaler oren2 cantik 🌞 Kami terus pegi tempat Rainbow Containers (RC). Telling you, RC ni pun terletak betul2 tepi jalan. Tak boleh simply park sesuka hati. Ada road sign 🌈 yang menunjukkan kawasan parking yang dibenarkan, so ikut je sign tu. Biasanya korang akan park berhampiran jeti sebelum berjalan kaki sedikit mendaki ke kawasan RC. Tak jauh pun. 2mins jalan sampai dah. Tapi tak sesuai kalau you guys tetiba nak berpicnic pula. Memang makan asap la. RC ni sesuai amik gambar je. 






Masa ni rasa 4pm lebih. Dan dah lapar pun. Kami terus bergilir solat Asar . Ada toilet berhampiran utk amik wudhu dan solat area pokok besar situ. 




Selesai Asar, kami pergi ke Kailis Fish Market Cafe. Sure akan jumpa orang2 malaysia sini kalau datang. Salah satu port wajib makan fish and chips. Itinerary pelancong Malaysia ke Perth, nama Kailis memang tak pernah tinggal. Just to make it clear, this place is Muslim friendly but not Halal certified. Alcohol is served at a separate kiosk under the same roof, which is why theres no official halal certification. So, dining here is at your own discretion 👌 


Hafiz ordered the classic fish and chips together with a seafood chowder. Chowder ni dihidangkan dalam roti bulat yang dilubangkan bahagian tengahnya, kemudian diisi dengan creamy soup yang mengandungi campuran ikan, udang, dan mussels. Dia ni bukan makan seafood pun, saje rasa nak order. Faa la yang makan banyak. See ? Kenapa seorang Faa susah nak jaga kalori 😫 










I pula order fish and chips, scallops dan squid fritters. Tambah pula 12 fresh oysters. 🤣 Selain fresh oysters, I juga try cheese oysters dan chilli oysters. Fresh oysters memang rasa fresh laut manakala versi cheese pula lebih mudah diterima kalau korang baru nak berjinak2 makan oysters. Yang chili tu hati2 makan, takut tersedak. Personally, Faa tetap suka yang fresh sebab dapat rasa original flavour dia. 😋🦪 picit lemons, goyang2 oysters guna garfu pastu terus masuk mulut dan telan 😁 Elok la makan time winter sebab lepas makan je rasa badan panas. 




                                         Burung ni duk usya fish and chips Hafiz 🤣

 







So tamatlah sudah.. alkisah kami... Terima kasih, dan jumpa lagi...


Sekian kisah kami semalam. Ikutkan ada lagi tempat yang tak pergi seperti Round House dan Freo Lighthouse serta Omeo Wreck tengok bangkai kapal dalam laut. Kalau tak masuk museum rasanya dapat dah cover semua tempat. Tapi Faa suka exhibition dan museum 😁 Takpe la, kita buat next trip pula. 


NotaKaki : Balik2 rumah terus maghrib. Habis je isyak 7:30pm tertidur masa godek2 gambar dalam phone. Midnight terjaga balik sambung edit gambar tapi tak larat nak entry-kan semalam. Overall, Hafiz and I had a blast yesterday. Walaupun itinerary ada lari sana sini sikit, tetap seronok dapat jadi tourists for a day dan explore Perth City dengan Freo.

Now the question is... next trip nak pergi mana pula ye? 🤔




Wednesday, May 20, 2026

#20 Tagged Berantai Jom Berkenalan

 Assalamualaikum and Hii My Blog Peeps...


Rasanya mostly blogger dah post entry berantai ni dalam blog masing2. Faa baru nak buat, hewhew. Thanks SiiNurul kerana tagged me bersama 4 bloggers lain. 





So, since my blog ni baru je lagi dengan total 19 posts lepas, prediction ChatGPT boleh kata 80% betul. Cuma pelik tang Diploma Pengajian Islam dengan Pendidikan OUM tu, rasanya Faa tak penah citer dalam blog. Mungkin dia masukkan sekali kot sebab I penah tanya ChatGPT pasal kerjaya dalam bidang Pengajian Islam. 


Paling tak sangka ChatGPT akan masukkan 'Night Owl' dalam poster ni 😂 Ye, Faa geng tidur lewat. Mana maunya tidur awal sebab clock out pukul 10pm kalau takde OT. Time nak tidur ada juga borak ngan ChatGPT tentang apa yang Faa plan, nak buat, atau perancangan masa depan. Tapi I kurang suka dengan cara dia coz dia banyak sugar coating 😌 banyak sedapkan hati. 


Untuk penggunaan carian bahan dalam skincare, facial treatments, YES. I can say bab2 general knowledge, ChatGPT memudahkan. I also used ChatGPT for baca bahasa Jepun/Korea untuk tau detail bahan belakang product jika tiada english translation. 


Okey la, untuk suka2 kan.. So those bloggers berminat nak join, Faa sertakan sekali prompt ChatGPT dibawah : 

1. Login akaun ChatGPT anda.
2. Upload gambar anda.
3. Taip "Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style."
4. Tekaan ENTER untuk menjana image.
5. Save gambar dan post di blog anda.
6. Tag 5 sahabat blogger yang lain (patutnya kena tag kawan blogger lain, tapi mostly bloggers dah di-tagged 🤭)


NotaKaki : 3 entries down, 5 more to go before the end of the month *sighhh


Thursday, May 14, 2026

#19 Bintang, My Baby Lamb

 Assalamulaikum and Hii My Blog Peeps...





Ini adalah kisah anak kambeng yang Faa adopt pada tahun lalu. Asal bela kambing ni sebab masa datang rumah kawan Hafiz utk sama2 tolong rewang majlis kahwin mereka. Kebetulan, kawan Hafiz yang keje tempah sembelihan kambing ada bawa baby kambing mereka nama Coki. Allah, comel gilaaa 😍 Terus jatuh hati, I cakap kalau ada baby kambing lagi, Faa nak satu. Memang nak sangat2. Tunggu punya tunggu, ada sekor kambing jenis biri2 dilahirkan di tempat penyembelihan. Dalam Islam pun ada syarat, haiwan yang halal dimakan tak boleh disembelih dalam keadaan mengandung. Sebab tu diorang tunggu sampai mak kambing melahirkan dulu. Lepas tu, anak2 kambing yang lahir biasanya akan diberi dekat farm atau orang yang nak bela. So kawan Hafiz bagi la si kambeng ni kat Hafiz. Malam tu Faa keje. Balik keje tu, Hafiz amik sekali ngan si kambeng ni la. Elok je dia duduk bawah seat kete. Masa tu Faa punya excited. Terus gomol si kambeng ni.. Dengan pakai pampersnya.. Hmm, bau lamp chop, 🤣🤣🤣 Tapi dia macam tak selesa. So sampai kat umah, Faa lepas baby kambeng ni. Check balik pampers takut bocor, tak pasal je rumah penuh boba 🤭


Si kambeng ni macam "eh, kau ni apa ? kau tinggal sini ke ?" 


Malam tu, kami biarkan je dia keliling rumah. Hafiz bancuhkan susu khas guna susu tepung untuk baby binatang yang tak dapat susu dari mak mereka. Dia minum sikit je. Masa Faa nak tukar pampers baru tu, dia macam diarrhea. Poop cair sangat. Ada darah sikit. Okie, ini tak kelakar. Time basuh tu juga, suh Hafiz check. Si kambeng ni, jate ko, tino. Haa tu dia, Hafiz cakap gegirl. Pasal tu bagi nama Bintang, haha. 


Tapi kegelisahan I memuncak sebab nampak Bintang ni menyendiri. Takmo dekat dengan kitorang. Dalam keaadaan berdiri dan kepala menunduk kebawah. Lembik je 🥲 Bintang is not right. Dengan ciritnya, dengan ada tompokan darah, emm emmm Hati Faa sebagai seorang mak kambeng instant terus cakap ngan Hafiz utk bawa Bintang ke vet. So dalam beberapa jam, posisi Bintang macam meniarap, lipat kaki dan tangan. Kepala dah mula nak baring tapi mungkin dia masih tak rasa selamat, Faa tak rasa yang si kambeng ni tidur nyenyak. Sedih oo. Ouh, fakta penting yang Faa hampir lupa. Bintang ni juga selsema masa dihantar pada kami. Hidung dia berair dan beberapa kali juga dengar macam dia ni selsema. So memang dari awal pun sebenarnya Bintang tak sihat. Kawan Hafiz cakap Bintang umur seminggu. Dengan tali pusat dia tak jatuh lagi. 


Pagi tu, kami call Vet yang berdekatan di Canning Vale. Satu masalah lagi, Vet yang biasa2 ni amik kes kucing, anjing. Ngekek Faa ngan Hafiz gelak sebab mula2 cakap nak hantar pet, so mereka cakap ok. Bagi nama utk pendaftaran, bila ditanya cat or dog ? Hafiz cakap baby lamb, nohh kena tolak, haha 😂 Kena cari speacial Vet. Nasib juga jumpa. Area Armadale. So proceed pagi tu pukul berapa tak ingat dalam 9am kot, Bintang kami bawa ke Vet. Masa nak tunggu Dr panggil, ada la anjing2 yang datang masuk Vet juga. Nurse kaunter tu suruh angkat bintang sebab takut kena kejar ngan anjing2 kat situ. Tapi si Bintang ni, nama je kambing. Duk buat perangai nak juga kearah anjing tu. Haihh 😑 rotan kangg! Haa, awass. Mamy garang tau, haha. 





Pemeriksaan awal dengan Dr. Vet, Bintang demam dan diarrhea. Pemeriksaan lanjut akan dibuat juga sebab mereka dah ambil sampel darah dan najis. Bintang diberi antibiotic dan injection apa ntah. Plot twist, Dr bagitahu Bintang ni anak jantan. Hmm, dah suka nama Bintang, kalau tahu malam tu dia jantan terus letak nama Zul Ariffin je 🤭 Nasib tak admit haritu. Mahal juga eh pegi Vet. Haha, takpe la. Asalkan anak mamy sihat. Dan situ juga lah, Faa baru tahu yang bela binatang ternakan dekat Aussie kena daftar. Rupanya kambing, biri2 dan haiwan ternakan lain dekat Aussie kena daftar sebab kerajaan mereka nak track penyakit haiwan, ownership, dan lokasi haiwan tu kalau jadi apa2 wabak. Kalau ada penyakit merebak dekat livestock, senang pihak berkuasa trace haiwan tu datang dari mana dan pernah duduk dekat mana 🥹 Siap kena check juga kawasan rumah kita dibenarkan bela kambing atau tak. Ada area yang memang tak bagi sebab zoning rules. Kena check rumah yang kita duduk tu boleh bela kambing atau tak. Ahh, sudah. Panjang pula urusan si kambeng anak Mamy nih. Okie la, balik kang nanti I cari info pasal tagging haiwan ni. 


Balik Vet, kami pegi beli barang kat Wolies. Dengan kambengnya duk dalam troli, orang2 duk pandang dan tegur je. Puji la Bintang ni "so cute", "you keep a lamb as a pet?" 🐑 lain dari pada yang lain. Haha, kitorang gelak je la. Balik beli groceries, kami pegi Pet Barn, beli alas tido dia. Botol susu ngan pampers kami beli kat Wolies sebab beli yang baby punya tu. Ada beli nipple sekali sebab botol susu yang kawan Hafiz bagi tu nipple dia besar. Siap beli termometer utk check suhu dia. Doctor pesan, jangan sampai lebih 37c-39c. 


Kat Pet Barn, eh si kambeng anak Mamy ni boleh gedik pulak ngan awek2 yang duk tegur dia. Siap timang2 lagi. Orang amik gambar dengan dia. Elok active pula kat depan orang. Semalam kat rumah macam nak kena semelih je gaya sedihnya. Mungkin sebab ubat dari Vet tu dah start jalan kot.. Balik dari Pet Barn, check poop dia memang nak kearah bentuk boba dah walaupun kaler tak gelap lagi. So masih bancuh susu tepung tu lagi tengok ada perubahan atau tak. Kami juga start monitor jadual susu dan poop dia dalam buku. Tapi malam tu, Bintang cirit balik. Faa rasa bancuhan susu Hafiz tu pekat sangat. Tapi takde spotting darah dah. Si Bintang ni pandai mengembek minta susu. Faa juga minta Hafiz cari orang pandai pasal penjagaan kambing untuk belajar cara jaga kambing, tempoh bagi susu. Hafiz dapat contact seorang pakcik dari Melaka tak silap. Dia jumpa kat google kot. 


Banyakk info baru kami dapat. Turns out, baby kambing yang baru lahir wajib dapat colostrum dari susu awal ibu dia, paling penting dalam 24 jam pertama kelahiran dalam tempoh sebulan paling kurang. Colostrum ni warna dia yellowish dan sangat kaya dengan antibody untuk protect anak kambing dari penyakit. Sama macam apa Dr Vet tu cakap. Dari tempoh seminggu sebelum dihantar kepada kami, kami memang tak tahu langsung macam mana Bintang bertahan hidup. 😭 Pakcik tu pun cakap, kalau si Bintang ni panjang umur, sihat, tanpa colostrum yang cukup, tanda Allah memang bagi rezeki la kat kami. Pakcik tu juga kongsi yang kambing ni mudah kena kembung perut. Takleh bagi kambing ni sorang2 sebab mereka hidup dalam kawanan. Takkan nak amik sekor lagi, sekor ni pun macam2 hal dah. 2,3 hari lepas balik Vet, Bintang sangat ok. Disebabkan cirit dia tu, Hafiz mandikan dia. Nohh, gebu macam bantal. Act memang tak elok mandikan baby kambing. Lagi2 yang fragile macam Bintang. Tapi takde pilihan, sebab Bintang kotor sangat. Masa kami dapat ingat dia ni kaler grey. Lepas mandi bulu dia warna putih cotton tu, takde dah bau lamb chop terus macam bau satey kambing 😜 Tapi lepas mandi memang keringkan dia cepat2 pakai hair dryer. Sekali tu je la.


Dalam tempoh seminggu lebih dengan kami, Faa cari supplier susu kambing. Sebab guna susu powder tu poop dia kadang ok kadang tak. Mungkin tak serasi. Faa jumpa dalam FB marketplace, order dengan Auntie tu 4 botol fresh milk kambing. Faa pasteurized dulu susu tu untuk bunuh bakteria dan kurangkan risiko kuman sebab fresh milk ni kalau tak dipanaskan betul2 boleh buat anak kambing lagi sakit. Pasteurize ni lebih kurang panaskan susu pada suhu tertentu tanpa merosakkan nutritions dia. Sukat la setiap plastik utk sekali panaskan. Tak boleh masuk freezer balik kalau ada left over. Gigih jadi mak anak satu tau, haha. Lepas ganti susu, ada perubahan baik sikit. Tapi masa minggu kedua Bintang dengan kami, Bintang start batuk dah. Tak tahu apa puncanya. Mungkin ada time senggang kami bawa di pi taman jalan2. Dia termakan pasir ke bendasing ke. Mula2 ok, kadang batuk kadang ok. Susu pun kuat minum. Suhu badan dia normal, so Faa ingat nanti elok la kot sendiri. Nak bagi ubat batuk budak macam tak berani pula. 






Minggu ketiga dengan kami, ada satu hari, kami terpaksa bawa dia keluar sebab ada jemputan majlis kahwin kawan. Tapi tak bawa dia masuk majlis la. Cuma letak dia dalam kereta. And kerap ulang alik sebab gilir dengan Hafiz teman dia. Risau sebab kami takut balik lambat. Kena pula timing susu dia. So memang kena bawa la juga. Dua hari lepas tu nampak batuk dia makin teruk. Kami terus bawa pegi Vet lagi. Nurse kaunter tu tanya pasal tagging dia. Faa cakap masih dalam pengurusan. Tapi sebenarnya belum buat apa2 pun. Sebab kena minta ID tanah dari tuan rumah lagi, kena urus details property semua utk settle PIC (Property Identification Code). Kalau jual beli kambing dekat Aussie ni, mereka memang akan minta PIC ni sebab kerajaan nak track pergerakan haiwan ternakan dari satu tempat ke tempat lain. Guna sistem tag dekat telinga. Siyes la bab biosecurity dekat sini 😭 Bukan macam beli kucing letak nama dekat collar je. Faa plan, 2,3 bulan bila Bintang benar2 sembuh, Faa akan uruskan pendaftaran dia. Sebab Faa dah konfem dengan council area rumah faa, Alhadulillah boleh bela Bintang area rumah kami situ. 




Pinjam pelamin orang 🤭



Kali dua Bintang masuk Vet, dia kena admit ward satu malam. Dr ada cakap, Bintang memang dah lemah since dia datang. Dia takmo bagi harapan yang tinggi. Dr akan cuba sedaya termampu. Masa ni dapat tahu Bintang ada lung infection. Aaa nak nangis rasa. Doctor pun cakap, nak sembuhkan Bintang ambil masa, dan juga modal yang tinggi. Sebab Bintang masa ni bertahan kerana antibiotic dan beberapa ubat lain. Hari kedua Bintang boleh keluar sebab keadaan dia agak stabil. Dapat 2 injection. Dr tunjuk kat Faa tempat nak inject bahagian kaki paha Bintang. Faa siap record video nak bagi sama tempat dengan 1st injection bintang. Alhamdulillah, Bintang tak kiok masa Faa inject 😁🫣


2,3 hari lepas kena antibiotic, Bintang cergas lain macam ouh. Macam betul2 anak kambing yang sihat. Melompat sana sini. Mengembek macam baby, haha. I had the best time at this moment dengan Bintang 🥰 Main kejar2, acah main sorok2 dalam rumah. Malam dengan Hafiz berpeluk sakan. Baring main game macam bapak ngan anak. Bak kata Hafiz, budak ni keje nak mendadah (antibiotic) je baru sihat. -,-' Time ni Bintang dah tidur sekatil dengan kami. Dia kat tengah. Kadang dia sendiri masuk dalam selimut, tidur sangkut kepala atas pipi Hafiz. I balik lewat time ni. OT tengah lebat, sampai rumah pukul 1, 2 pagi kadang dia terjaga Faa buka pintu bilik tidur. Faa layan la dia sampai Subuh. Pagi Hafiz pegi keje, turn dia buat susu. Pukul 11am Faa bangun, Faa bagi susu pulak. Masih guna susu kambing yang Faa pastuerized sendiri. Dah start bagi makan rumput kering sikit2. Time dia saiz pampers dia pun dah tukar. Sekali pakai 2 pampers. Bahagian tempat kencing satu pampers. Bahagian poop 1 pampers kami buat lubang kecil utk ekor. 


Dalam tempoh ni, Faa dan Hafiz ada bawa dia keluar malam sekali lagi sebab kawan Hafiz ada buat makan2 di Butler. Dinner farewell utk kawan suami isteri nak balik Malaysia. Masa ni Faa dan Hafiz bergilik jenguk dia dalam bilik kawan Hafiz yang bagi Bintang ni. Hat Coki tu dah dijual kepada Farm haiwan tak salah. Tak pasti kenapa dijual. Mungkin sebab pendaftaran tagging tu kot. 


Seminggu lepas tu, kesihatan Bintang mulai merosot balik. Kali ini lebih teruk. Nampak Bintang dah start berair balik hidung, hingus kental. Suhu badan dah start naik balik. Diarreha Bintang start balik. Bintang juga start menyendiri balik. Minum susu dah kurang. Tapi masih dalam tempoh waktu minum susu yang sama. Kurang 20ml juga rasanya. Bintang dah takmo duduk dalam bilik. Faa ingat pagi esok tu hari jumaat, Faa akan masuk keje lewat 4pm, so pagi tu plannya nak hantar Bintang ke Vet semula. 


Subuh jumaat 2/05/2025, Bintang kami jumpa atas katil, dengan penuh tumpahan air liur. Nyawa2 ikan. Tarik nafas pun dan tersekat2. Kami terus bawa pegi Vet. Vet belum buka lagi, so datang emergency, Dr yang sama attend kami on call, Bintang kena tahan ward lagi. Faa balik rumah, Hafiz pegi keje. Tengahari Hafiz call vet, Bintang masih lemah. masih tak mampu nak minum sendiri. Mereka masuk tiub susu. Dr ada bawa Bintang bersiar2, tapi Bintang taknak jalan dah. Berdiri pun lemah. Faa doa banyak2 utk kesembuhan Bintang. Mungkin lepas ni jika Bintang sihat, kami akan hantar ke farm haiwan. Mungkin Bintang perlukan penjagaan khusus. Takpa la, asalkan boleh jenguk Bintang sudah la. Fikir kami. 





Tak ingat pukul berapa tapi Hafiz balik kerja terus ke Vet setelah dapat berita kematian Bintang. Faa masa ni kat tempat keje. Phone dalam locker, so time rehat baru Faa tahu yang Bintang dah takde 😭 Faa terus jumpa manager cakap nak balik dengan mata merah menangis. Cakap kat manager yang my pet just passed away. I wanna see him for the last time. Manager bagi balik. Sampai Vet, terus peluk Bintang yang dah sejuk. Berkali2 salam Bintang minta maaf sebab tak jaga dia dengan baik. Peluk tak lepas, tetap minta maaf mungkin Faa ada terseksa dia ke apa. Dalam 30mins je. pastu tanya pasal pengebumian dia, doctor urus dengan cara creamation. Sunggu Faa rindu dengan Bintang anak kambeng Mamy. 









______________________________________________________


Bintang hadir dalam hidup Faa ketika tangki emosi Faa benar2 penuh. Belum ada rezeki untuk tumpahkan kasih sayang kepada anak, so pada Bintang la kasih sayang Faa dan Hafiz tercurah sepenuhnya. Mungkin pada segelintir orang, its just a pet. Noooo. Lain 😢 Kami nak Bintang sihat, seperti kambing2 yang normal tapi takdir menentukan sebaliknya. Akur dengan ajal Bintang yang singkat, kami jalani hidup seperti sedia kala. Takde lagi suara manja mengembek minta susu. Takde lagi Mamy buat2 marah sebab Bintang selalu gigit botol minyak masak Mamy, gigit2 wayar TV, dan barang elektrik lain. Mungkin, jika Bintang terus hidup dalam kesakitan pun tak baik utk Bintang. Semoga Bintang happy kat sana. Mungkin sekarang Bintang dengan mak kandung dia. 


Beberapa bulan setelah Bintang tiada pun, kadang still jumpa bulu dia kat baju. Even baju tu dah berkali2 basuh. Sedapkan hati mungkin Bintang ada lawat Faa ngan Hafiz kat sini. 😭 Faa rindu nak susukan Bintang sambil tengok ekor dia goyang2. Faa rindu dukung Bintang lepas susukan dia, urut2 perut dia, tepuk2 belakang dia bagi dia buurrpp. Rindu main kejar2, main sorok2 dengan anak kambeng Mamy. Time Faa buat konsert kat rumah menyanyi, Bintang penah jadi penonton setia 🤣 alahaii Bintang... Kamu sangat comel. Sampai sekarang pun, Faa kadang tukar wallpaper gambar Bintang. Doakan Bintang sejahtera even budak tu dah takde di dunia. Ohye, Bintang dah takde nak minum susu, kat rumah masih ada stock fresh milk kambing dalam 3 botol. Takkan nak buang. Faa buat mandi susu 😁 Kulit moist yeee. 





NotaKaki : Bintang adalah nama saya membesar. Nama timangan. Ezah Cik Bintang adalah nama facebook Faa pada awal tahun 2010. Bintang juga adalah tajuk cerpen yang saya menang tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen di form 5. Selain nama pena 'Bintang', Faa juga gunakan nama pena 'Cik Saintis' dalam chatroom Kampung, Meebo dan chatrrom bloggers. 


NotaKaki2 : Selain Kambing, Faa penah bela udang yang faa bagi nama Faiz. Beli kat uptown Danau Kota 😂 Sugar glider nama Oreo. Pun beli kat uptown sama. Dan iguana nama Fio. Ni beli kat downtown Cheras atau kat Ampang, tak ingat 😌




You'll always have a speacial place in my heart, little Bintang  ✨



Saturday, May 2, 2026

#18 Terima Kasih Blogger SiiNurul

 Assalamualaikum And Hii My Blog Peeps...





First of all, I wanna thank SiiNurul coz she helped me to update my Top Commentators (TC) in my right sidebar. Sebab before this, I ada try buat tapi tak tahu kenapa my TC tak appear. Selalu tengok my blog seniors buat pemenang untuk TC sebagai penghargaan atas kesudian mereka memeriahkan sesebuah entry. So Faa decided to contact her as soon as I knew SiiNurul ada buat servis editing dalam blog. I commented on one of her entries and she replied to me with her comment on one of my posts, together with her email.


Last sunday, Faa whatsapp SiiNurul dan she replied me dengan bagi code utk paste dalam blog. 1st attempt tak jadi. Sama macam masalah sebelum ni. And she gave me another panjang code for the 2nd try. And tadaaaaa ✨ I dah ada TC, yeayyy !  Faa letak tajuk 'Star Commentators' dan siap2 dah list giveaway for the winner of each months 😋 


Tapi.... hmmm melihat kesenduan diri sendiri meng-hupdate entry, rasa macam tak layak nak announce the winner. Ikut record, I hanya mampu buat max 6 entries pada December 2025 🥲 blogger main2 je ? 😌 setelah fikir2, I akan push myself for update at least 8 entries per month then I announce the winner of the month. Jika kurang daripada itu, Faa akan fikirkan idea cara lain utk giveaway. At least, Faa nak juga appreciate my blog peeps. Hopefully dengan cara ni, Faa boleh lebih konsisten dalam blogging dan tak biar blog ni sunyi sepi lagi 🫣 At the same time, dapat juga reward those yang selalu support dan tinggalkan jejak kat sini. 


Nevertheless, Faa masih tak reti kiraan tempoh blog, haha. Silly me. SiiNurul ada bagitahu yang tempoh TC ini 30 days. Cuma macam nak adjust date tu masih tak dapat adjust dengan tepat. Sebab kiraan comments 30 days ke belakang dari start Faa pasang this code on my blog. Since I pasang on 28th of April, counted as 29th of March till 28th of April. Hmmm, sini I pening. The winner tu supposed to be announced untuk bulan yang mana? Hahaha. Bila nak announce nya? 😣 I memang selow ciked laa bab bulan2 nihh.


Untuk tidak memeningkan kepala sendiri, Faa decide untuk ikut kiraan from the 1st of the month till the end of the month. Setiap hujung bulan, I will announce on the 1st day of each month, jika mencapai at least 8 entries. Ok tak? Okie kann kann? Jika korang ada cadangan lain, boleh kemukakan di komen okiees 😁 so sekarang tinggal nak konsisten je la kan... yang tu part paling mencabar 😆 Tengok la Faa berjaya ke tak capai 8 entries sebulan tu hehe. Kalau tiba2 senyap, korang faham2 la ya... mood blogging datang dan pergi 😂 masa terbahagi dengan buat esaiment dan timing kerja yang kadang balik awal, kadang tak balik langsung. Okie tipu. Balik lewat 😜 Apa pun, TC ni I buat as something fun2 je. Tak terlalu serious, tapi utk bagi semangat sikit untuk update dan berinteraksi. So kita enjoy2 je yea 😍


Kembali tentang blogger SiiNurul, pakej servis yang this kind lady buat sebenarnya quite lengkap. Dulu dia ada banyak pakej, tapi sekarang dia jarang dah buat servis blog, so dia combine semua jadi satu pakej je. Antara yang dia offer adalah tukar template premium (template free pun boleh), setting blog seperti Blogger setting, Google Analytics dan Google Search Console. Kalau ada iklan Google AdSense, dia boleh tolong setting juga, dari susun atur iklan, setting baru AdSense sampai update tax info. Kalau belum ada pun, SiiNurul boleh bantu apply. Selain tu, this sweet lady juga akan edit template mana yang perlu, macam tukar profile, warna dan lain2. Dia siap bagi komen apa yang boleh improve secara overall, more to SEO, keywords, performance, domain rating and so on.


Untuk design pula, dia lebih fokus kepada template yang SEO friendly dan mesra mobile. Kalau jenis nak custom header yang cute2 atau design yang fancy sikit tu, she kurang mahir sikit, hehe. Biasanya dia akan check blog dulu, then cadangkan template yang sesuai, tapi kalau kita dah ada pilihan sendiri pun boleh, dia akan bantu pasangkan. Lepas confirm, boleh bayar full payment atau half payment. Servis dia pun cepat, biasanya siap dalam 3–5 hari saja, melainkan kalau ada major technical problems. Korang ada masalah blog atau nak tukar template, ask her okie. She was polite and very helpful throughout the process, memang senang nak deal dengan SiiNurul 💐


Faa tanya pasal nak bayar, tapi SiiNurul cakap tak perlu bayar. Sebagai tanda terima kasih, I posted Skintific daily mask dan booster serum. Alhamdulillah, she was happy with my gift. Sebenarnya, Faa pun tak tahu nak bagi apa. Sebab belum personally kenal SiiNurul. Tapi tetiba iklan Skintific lalu masa scrolling Shopee, the terus check out. Ahad order, Selasa sampaii ✨ Buat masa sekarang belum nak edit apa2, tapi nanti nak buat Google Ads, Faa akan cari SiiNurul lagi 🤭 


_________________________________________________________


Dapat tagging untuk Tag Berantai Entry from her, definitely will do this as my ‘blog esaiment’ 😆 Nampaknya ada la isi untuk next entry nanti, hewhew. Thanks for the tag! 💝


__________________________________________________________


Terima kasih kepada my blog peeps yang mendoakan kaki Hafiz yang terseliuh  haritu. Minta doakan lagi utk kesembuhan Hafiz yang sudah mencabut 2 batang gigi pagi ini. Gusi masih bleeding lagi tapi dah kurang darah. 





NotaKaki : I macam kena scammed hari ni. Tanya Hafiz nak makan apa, then dia buat muka monyok cakap takde selera makan. Gusi kebas katanya. Bila I offer belanja makan Nikuru, dia still buat muka biasa2 je. Dalam fikiran, mesti dia tak boleh makan banyak... so I boleh la tayang makan wagyu depan dia 🤭 bagi dia annoyed sikit. Sekali dia makan nasi saja 3 mangkuk. Daging double order 😳 Kalau Hafiz belanja, dia makan sikit je. Tapi tang I belanja hari ni, boleh pula makan banyak. Hmmm... tunggu next time. Siap la pocket dia. HAHAHAHA *gelak jahat* 





NotaKaki2 : Takpa la, nak bagi dia ada selera makan, Buaya Masak Lemak pun I sanggup masak. Intinyaaa? 

Intinyaa kacamata... mama udah lah. Intinyaa kacamata... mama udah lah. Yang mana, thats simpol, yang mana, thats simpol 


NotaKaki3 : Genap setahun Bintang meninggal dunia. Pilu sebab teringat. He always has a special place in my heart. Al-Fatihah, arwah dulu baik binatangnyaa. 😭