Assalamualaikum dan Hi blog peeps..
ðŽðŽðŽ yea, its me again. Apa khabar guys ? Hows your Ramadan going? Berat turun tak ? ðĪŠ haiih, kalau cakap berat sendiri, berat mata memandang, berat lagi lemak di badan. Ada hari turun cepat, ada hari tak turun langsung. Mau tak turun, setiap kali iftar lagi2 dengan colleagues memang penuh je perut. Yang ni bawa pizza, yang tu bawa briyani, yang vegan bawa pani puri. Berkawan dengan kawan dari Afgan, Pakistan dan India pula. Makanan depa penuh segala spices. Memanggg lammbeerrtt lagi nak diet ðĪ
Sedar tak sedar dah 7 tahun berada di perantauan. And for the past 7 years juga berpuasa serta beraya tanpa keluarga disisi ð Tapi bonus since 2023 dah ada pasangan. So meriah la sikit hidup ini. Kalau tak, dengan kawan je memanjang ð Setiap tahun aktiviti sama je, buka puasa dengan kawan2. Beraya dengan kawan2 ke rumah kawan2. Nasib tak beraya dengan kangaroo je , hshshs. Sedikit kehilangan nikmat berpuasa dan beraya tanpa keluarga. But, issokeyy. Tahun depan balik Malaysia ye, Faa ð jangan extend2.
Tapi since dah kawen, ada satu kemestian yang I buat utk sambut raya. Buat kuih ke ? Noo, tangan tak bedung so kueh mueh tak reti. Tiramisu je reti sebab tak renyah. Dah 3 tahun Faa akan masak rendang ayam hijau pada malam raya. Tahun ni nak belajar lagi satu resepi, buat kuah kacang. Umur dah lanjut tapi masak tak reti2 lagi. Tiap kali masak buka resepi ð Sooo basic sangat jadi wanita, huh ! ðĪŦ
Anyway, tomorrow is my last day of work since I dah ambil cuti aaawaaal lagi ðĪĐ amik awai tak kalut. So baju raya dah prepared, shawl style dah locked, ayam untuk rendang pun dah beli. Bahan buat sate dan kuah kacang pun dah ready. Tinggal kemas rumah sikit2, pastu prepare myself for raya morning glow. Eh, baru ingat yang I nak share pasal Medicube tu kan. Janji janji, cuti khamis ni I kasi settle entry tu.. Sambil merendang sambil update entry yang berdebu peram lama sangat kat draft ðĩ
To my blog peeps, yang balik beraya, drive safe okiess, safety 1st ðĪ jangan laju2, kampung tu tak kemana pun. Take your time, enjoy the journey dan takmo stress2. Yang buat kuih raya, teruskan perjuangan anda ðĪ ada lebih kirim kat saya di sini. Tak sempat post for this raya, takpeee raya korban ada lagi ð those who yang berada di perantauan seperti saya, celebrating raya far from home memang rasa ada yang hilang dan kurang. Sunyi, rindu jangan cakap lah.. T_____T but in Shaa Allah, one day we'll get to be with our families again, celebrate like we used to. Faa tak sabar nak tunggu saat jumpa my family balik ðĨđ
NotaKaki : Mama cakap bila Faa balik nanti mama nak sorok passport Faa ðŦ