My Name Is Faa

Friday, March 20, 2026

#16 Tips Glowing Instant Di Pagi Raya 2026 Dengan Slugging Method

 Assalamualaikum and Hii blog peeps..


Malaysia raya hari sabtu kan ? Hewhew, selamat bersahur semua.. Jangan ada ngelat puasa tau. Faa kat Perth dah raya esok, wee 😜 So malam ni I prep muka dengan slugging method.


Waitt a minuteee. Apa slugging tu ? 🤔


Slugging adalah satu teknik skincare di mana you apply satu occlusive layer selepas moisturizer usually pakai petroleum jelly as your last step before tidur, untuk lock in all the moisture dalam kulit. Teknik ni sesuai untuk orang berkulit normal or dry. Tidak sesuai untuk yang berkulit acne prone dan berminyak. Takut boleh sumbatkan pori anda dengan teruk. Nanti lagi teruk breakout. Slugging ni kita buat time night routine sebelum tidur. Pesanan Faa, buat 1jam sebelum tidur. Takut2 esok bantal yang glowing 😌 haissyooo.


I started my slugging journey since kulit muka dah sesuai pakai retinol. Rasanya 2 tahun ? Lebih kurang. Slugging bukan setiap hari routine, hanya seminggu sekali. Muka auto plumped, hydrated anddd glowing pada keesokan hari. Makeup tak cakey, tak patchy dan tahan lama. Everything just sits better on your face ✨ So slugging ni, hanya pakai moisturizer dan Vaseline petroleum jelly. Itu sahaja. Tak boleh combine dengan ada yang bahan active seperti AHA, BHA, retinol/retinal, tretinoin. Its no no okies. Even glycolic acid toner pun takleh ! Tidakkk bolehhh 🤚 Repeat after me : Tidakkk... Bolehhh...


So lets start with cara2 men-slugging wajah. Sediakan moisturizer yang korang selalu pakai. Pastikan takde bahan active yang telah dinyatakan diatas. 1st step wajib basuh muka dengan cleanser sahaja. Then dab2 kulit wajah dengan tissue. Sementara kulit tengah lembap terus ke step pakai moisturizer. Tak perlu tunggu lama, ambil Vaselin sebesar pea-sized dan ratakan ke seluruh wajah. Then siap. Haa mudah kan ? Easyy peasyy. Bangun tidur, jangan lupa buat double cleansing. Especially nak ambil wudhu, Vaseline teksture yang boleh menghalang air untuk sampai ke kulit muka. 



Bersihkan wajah dengan cleanser



My moisturizer



Bahan utama slugging : Vaseline. 
Pakai spatula for hygiene purposes



My oil cleansing balm. Jimat, tak habis2 dari tahun lepas





Pro Tips : Bagi korang yang dah biasa pakai vitamin C dalam skincare routine harian, boleh guna 1 pump vitamin C serum selepas cleanser. Pastikan korang betul memang takde masalah kulit breakout untuk guna pro tips ini. Ada perbezaan pendapat yang mana tidak digalakkan untuk slugging dengan vitamin C tetapiii, Faa dah try memang menambah glowing. Cuma pakai sekali sekala sahaja. Contoh, setiap minggu Faa slugging, 3 weeks sekali I akan slugging pakai vit C. Minggu2 biasa I akan slugging guna moisturizer dan Vaseline sahaja. Thats it. Especially esok nak raya so I tambah vit c harini. So inilahh hasilnyaaa...



🌞 



Jadi, buat korang yang baru nak start slugging, guna je moisturizer yang ada. Cuma tambah Vaseline je. Kulit yang hydrated dan glowing bukan dengan cara slugging sahaja, tapi slugging adalah salah satu cara untuk boost keserian wajah. Perkara utama adalah kenal skin sendiri dahulu, apa yang boleh pakai dan yang tak boleh guna. Dapatkan skincare yang sesuai, biasakan test skincare dengan patch test. Boleh test kat area belakang telinga atau inner arm. Terutama jika nak upgrade skincare yang ada active ingredients. Jangan sambung pakai kat muka jika ada redness, itchy dan paling teruk ada rasa terbakar. So be more extra careful ye ladies. 💅 and then, bahaya jika nak try tukar skincare last2 minit nak raya. Just dont.



Im sooo in luff with this vit C serum



NotaKaki : Just a reminder, ladies... you are beautiful like no other 😍




P/s : hasil perap satay sambil berbelog. Keje Hafiz tang cucuk sate





Rendang ayam hijau sempat settle-kan entry Medicube 😁



Jiran depan rumah berbangsa Samoa bagi kuih raya. Beli dari kawan rasanya. 
Terima kasih orang baik. Esok kita bagi rendang dengan sate. 
Tinggal settle kuah kacang je esok. Tak muat peti sejuk harini 😌






So dikesempatan ini, Faa ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 bloggers. Semoga raya tahun ni membawa lebih banyak kebahagiaan dengan momen2 indah bersama keluarga. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan gurauan yang tak kena. Apa pun keadaan kita, semoga raya kali ini dirai penuh makna ✨ Assalamualaikum dan selamat malam.. Zzz zZZ zzZ 








Thursday, March 19, 2026

#15 Medicube Booster Pro Device Review

 Assalamualaikum dan Hii blog peeps..


Haaa, meh kita citer pasal device ni. Beauty device yang super famous dalam social media. Dalam keluarga Medicube beauty devices, ini antara yang paling ramai review ✅ Medicube Booster Pro ni berasal dari Korea dan memang dikenali sebagai salah satu at home skincare device yang digambarkan boleh bagi 'spa like treatment' dekat rumah. Antara sebab device ni viral ialah sebab dia datang dengan beberapa mode dalam satu device, macam Booster Mode, Micro Current Mode, Derma Shot Mode dan Air Shot Mode, yang each one target isu kulit berbeza seperti penyerapan skincare, skin elasticity, pore care dan facial contouring. Medicube juga market-kan device ni sebagai all in one beauty tool yang guna teknologi seperti electroporation, microcurrent, EMS, LED dan sonic vibration untuk bantu improve overall skin condition. 



tadaaaaa ✨



Honestly, benda yang buat ramai orang tertarik mestilah sebab packaging dia nampak premium, design dia minimalist, and of coz, social media hype dia memang gilaa2. Bila tengok video orang pakai, my 1st impression memang rasa this could be the device that changes everything in my skincare routine. Tapi biasalah, bila sesuatu produk terlalu viral, mesti kita pun tertanya2 juga, betul ke berkesan, atau sekadar cantik di content je? 🤔



Glass skin kata diaa 😁





Apa yang menarik, Booster Mode dikatakan bantu skincare products meresap dengan lebih baik di tahap 700%++ 😮 So in one device, dia cuba cover banyak skin concerns sekali gus. Sebab tu ramai anggap device ni macam investment tool untuk skincare lover yang suka gadget beauty dari Korea. Didatangkan dengan lambakan produk skincare viral dari Medicube skincare, no wonder kalau brand ni sangat dikenali. Dari serum pink PDRN, toner, boba collagen, glass skin mask sampai ke beauty devices, sekali nampak, terus rasa nak try. Medicube memang champion dalam bab marketing dan cara diorang portray produk. And thats how I ended up being curious about this Booster Pro device. 


____________________________________________________


My Honest Review : 


Faa beli device ni masa minggu Xmas last year. Dan konsisten pakai selama sebulan. Apa yang digembar-gemburkan tentang glass skin effect tu memang betul, especially lepas pakai booster pro ni dengan boba collagen Vitamin C. Memang nampak kulit glowing, smooth, macam hydrated gila. Tapi... lepas bangun tidur dan basuh muka, kesan glass skin tu tak long lasting pun. So jangan expect bangun pagi terus jadi muka Song Hye Kyo.. No no.😅




At 1st, Faa try pakai Air Shot mode yang warna biru tu. Pakai lepas basuh muka, without any product. Dia bukan jenis glide macam pakai serum tu, Dia macam kita kuis2.... tak tak tak. Glide ke ? Bukan, kita tak glide, cuma apa eh ayat sesuai ? Just sapu2 guna hujung permukaan je. Faham tak ? Hewhew, harap korang dapat tangkap apa yang Faa cuba sampaikan 😆 


So masa tengah buat tu, tiba2 naik bau hangit sikit. Terus Faa panic ouh. Rosak ke apa ni?! Terus stop and pergi baca details pasal mode biru ni. Rupanya memang normal :p Ingatkan device problem, rupanya memang part of the process. Tapi tulaa, rosak device takpe... jangan rosak muka sudah 😭 terus insoff kejap. Yang mode biru ni sebenarnya rasa dia macam microneedling. Dia bagi rasa ada tingling sikit, bukan sakit tapi rasa macam kulit tengah di-stimulate-kan. Function dia lebih kepada pore care dan exfoliation ringan tanpa guna needle sebenar. Sebab tu kena pakai atas kulit yang kering, tanpa skincare. Ada dua ke tiga kali juga guna tapi takleh go dengan bau hangit tu. 


Then pakai booster mode kaler oren. Mode ni I pakai dengan serum PDRN pink tu. So far, mode ni ok. Tak sakit, boleh ejas tahap vibrate yang sesuai. Cuma seminggu dua pakai tu cepat habis serum tu. Sebab serap cepat sangat. Untuk kita glide device ni dalam beberapa minit memang kena pakai extra. Jika nak jimat, pump serum tu sebelah muka dulu dan glide sampai masa pertengahan then pump serum sebelah muka lagi. Lepas pakai mode ni sebenarnya dah nampak glowing tu tapi jujur muka rasa berat mula2 sebab Faa pakai banyak 😌 


Mode ketiga, MC mode kaler hijau. Mode ni lebih kepada firming dan lifting motion. Dia guna microcurrent, cara guna dia pun lebih kepada glide, sama macam Booster Mode, tapi movement tu kena ikut arah ke atas. Masa pakai tu memang rasa macam tengah buat gua sha, tapi lebih advanced sebab ada current sekali. bantu kurangkan puffiness dekat muka, especially kalau bangun pagi muka sembab. Tapi setakat ni, Faa belum nampak perubahan yang V shape kat muka. Lifting effect tu slighly nampak right after pakai je. Lepas beberapa jam, dia macam back to normal. Untuk Faa, mode ni ok je, tapi bukan yang paling excited nak pakai setiap hari. More like pakai bila rasa nak de-puff muka atau nak quick lifting effect sebelum keluar. I pun stop dah pakai gua sha 🤪


Dan yang terakhir... my most favourite mode among these : Derma Shot Mode yang warna merah ❣ yang ni memang memang memanggg bestt. Kalau MC Mode tu dah rasa berdenyut, yang ni lagi power. Dia guna EMS so bila pakai tu memang rasa macam otot muka tengah workout sungguh. Cara guna dia pun kena glide and fokus dekat area tertentu, especially jawline, pipi, and bawah dagu. Vibration dia still tolerable. Lama2 boleh adjust level ikut keselesaan. Honestly, ni mode yang paling buat Faa rasa macam device ni ada function yang sangat active bukan sekadar skincare absorption je. Lepas pakai, memang nampak effect glowing tu lagi jelas sikit compare dengan mode hijau dan oren. Muka rasa lebih firm, especially dekat jawline, macam ada shape sikit. Again, bukan permanent, tapi at least nampak lebih obvious. Result dia lebih noticeable, walaupun sementara. Kalau konsisten pakai lagi, mungkin boleh nampak perubahan lebih ketara over time.


______________________________________________________


Tetapi sayangnya, hype Medicube Booster Pro ni tak setinggi my expectation. Lepas sebulan konsisten, sekarang Faa pakai seminggu sekali je mostly guna mode merah dan hijau. Honestly, part yang agak leceh bagi Faa ialah bila nak glide tu. Kena pakai serum yang cukup, kalau tak memang tak smooth. Tapi bila pakai banyak sangat, rasa muka jadi heavy and sticky. Dalam sebulan tu pun, Faa dah habis 2 botol pink serum 😭 Tapi dari Feb ke March, Faa still beli lagi sebotol serum tu...  sebab jujur cakap, bau dia memang sedap 😂 Kesan? Hmmm... Faa bagi 5/10 je. Not bad, tapi not wow. Memang rasa macam commitment dia bukan device je, tapi skincare sekali.









Boba collagen tu pun Faa reduce dari tiga ke dua boba setiap pemakaian, sebab rasa macam over juga kalau guna banyak. Dari apa yang Faa baca dan juga pendapat beautician facial yang I pegi, PDRN ni sebenarnya molekul besar dan kebanyakan effective melalui injection macam Salmon DNA tu. So untuk skincare, especially serum, effect dia takkan sama macam treatment klinik.


PDRN dalam serum tu pun usually bukan the main hero yang bagi result ketara. Lebih kepada bahan lain dalam formula yang bantu bagi hydration atau glow. So kalau nampak perubahan pun, kemungkinan besar bukan sebab PDRN semata-mata. So... for me, Medicube Booster Pro ni bukan scam, tapi bukan juga miracle device. Dia lebih kepada 'nice to have', bukan 'must have. Kalau ada budget dan memang enjoy skincare routine, boleh lah try. Tapi kalau expect drastic transformation atau glass skin yang long lasting... mungkin akan rasa kuciwaa sikit. Nak beli boleh, beli pakai card bank suami 😆 Dan jika tiba minta hadiah time beday, atau anniversary, haa minta devide ni okiess ✌


Tentang after care pula, lepas pakai memang wajib kena bersihkan. Kena extra jaga hygiene barulah muka tak breakout lepas pakai berkali2. Jangan pi rendam dalam air tau. Awass 👊 Cara I, akan bersihkan pakai micellar water kat cotton pad, pastu guna alchohol wipes, dan lap balik pakai tissue. Lepas bersihkan pastu tutup dengan kepala bear pink. Medicube dah provide sekali dalam kotak. Boleh download app AGE-R dalam phone. Boleh control device melalui app tersebut. Dan di-provide siap dengan cara penggunaan. Then sebelum guna balik I akan lap dengan apa2 toner kat cotton pad juga. 










____________________________________________________________


Pada awal tahun 2024 kot, 1st iklan tentang Medicube I nampak Hailey Bieber yang pakai. Tapi masa tu Medicube beauty devide belum masuk kat Perth. So alternatifnya, I beli beauty device yang ada EMS pulse ni kat Shein. Not bad. Memang kerap pakai juga kalau ada free time. Yang kat Shein tu kepala dia besar. Daya tarikan pulse dia pun boleh tahan tapi Medicube punya better. Ada 3 kaler je tapi mostly I akan pakai kaler merah saja. Bila dah compare dua2, adalah nampak beza. Medicube lebih premium dari segi experience, tapi function basic macam EMS tu sebenarnya device murah pun dah boleh bagi. So it really depends on apa expectation kita. 



Yang eye wand tu dah tak pakai. Takde effect apa pun. Sayang nak buang je, huahua.





NotaKaki : Selain produk skincare dari Medicube, korang juga boleh guna dengan produk skincare lain. Faa personally suggest guna COSRX Snail Mucin sebab tekstur dia pekat dan sangat sesuai untuk glide. Lagi jimat compare guna serum Medicube yang cepat habis 😋 



Wednesday, March 18, 2026

#14  Coretan Di Akhir Ramadan

Assalamualaikum dan Hi blog peeps..

😬😬😬 yea, its me again. Apa khabar guys ? Hows your Ramadan going? Berat turun tak ? 🤪 haiih, kalau cakap berat sendiri, berat mata memandang, berat lagi lemak di badan. Ada hari turun cepat, ada hari tak turun langsung. Mau tak turun, setiap kali iftar lagi2 dengan colleagues memang penuh je perut. Yang ni bawa pizza, yang tu bawa briyani, yang vegan bawa pani puri. Berkawan dengan kawan dari Afgan, Pakistan dan India pula. Makanan depa penuh segala spices. Memanggg lammbeerrtt lagi nak diet 🤭


Sedar tak sedar dah 7 tahun berada di perantauan. And for the past 7 years juga berpuasa serta beraya tanpa keluarga disisi 😭 Tapi bonus since 2023 dah ada pasangan. So meriah la sikit hidup ini. Kalau tak, dengan kawan je memanjang 😆 Setiap tahun aktiviti sama je, buka puasa dengan kawan2. Beraya dengan kawan2 ke rumah kawan2. Nasib tak beraya dengan kangaroo je , hshshs. Sedikit kehilangan nikmat berpuasa dan beraya tanpa keluarga. But, issokeyy. Tahun depan balik Malaysia ye, Faa 😅 jangan extend2. 


Tapi since dah kawen, ada satu kemestian yang I buat utk sambut raya. Buat kuih ke ? Noo, tangan tak bedung so kueh mueh tak reti. Tiramisu je reti sebab tak renyah. Dah 3 tahun Faa akan masak rendang ayam hijau pada malam raya. Tahun ni nak belajar lagi satu resepi, buat kuah kacang. Umur dah lanjut tapi masak tak reti2 lagi. Tiap kali masak buka resepi 😎 Sooo basic sangat jadi wanita, huh ! 🤫


Anyway, tomorrow is my last day of work since I dah ambil cuti aaawaaal lagi 🤩 amik awai tak kalut. So baju raya dah prepared, shawl style dah locked, ayam untuk rendang pun dah beli. Bahan buat sate dan kuah kacang pun dah ready. Tinggal kemas rumah sikit2, pastu prepare myself for raya morning glow. Eh, baru ingat yang I nak share pasal Medicube tu kan. Janji janji, cuti khamis ni I kasi settle entry tu.. Sambil merendang sambil update entry yang berdebu peram lama sangat kat draft 😵


To my blog peeps, yang balik beraya, drive safe okiess, safety 1st 🤚 jangan laju2, kampung tu tak kemana pun. Take your time, enjoy the journey dan takmo stress2. Yang buat kuih raya, teruskan perjuangan anda 🤭 ada lebih kirim kat saya di sini. Tak sempat post for this raya, takpeee raya korban ada lagi 😋 those who yang berada di perantauan seperti saya, celebrating raya far from home memang rasa ada yang hilang dan kurang. Sunyi, rindu jangan cakap lah.. T_____T but in Shaa Allah, one day we'll get to be with our families again, celebrate like we used to. Faa tak sabar nak tunggu saat jumpa my family balik 🥹  


NotaKaki : Mama cakap bila Faa balik nanti mama nak sorok passport Faa 😫



At my own pace 💫





Monday, February 9, 2026

#13 Kembali Ber-Blogging Setelah 3 Minggu MIA

Assalamualaikum dan Hii blog peeps..😭

♫♫ Heyy, aku nak tanya ni, suka matcha atau suka kopi... kalau pilih aku, baik kau pilih kopi... ♫♫


Amboihh, masuk2 blog lagu ni melekat kat kepala 😅 Biasaaa Faa nii, janji nak blogging balik sebab rindu la bagai.. tapi.... hmmm setakatt 😭😭 Sorry guys, I dah masuk sem baru kat OUM. Even amik 2 subj je tapi masa kelam kabut dengan keje balik 12am lagi T_____T masuk kelas malam jauh sekali. Mengharapkan recorded class je tapi takkan sama la kan dengan live. Serius talk, rasa dah tua sangat tahun niihh. My back pain is killingg meehhh. Bukan itu sahaja, malah my brain isnt braining dah. Dia macam, otak tu dah kena upgrade RAM baru, ke camne ? Why arr ? Anyone know ? Ini mid-life crisis ke ?


Anyway, there are reasons why seorang FAA takleh nak bertangguh. Ada beberapa entry pending. Kasi teaser sikit la eh, antaranya entry pasal tempat makan, skincare dan I nak review pasal Medicube skin booster device. Maigad, the plan was to wait for some proper downtime coz I really wanna start reviewing my skincare. So I need to try it 1st, consistently, see the results, and only can write an honest review, not just review for the sake of content, huahua. Now, dah clash dengan kelas dan cari bahan esaiment. Tidak lupa perbincangan dengan rakan sekelas (OCP). Kenod nafas ginih 😵


Lama juga tak blog-walking. Apa celoteh mereka. Will try to find a good time to support my seniors. Lambat sikit takpe eh 😬 Lama tak tambah pengetahuan am melalui bacaan dalam blog meraka. Tapi kan, boleh ke nak tanya tips daripada my blog seniors? Selalu you guys spend berapa lama masa untuk hasilkan satu entry ? Dan macam mana you guys keep up konsisten update almost everyday ? Any tips are very much appreciated. Faa still figuring things out here 😅 And if you have any feedback or suggestions to improve my blog, very much appreciated. Anything at all, Im always open to learning. Dan saya dahulukan ucapan terima kasih jika ada. Mana tau boleh juga share benda bermanfaat dengan other bloggers 🎀


Okies, Faa nak off dah. Nak siap pergi kerja. Ni pun buka laptop sebab nak start esaiment. Done buat muka depan esaiment je harini 💅 issokeyy, small progress is still a progress. Baby steps gituu. Kita jumpa di next entry, babai. 🤪


NotaKaki : Perlahan bukan bermaksud berhenti 💫



Gambar random dalam phone.

Sejenis yang suka lepak dalam kereta for some time atau drive jauh sikit sebelum balik rumah, sesekali. Just to recharge myself. 












Saturday, January 17, 2026

#12 Cold-Pressed Juice : Is It Worth It ?

Hellow Onlinerss... 


Pernah dengar pasal Cold-Pressed (CP) Juice? 🤔 Do you think its really a healthy drink? Worth it ke, atau sebenarnya its just a normal breakie juice? CP juice is made dengan cara perah buah dan sayur slow2 sampai jadi pulp untuk extract juice. Methode ni tak guna heat, so nutrisi dalam buah dan sayur lebih terjaga berbanding juicing biasa. Most CP juices pun biasanya free from added preservatives, artificial sweeteners, and colouring. Sebab tu rasa dia lebih natural dan clean. Dengan kandungan antioxidant, vitamins, dan minerals yang tinggi, CP juice kira membantu juga untuk support immunity, pencernaan, proses detox badan, dan juga skin health, as long as diambil sebagai part of a balanced lifestyle.


Tapi jujurlah cakap, CP juice ni bukan magic drink. Dia takkan terus buat kamu sihat, glowing, natural beauty dalam semalam. Its more like a lifestyle choice. In my POV, its just a supplement drinks. Kalau kamu jenis nak jaga apa masuk dalam badan, nak tambah intake buah dan sayur, this could be a good option tho. So, WORTH IT tak? Depends 😎  Kalau minum setakat nak ikut trend, I dont think its worth it. Mesin presser tu mahal tau. Beli pastu tak guna  hmm hmm no okie. Tapi kalau jadikan sebagai minuman tambahan, but not ganti plain water, then yes it makes more sense. As long as you jaga sugar intake, especially masa proses press tu. Jangan main hentam semua buah manis sekali masuk. Balance tetap penting.




Tetapi !!! 

Tekan brake kejap 🚨 CP juice ni bukan pengganti real food macam sayur dan buah yang kita makan terus. Korang pun kena jaga level manis dalam juice ni. Kalau semua buah yang manis2 tinggi gula korang masuk juga dalam presser tu, memang naiklah bacaan gula ngko dek. Haa... awasss yee 👀 Dia macam ni, apa2 yang kita masukkan dalam tubuh, hierarchy paling atas tetap real food. Solid food, kunyah betul2, real nutrients. CP juice ni lebih kepada support, bukan main character. Real food tetap real talk, haha.


Since I hit my 30s, I memang jaga bab air manis dulu. I dah tak simpan minuman manis dalam fridge. Dalam peti sejuk sekarang mostly mineral water berbotol2 penutup biru je. Jarang sangat beli air manis botol besar. Ada cheat day, yezza, I still beli juga. Air boba ke, teh botol Sosro kotak merah ke, even tin minuman bergas. But I beli pun dalam kadar minum sampai habis within sehari, bukan simpan2. Pasal mesin cold-press ni pula, honestly... I gaduh tau dengan roh I sendiri 😂 Sebab I tahu, kalau I beli mesin ni, nanti jadi acah2 clean drinking, tapi setakat jee. I takut I tak minum air putih langsung. Semua benda nak di-juice-kan. Bukan boleh caye aku pun. 


Same goes dengan coffee machine. Hafiz banyak kali merengek nak beli coffee machine masa mula2 kahwin dulu, tapi I tetap tegas cakap NO. Sebab I tahu, nanti dia terus tak minum air kosong dah. End up sekarang pun, every morning dia singgah drive-thru beli kopi sebelum kerja. Yang tu I macam.. okaylah, luar rumah pandai-pandailah. Tapi kadang-kadang I tetap bising juga sebab dia kerap sangat minum manis. Haiisyooo... 😮‍💨


Dia macam dilemma tau, I nak juice tapi taknak minum hari2 tapi kalau beli machine memang tau takkan minum sangat air putih tapi nak sihat. So, I beli je cold pressed juice ini dekat pasaraya area my house, IGA. Murah, boleh kawal bila nak minum, and I still tetap minum 'sky juice'  dibaca plain water  setiap hari, haha. 





And these 3 are my most favs. Paling suka dengan Club Tropicana sebab rasa dia balance manis-manis-masam. Untuk elak minum terlebih manis, selalunya I akan minum ni bila that week I langsung takde minum manis. Second, Green Day. Mula2 I takut nak beli sebab kale dibuat juice. I tetap try sebab dalam banyak2 juice, hat ni takde buah yang manis. Surprisingly, sedapp eh. Rasa sayur betul, haha. Tapi cover dengan lemon so macam minum salad je. Last one, jarang beli tapi akan beli kalau rasa tak sihat badan. Rasa manis-manis-pedas sebab ada rasa berangin di after taste tu. Tapi sedap, cuma tak minum selalu sebab rasa ginger dia kuat.


So in conclusion dari entry ini ada lah, .... .... ... gulp... ... .gulp... .... (tengah minum Club Tropicana) hewhewhew


Cold-pressed juice ni sebenarnya bukanlah takleh minum langsung, dan bukan juga minuman utama. Dia boleh jadi support tambahan dalam healthy lifestyle, tapi tak boleh la ganti real food. Dalam kesihatan pun, makanan sebenar kan buah dan sayur yang dimakan secara solid. Untuk bagi lebih banyak manfaat sebab ada FIBER, yang bantu kawal gula dalam darah, sokong pencernaan, dan buat kita rasa kenyang lebih lama. Itu yang juice2 ni, walaupun sebaik mana pun, susah nak bagi sepenuhnya, sebab tak cukup fiber.


Real food juga ajar badan kita untuk makan dengan perlahan, kunyah, dan tahu bila signal kenyang. Pada akhirnya, tak perlu overdo, tak perlu ekstrem. CP juice boleh jadi kawan bila perlu, air putih tetap bff, dan real food kekal nombor syatu. Balance, consistency, and being kind to your own body, thats the real goal, amboihhh.


NotaKaki : An apple a day, keeps the doctor away. Gitchhuew. 💅

Saturday, January 10, 2026

#11 Lunch At Nikuru Japanese Halal BBQ  In Perth

 Hellow Onlinerss...


Hari ni hari Sabtu, memang hari I dengan Hafiz keluar beli groceries sebab I biasa topup barang rumah seminggu sekali. Jadi, setiap Sabtu jugalah I gantung kuali, hewhew 🤭 weekend memang kami reserve untuk jalan2 atau food hunting. Kalau weekdays, memang jaaaaraaannnnggg gila kami keluar. Even dulu masa I kerja waktu sama dengan dia pagi sampai petang pun, keluar tu boleh kira dengan jari. Lagi2 sekarang, langsung tak keluar on weekdays sebab Hafiz kerja pagi, I pula kerja petang sampai malam. Memang jumpa time nak tidur je lah. Ada hari I keje sampai midnight, memang kita balik, dia sudah mimpi sampai bintang 🥲 kalau nak me time pun memang keluar pagi sebelum masuk keje. So sabtu tetap jadi our little escape 🥰


So, harini habis beli barang, we decide nak makan dekat Nikuru Japanese BBQ. Actually, kami datang kedai ni hampir 2 ke 3 minggu sekali. Kami juga jenis kalau dah suka satu tempat tu, memang makan situ je la sampai muak. Kedai ni buka 12pm, sebelum ni memang kami akan call dulu untuk reserved table, kalau nak buat reservation,11.30am dah boleh call. Tapi disebabkan kita sampai pun dalam 12pm, so terus walk in je. Memang kosong dan belum ada cust pun lagi. 


Once we’re seated, waitress came over and passed us the menu. I terus order je since we already knew what we wanted. So ordered set For Two which is ada wagyu Karubi, chicken, lobster, and vegies. Selalunya kita akan tambah ala carte non wagyu Chuck roll, prawns/ unagi/ donburi/ scallop dan takoyaki. 


Lobster ala carte.


Corn butter fav Hafiz.


Takoyaki takde inti, tapi sedap.

Scallop ala carte.


Crab mentaiko donburi.



My one and only milk tea drink kalau datang sini. Hafiz je suka tukar2. 


For the other wagyu cuts tu kita penah order tapi tak repeat since we keep going back to Karubi and Chuck roll. My favs one is Karubi sebab Karubi ni nice balance of meat and fat. I mean more marbling 🤤 so bila grill dia jadi superr juicyy.  Chuck roll pula is more like leaner meat. Still got fat tapi tak banyak as Karubi cuts. Ada dalam 20% of fat. So rasa dia lebihh meaty 😍  For Harami dan Chuck Eye I rasa dalam 90% lean meat, bakar pun macam rasa liat daging lebih. If you grill it a bit too long, it can turn chewy, for me la. Thats why Karubi and Chuck roll taste the best when grilled in medium rare, it stays juicy and tender in your mouth


Chuck cuts (non wagyu).


Karubi set for two.


I bagi Hafiz makan without telling him this is a eel fish 😂 dah makan baru bagitau. Tetiba dari cakap sedap pastu takleh masuk tekak 😌


Gyukatsu. Daging yang disalut bread crumbs. Not bad. 


Prawns ala carte.



Makanan sampai kita pun main bakar2 la situ. Hanya daging je boleh grill, yang scallop and lobster tu kena amik isi dia then grill. Tak boleh nak grill sekali dengan kulit tau. 



Bakar2 time.


Lucky me sebab tak perlu share seafoods dengan Hafiz, huahuahua. Dia tak makan seafood kecuali ikan  dan sotong. Sayur pun tak makan. Senang bela orang kata 😜 So overall, Hafiz and I memang love ye setiap datang makan sini, bukan je sebab makanan dia, but also the way the waitresses treat us and the overall environment. Kedai ni tak bising sangat, even during peak hours. The place itself isnt big, deco pun biasa je, nothing fancy at all. Tapi pengalaman balik dengan perut kenyang setiap kali lepas makan tu memang konsisten 🤭 Tak pernah ada issue salah order, service pun smooth, and honestly thats what keeps us coming back again and again.    


Sometimes, a good meal doesnt need to be complicated. Good food, good service, and a comfortable space, thats more than enough for us. Yang penting, kedai ni Halal, harga pun mampu milik, so its worth every penny. And for that reason alone, this place will always be one of our weekend favs. Sebelum saya melabuhkan tirai entry ini, saya sediakan sekali alamat kedai ni. So those wo wants experince halal food bbq Japanese version, feel free to drop by and give it a try.


Depan kedai.

Dalam kedai.


Bento menu.



Meat options.



Address shop : 3/61 Apsley Rd, Willetton WA 6155 (Located in Willetton Fresh Shopping Centre)

Business hour : 12pm-3pm (break) 5pm-9pm (Tuesday closed) 

p/s : Operating hours may change, so please refer to the website for the latest update.


NotaKaki : Jenuh nak jaga kalori kalau makan sini 😵 Babai diet 🥲


NotaKaki2 : Terima kasih kepada 10 terawal followers dalam my blog. Saya hargai kesudian rakan2 blogging 'lepak' dalam my space. Much appreciated. Maaf jika ada komen tak sempat berbalas, lewat menjengah ke blog2 anda sekalian. Tetapi jauh disudut hati saya, saya sangat menghargai seniors saya dalam dunia blogging ini. Banyak yang saya pelajari setiap satu dari entry anda semua. Terima kasih sekali lagi kerana menjadi yang terawal untuk support saya disini. 💝



Thursday, January 1, 2026

#10 Welcome, 2026 🔥

 Hellow Onliners...


Selamat Tahun Baru 2026 !! 🥳 I wish each one of you yang singgah ke blog ini. Terima kasih sebab masih sudi membaca. Semoga tahun baru ini give you more semangat baru, azam baru, dan courage untuk start again, even kalau perlahan pun. Also hopefully 2026 brings more peace, more clarity, and less pressure to be OK je all the time ❣


Ada tengok fireworks ke korang ? I baru balik kerja and ikutkan I nak juga pegi city atau South Perth tengok fireworks. Tapi tak dapat, balik kerja je dah pukul berapa. Kalau drive pulak memang tak dapat parking dah time2 macam ni. Sokey, masuk tahun baru dengan jari menari di papan kekunci pun kira celebrate juga la kan.. Quiet, simple, tapi meaningful in its own way 😎


___________________________________


2026 punya visi, misi, cita2, impian dan imaginasi segala bagai tu sebenarnya I dah plan awal. The day I bought my journaling online tu, I dah siap plan ahead untuk 2026. Berbeza dengan tahun2 sebelum ni, dulu I banyak list-kan apa yang I nak capai dalam 3, 5, sampai 10 tahun. Tapi untuk tahun ni, I choose to do it differently. I list-kan apa yang I dah capai, then I only focus on what’s not achieved yet. I planned balik apa yang I tak sempat capai, and I kembangkan semuanya like a mind map then breaking it down into WHY and HOW to achieve those targets. Bukan sekadar tulis apa yang angan2kan, tapi juga faham kenapa benda tu penting untuk I, dan langkah kecil apa yang boleh I ambil supaya tak tinggal kenangan je 😩


Also, I improved and upgraded sub-sub misi yang I pegang untuk tahun ni. Things like saving more moneeyyyhh, stop buying things online 😏 well, not stop completely, but kurangkan. Less UberEats, less shopping online, less buying things yang tak penting. On top of that, I wanna start investing my money properly, upgrade my skills, and allow myself to learn somethin' new again. Not becoz I’m behind, but becoz I still wanna grow slowly, intentionally, and on my own terms.


And about my diet... Tahun lepas memang I tak jaga makan langsung. Hmm 🤔 kena start healthy food somehow sebab dah masuk middle age crisis kononnya, hahaha 😂 No drastic, no perfect, asal lebih mindful, lebih sayang badan sendiri. Eh, baru je nak fikir tentang saving more, tapi tiba2 teringat yang tahun ni juga I planned to do more facial and body treatments. Haa kan dah 🥺 balance is hard. Maybe the goal is not to deprive myself, but to learn how to spend mindfully and treat myself without overdoing it.


Maybe 2026 bukan tentang berubah sepenuhnya, tapi tentang taking better care of what we already have. Our time, our energy, and ourselves. Slow progress is still a progress, and apa pun halangan di depan, pastikan tahun 2026 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Wise year, wiser age, and wiser plans, insya-Allah. Setakat coretan untuk hari ini. Katil dah mula memanggil... 🥱 time to rest, recharge, and let tomorrow take care of itself. Sekali lagi, selamat tahun baru my online friends. Thank you for being here, for reading, and for sharing this little space with me. Assalamualaikum 🌟



Gambar ehsan Google 🤭


NotaKaki: Nangis kat bucu katil tak dapat tengok mungaa api 😭





Sunday, December 28, 2025

#9 Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026).

 Hellow Onlinerss...


I nak share satu benda yang buat I senyum sorang2 hari ni. Entah kenapa rasa excited lain macam 🤩 Sebab baru teringat balik satu 'budaya' lama dalam dunia blogging yang I pernah aktif dulu tak lain tak bukannn : segmen bloglist 🥳


Kalau you guys blogger lama, mesti faham segmen ni. Zaman sekitar 2012, segmen bloglist ni antara cara paling common untuk bloggers baru nak dapat exposure, kenal kawan2 blog, pastu blog-walking dan rajin update sebab ada motivasi.


Dulu bukan kisah pun trafik ribu riban. Cukup ada orang singgah, tinggal komen, berbalas komen blog, itu pun dah buat hati berbunga 🌸 Sekarang bila terjumpa balik segmen macam ni, rasa macam throwback zaman KLMU dulu bila blog jadi tempat meluah, bukan tempat kejar nombor.


Jujur I cakap, I thought budaya ni dah takde. Tapi bila nampak ada blogger yang masih buat segmen bloglist, rasa macam, eh hidup lagi blogging ni rupanya🥹 Kita pun apa lagi, memang nak joinn laa. Blog kita pun sepi lagi kan, lagipun my blog bukan blog berat. Takde niche khas lagi, takde ayat puitis, mostly entry santai, celoteh harian, jalan-jalan, makan-makan, dan random thoughts yang datang ikut mood. Kadang tulis ikut bahasa pasar sebab rasa lebih jujur dan dekat dengan diri sendiri.


Tapi I rasa itulah yang buat I rindu blogging kembali. Tulis sebab nak menulis, bukan sebab nak impress anyone. So bila jumpa ni I ambil peluang ni untuk join sama. Mana tau dari segmen ni boleh kenal blogger baru, boleh jumpa blog2 menarik, dan yang paling penting, boleh bagi semangat untuk aku terus konsisten update 😂


Terima kasih pada penganjur sebab masih hidupkan budaya ni. Benda kecil macam ni sebenarnya besar impaknya untuk blogger yang masih nak menulis dengan hati. Like me 🫣




Kalau hampa baru singgah ke my blog, selamat datang 💝 Dan kalau hampa join segmen ni jugak, semoga kita sama2 dapat kawan baru dalam dunia blog. 


NotaKaki : Majulahh blog untuk negara 😁